Tiang itu Penting 2
Selasa, Mei 15, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:00 PG
Solat mendidik kita menjaga waktu... mendidik kita menghargai masa... setiap solat ada tempoh dan masa tertentu... tak boleh tibai saja... dengan solat sepatutnya melatih umat islam menepati masa... tapi apa yang saya lihat hari ini... umat islam yang tidak reti menghargai masa... sehingga temujanji yang lambat dinamakan janji melayu... memalukan sungguh!!!... inilah bahananya bila kita tak menjaga waktu solat... kita pastinya tidak akan menjaga waktu yang lain... solat itu tiang... nak buat tiang kita kena keringkan simen mengikut tempoh masa tertentu... kalau tak itu tempohnya... apa akan jadi? ranaplah tiang tu tak lama lagi...
Dalam solat... ada 3 benda yang kita buat dalam satu masa... anggota badan kita mengikut pergerakan dalam solat... mulut kita terkumat kamit membaca bacaan daalm solat... hati kita niat dan seterusnya tumpu pada solat... ibarat menyelam sambil minum air... kita boleh buat 3 benda dalam 1 masa... hebat bukan kita? siapa kita? Makhluk ciptaan Allah... jadi siapa yang hebat? Allah bukan? Ini sebenarnya melatih kita menggunakan otak sebaiknya... kalau ada masa kosong tu... jangan biarkan otak berangan rangan ke alam kayangan... biarlah otak berfikir sesuatu yang membuatkan neuron bercambah...
Kita digalakkan solat berjemaah dengan kelebihan 27 kali ganda... apa lebihnya solat berjemaah ni? Cuba bayang... tiang kalau hanya ada satu.... kukuh ke tidak? rumah satu tiang... sekali tiup angan dah rebah ke bumi... begitu juga manusia... bak kata orang tua2.. bersatu teguh bercerai roboh.... solat berjemaah ni memupuk perpaduan... mengerat silaturahim... bila kenal sesama sendiri... boleh la yang lebih memberi... yang kurang dibantu... hasilnya berat sama dipikul... ringan sama dijinjing... sebenarnya solat berjemaah ni banyak benda yang boleh kita bentuk... salah satunya kepimpinan... yang jadi imam tu kan pemimpin... lagipun bila selalu pergi solat jemaah... mungkin akan dilantik menjadi AJK masjid atau surau...
Solat berjemaah sebenarnya membina sebuah organisasi yang utuh... ada ketua... ada pengikut.... pengikut perlu mengikut ketua... tidak boleh awal dari ketua... ini akan melatih kita menjadi pengikut yang setia... namun bila imam ada buat salah... makmun boleh tegur... tak semestinya ketua semua betul... kena ikut saja... manusia... tak terlepas dari buat silap... begitulah sepatutnya kepimpinan yang kita amalkan dalam kehidupan seharian... terimalah teguran orang bawahan... bagi pemimpin negara... terimalah teguran rakyat dengan berlapang dada... kita kadang2 tidak sedar dengan kesilapan sendiri... namun makmun menegur iman ada caranya... bukan pakai tegur saja... rakyat tegurlah pemimpin dengan cara yang betul agar teguran itu mudah untuk diterima....
Dalam solat sebenarnya banyak yang kita boleh belajar... orang yang biasa solat... kalau tak solat hati rasa resah... gundah gulana... kenapa? sebab rohaninya tak cukup makan... namun apa yang saya lihat masyarakat sekarang ni... ramai yang tak ambil solat sebagai perkara penting... cuba lihat dunia hari ini... berapa ramai remaja yang rosak akhlaknya... bila bincang pasal keruntuhan akhlak... ramai yang membincangkan tentang kurang didikan agama... sedangkan didikan agama hanya membuatkan mereka tahu bukan sedar akan kepentingan beragama... tidak kurang juga yang membincangkan pengaruh rakan... andai jati diri kuat... tak mungkin untuk remaja tersebut terpengaruh....
Benda yang paling penting dalam membina bangunan adalah tiang... begitu juga dengan manusia... benda yang paling penting membina manusia adalah tiang.... dimana tiang agama itu adalah solat... kalau rosaklah seseorang manusia itu... siasatlah dari solatnya... pasti ada yang kurang... kerana solat membentuk kita menjadi manusia terbilang... cuba tanya remaja yang semakin hari semakin rosak akhlaknya... berapa kali mereka solat... mungkin tidak pernah... mungkin sekali setahun waktu raya.. mungkin juga sekali seminggu solat jumaat...
Aku disini... tengok budak islam bukan main liat nak solat... tapi budak kristian... begitu bersemangat ke gereja... ahhh... tidak hairanlah kenapa semakin hari semakin rosak akhlak remaja islam... kes zina... pembuangan bayi... pergaulan bebas... semakin bertambah dikalangan orang islam... tapi sampai bila semua ini akan berterusan... masjid semakin kosong bila orang tua seorang demi seorang meninggalkan dunia yang fana ini... mana yang muda menghilang? yang sepatutnya bangkit sebagai pahlawan membela ummah... ayuh pemuda pemudi harapan agama... kukuhkan tiang kita... tegakkan ia... InsyaAllah... kita akan jadi ummah terbaik!!!