Indahnya Hidup Tanpa Perasaan
Selasa, Februari 16, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:12 PG
tapi itu dulu... kenangan yang telah berlalu... aku sedar akan perubahan diri aku... aku sendiri kian emo... rupanya susah nak mengawal perasaan ni bila kita ada... kita akan mudah berprasangka negatif... mudah untuk merajuk dan terasa... aku rindukan waktu aku x punya perasaan... x perlu aku fikirkan benda remeh... segala yang aku nampak semuanya membuatkan aku bahagia... bila dah ada perasaan ni.. susah untuk didik perasaan ni berprasangka baik... berfikiran positif... kerana ada nafsu... ada syaitan dalam diri kita yang mengajak kita kearah keburukan... tapi kenapa kita mahu ikut yang buruk... yang mengeruhkan keadaan... aku cuba mahu berubah... positifkan pemikiran aku supaya aku tidak salah anggap dan menyesal dikemudian hari...
dulu... hatiku tidak pernah terguris dan terluka.. kini baru ku tahu sakitnya bila hati terluka... dalam... sangat dalam lukanya.. amat pedih rasanya... tu bukan remuk lagi... memang layaklah pendirian aku untuk tidak memberi cinta ini pada manusia.. nanti hati ku lagi parah... aku x tau rasanya andai hati ini remuk.. pasti x kan dapat aku tahan... hati yang luka sikit pun dah susah untuk aku ubatkan... inikan pula yang hancur lebur... aku x kan biarkan hatiku terus sakit dan hancur ditangan insan yang x bertanggung jawab... andai tanganku yang luka aku letakkan garam... walaupun pedih ia cepat sembuh... begitu juga hati... gantikan garam dengan kemaafan dan fikiran yang positif... moga hati juga cepat sembuh dari luka itu... memang pahit untuk memberi kemaafan itu... tapi ingat kita manusia... kita juga biasa melakukn kesalahan dan memerlukan kemaafan... x kira kita bersalah atau tidak... jangan tebalkan ego diri minta maaf dan maafkan orang lain.... kerana yang pahit itu sebenarnya ubat yang mampu menyembuh luka dihati kita... ingatlah... meminta maaf bukan bermakna kalah... tetapi kemenangan melawan keegoan diri... kita berjaya melawan musuh yang paling susah yang ada dalam diri kita sendiri iaitu NAFSU...
Bila kita ada perasaan... perasaan ingin dikasihi dan mengasihi juga pasti terbit dalam diri kita... perasaan ini amat susah untuk dikawal... bagaikan ada magnet yang berlawanan antara lelaki dan perempuan... mata kita pun susah nak jaga... pandangan kita susah untuk kita tundukkan...hati kita...perbuatan kita... juga sulit untuk kita kawal... kita hanya mampu mencuba... cuba untuk mengubah kutub magnet... ubah menjadikan magnet yang sama kutub... pasti susah ia untuk berdamping kerana magnet yang sama kutubnya akan menolak antara satu sama lain... kalau magnet jenis elektromagnet... tukarkan arah arus yang dibekalkan... tapi kalau magnet tetap macammana??? kita hanya mampu untuk menjaga hati kita dan berdoa supaya Allah juga menjaga hati kita... moga terhindar dari zina hati... dan perkara lain yang mampu merosakkan hati kita...kerana hati yang bersih mampu melahirkan ketenangan yang abadi...
Indahnya Hidup tanpa perasaan... itulah luahan hati insan yang tidak bersyukur... indah memang indah.... tapi indah lagi hidup ini andai kita punya perasaan dan mampu mengawalnya dengan baik... sesungguhnya perasaan itu anugerah dari tuhan untuk dijaga bukan untuk disakitkan... bayangkan dunia ini dipenuhi dengan manusia tanpa perasaan... pastinya membosankan... seperti hidup dialam robot... yang langsung tiada masam manisnya dalam erti sebuah kehidupan....