Aku Punya Kamu
Khamis, November 19, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:57 PG
Kamu yang aku cintai
MencintaiMu dengan sepenuh hatiku
Cintaku hanya untukMu
Biar aku terpaksa bermadu sejuta
Berkongsi cinta nan satu
Aku rela...
Kerna aku mahu Kamu
Aku mahu cinta sempurna
Hanya dariMu tuhanku
Aku punya Kamu
Kamu yang sentiasa disampingku
Disetiap tika dan ketika
Tikaku gembira dan bersedih
Aku hanya memerlukanMu
Tapi Kamu tidak memerlukanku
Kerna aku hanyalah hambaMu
Yang lemah lagi hina
Aku punya Kamu
Aku lemah tanpa Kamu
Ku ingin Kamu dampingiku
Memberikanku kekuatan untuk diriku
Sampai syurga aku cinta Kamu
Kerna Kamu oh tuhanku
Yang memberi aku bahagia
Hanya Kamu...Maha Sempurna
Yang memberi CINTA SEMPURNA...