Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Ramai orang akan rasa rendah diri apabila dipandang rendah oleh orang lain... seterusnya mereka akan hilang motivasi diri... saya dari kecil lagi selalu dipandang rendah oleh orang lain... mungkin sebab saiz badan yang kecil dan bersikap keanak-anakan... tapi biasanya saya tak terkesan dengan situasi ini sebab saya mempunyai motivasi diri yang tinggi... (berlagak...hehe...)
Masa sekolah saya tidak pernah dilantik memegang apa-apa jawatan ... masa kerja orang tak berani bagi subjek susah pada saya...mungkin sebab orang pandang rendah kepada saya... namun serendah mana pun orang pandang kita ... pandangan orang kepada kita akan berubah apabila kita mampu menonjolkan siapa diri kita... post ini saya tujukan kepada orang-orang yang senasib dengan saya yang selalu dipandang rendah...
Orang yang belum kenal siapa saya memang akan pandang rendah kepada saya... mungkin kerana penampilan saya yang agak selekeh ... tapi janganlah nilai buku itu dari kulitnya... biarlah orang nak nilai saya ni macam mana pun... asal saya tahu siapa diri saya yang sebenar... dan orang boleh tahu siapa saya dari hasil kerja yang saya lakukan....
Sebenarnya ada kelebihan bila orang pandang rendah kepada diri kita... ia akan menjadikan diri kita orang yang rendah hati... lansung tak pandai nak sombong atau meninggi diri... tapi hati2 jangan sampai diri sendiri pun pandang rendah pada kita... dan satu lagi orang tak akan overestimate kita dan takkan kecewa dengan kita....
Labels:
PeDoMaN
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?
Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."
Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...
Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...
Kalau beginilah kisahnya... adakah perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....
Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka.... tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)
Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai...
Nota tambahan: Akhirnya saya balik mengundi kerana saya dapat tiket free... namun malangnya perjalanan saya jadi kucar kacir kerana ada pihak yang menyekat kenderaan kami... akhirnya terpaksalah balik dari KL ke KB dengan duit sendiri... Saya tak akan lupakan perjalan balik mengundi ini sebagai satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya... jem dari KL ke KB (keseluruhan perjalanan lebih hampir 24 jam)... dan yang paling teruk jem di bandar kb... perjalanan hampir 2 jam untuk jarak yang biasa hanya menggunakan 10 minit...
Labels:
PeDoMaN
Akhir akhir ni.... ramai orang di sekeliling aku dah berubah ke arah kebaikan... yang tak pakai stokin dah pakai stokin... aku jer masih di takuk yang lama... tak cuba untuk berubah... kalau berubah pun setakat hangat-hangat tahi ayam.... dah cukup sempurna ker aku ni? mesti lah tidak... jauh sekali...
Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti...
Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50 atau pahminabanyak2... nak guna bidang 60 atau tudung bulat tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...
Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...
Labels:
PeDoMaN
Assalamualaikum,
Dari saya mengenal apa itu cinta... apa itu kapel .... masa zaman plkn dan matrikulasi... hampir satu dekad yang lepas... sehingga sekarang saya percaya kahwin tanpa kapel masih releven dengan zaman sekarang... apa yang saya maksudkan dengan kahwin tanpa kapel... satu pasangan tu tertarik hati... lalu berkahwin dan kemudian baru lah bercinta dan berkapel... setelah ada ikatan yang sah.... itu sebenarnya yang saya cari...
Kenapa tetiba saya nak tulis pasal ni... dah kemaruk nak bercinta sangat ker? atau dah gersang sangat nak kawin?... tak adalah... saya cuma mahu berkongsi.... sesuatu yang saya tak pernah terfikir berlaku kepada rakan baik saya... berkaitan dengan apa yang saya bincang ni...
Pada suatu pagi... tiba2 ada orang letak nota dan makanan di atas mejanya.... nota bukan sebarang nota... tapi nota untuk memetik bunga di taman yang sungguh puitis... tak perlu saya tulis balik isi nota tersebut disini.... cukuplah saya katakan lelaki tersebut adalah seorang yang agak alim... mungkin dia pegang kahwin tanpa kapel... kerana sebelum ini walaupun sama pejabat hanya 2 kali dia bercakap dengan kawan saya yang dilamarnya itu.... hmmmm....rupanya masih ada lelaki begitu....
Namun pada pandangan orang lain yang bercinta dulu sebelum kahwin... tindakan lelaki tersebut tidak relevan.... terlalu gelojoh...mana mungkin seorang wanita akan setuju berkahwin tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu.... tapi salahkah tindakan lelaki tersebut? pada saya tak salah sebab dia cuba menjaga perhubungan tersebut... atau saya yang terlalu jumud?
Apa sebenarnya patut seorang perempuan buat apabila mendapat lamaran sebegitu? semestinya solat ishtikarah... tapi takkan nak terus menerima lelaki tersebut... tanpa langsung mengenal siapa lelaki tersebut... islam pun suruh pilih... macam mana nak pilih kalau tak kenal kan? tapi macam mana nak kenal... pada saya... perempuan tersebut perlu berikan kertas berupa soalan untuk mendapat maklumat yang perlu diketahui dari lelaki tersebut ataupun membuat satu sesi taaruf yang ditemani rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk mengenali antara satu sama lain... dan seterusnya perbincangan keluarga bagi mendapat restu,... barulah ikatan yang sah di metrai dan ... yang dua menjadi satu... boleh lah bercouple dan bercinta tanpa mengundang dosa.... untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat....
Labels:
PeDoMaN
Apa nak jadi dengan dunia kita hari ini? Gambar sebelah kiri adalah gambar di majlis tilawah al-Quran manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar di festival muzik... gambar ni pernah sy uploadkan di post Ekslusif : Adakah ini muzik?....
Cuba tengok gambar di kiri terlebih dahulu... kerusi kosong yang ada hanyalah orang tua sahaja... yang dah rasa hidupnya semakin singkat... manakala gambar di sebelah kiri menunjukkan gambar golongan muda yang sibuk berhibur seakan lupa kita masih ada akhirat....
Kalau keadaan kita terus begini... apa nak jadi dengan masyarakat kita pada masa akan datang... kita tak boleh biarkan benda ini berterusan... tapi apa yang mampu kita buat... sedang masyarakat kita semakin hanyut dalam arus sosial yang tak berbatas lagi....fikir-fikirkan... ini masalah ummat...