Bukan Perempuan Biasa
Ahad, Januari 15, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:13 PG
sedang dimuka aku bercorengkan kotoran
ditangan perempuan lain disapu losyen
sedang ditangan aku berlosyenkan minyak hitam
badan perempuan lain berbau minyak wangi
sedang badan aku berbau habuk besi
perempuan lain berjalan lemah lembut
sedang aku berjalan seperti ribut
perempuan lain pergi pejabat bergaya
sedang aku sama seperti pelajar
perempuan lain membaca buku resepi
sedang aku membaca buku automotif
siapa aku jika dibandingkan dengan perempuan lain
setiap hari berdepan dengan puluhan lelaki
bukan bermakna aku perempuan murah
kerana itu sudah menjadi tugas aku
aku memang perempuan yang berbeza
bukan seperti perempuan biasa
p/s: mana mungkin ada lelaki mahu perempuan seperti aku menjadi isteri...