Apa Sebenarnya...
Isnin, Februari 01, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:39 PTG
Aku tidak tahu...
entah kenapa...
Segalanya seperti telah berubah
kita jadi insan berbeza...
Adakah kerana silapku sendiri
tapi apa salahku...
Aku tidak mengerti...
Dulu aku fikir
pebincangan adalah caranya
bersemuka adalah cara yang paling baik
untuk menyelesaikan masalah
antara 2 pihak berbeza
tapi bagai mana aku mahu mulakan...
Aku tidak tahu...
Andai aku yang bersalah
tolong jelaskan..
biar aku betulkan kesilapanku
kerana aku tak mampu menangungnya
mengaku salah tidak bermakna kalah..
tapi kejayaan melawan keegoan diri..
Aku tidak menyalahkanmu...
Oh tuhanku..
Apa sebenarnya..
kenapa semua ini berlaku...
Aku tahu kau bersama ku
Bantulah aku dalam mencari penyelesaian
Melawan keegoan diri
Yang bakal menghancurkan sebuah persahabatan
Pasti ada hikmahnya
Untuk aku mengenal erti sebenar persahabatan....
Apa sebenarnya...