Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Ujian... bersabarlah...

Isnin, Oktober 11, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:10 PG
biasa orang dalam usia aku ni... suka bercerita...
ujian tentang hati dan perasaan... ujian cinta...
tapi alhamdulillah... aku masih belum diuji dengan ujian cinta...
andai aku di uji tak tahu lah mampu atau tidak aku menghadapinya..

ujian aku... hanyalah sekadar ujian kehidupanaku dalam mencapai impian...
kerana benda pertama dalam hidup aku adalah impian...
kerana dalam mengejar impian... aku sanggup tinggalkan keluarga...
serta menggunakan masa dan mengabiskan duit yang aku ada...
aku sanggup berjimat dan mengikat perut hanya untuk impian aku...
benda kedua dalam hidup aku adalah keluarga aku...
dan ketiga adalah diri aku sendiri...

bercakap mengenai ujian...
ujian pertama yang aku kena tempuh... ialah perlu pindah rumah...
aduh... ingatkan sampai habis pengajian aku... aku boleh tinggal disitu...
rupanya satu sem sahaja aku dapat tinggal disitu...
aku sanggup bayar mahal kat situ sebab aku suka persekitarannya...
sayang rasanya mahu aku tinggalkan tempat itu....
tapi aku terpaksa... sebab tuan rumah terpaksa berpindah kembali kesitu..
untuk menyambung pengajiannya di UiTM....
biar sedih...aku terpaksa melangkah pergi...
moga Allah memberi tempat tinggal kepada ku seindah persekitaran itu...
moga aku tidak mabuk rindu nanti...hahahah....
kita hanya merancang Allah yang menentukan...
setakat kena pindah rumah tu...ujian kecil jer...

ujian yang lebih besar aku terima hari ni...
ujian tentang janji aku...salah aku atau biasiswa yang mungkir janji dulu..
baik aku cerita dari awal... dulu aku ambik biasiswa jpa...
tapi untuk menyambung ke peringkat master,... setahu aku jpa kena dapat 3.5.. baru boleh sambung...aku rasa aku tak mampu...
jadi aku tukar ambi biasiswa ****... kerana biasiswa itu menjanjikan aku...
untuk menaja aku menyambung pelajaran ke peringkat master dengan pngk minimum hanya 2.75... insyaAllah... aku mampu...

tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan...
dalam tahun kedua atau ketiga pengajian aku... pihak biasiswa menukar perjanjian... mereka tak akan lagi menaja aku ke peringkat master... aku cal mereka... mereka kata... kalau nak sambung juga kena buat permohonan dan mereka tak akan taja... ok aku terima... aku berjimat dengan biasiswa yang aku ada... hanya untuk sambung master.. orang pergi shopping... aku window shopping jer... akhirnya... alhamdulillah aku dapat sambung master... dengan dapat elaun jadi GRA... tak perlu aku guna duit aku... mungkin dapat aku simpan untuk sambung PhD... tapi kalau guna pun tak cukup aku rasa.,.. hahha... elaun ni pun aku simpan juga sikit-sikit untuk menambah tabungan aku untuk sambung PhD... sekadar yang aku mampu... kalau bboleh nak cari penajaan juga la....lupa nak cakap... aku sambung master ni kira secara haram la... tapi aku ada hantar surat lapor diri dan penangguhan penempatan kepada pihak biasiswa... aku juga pernah kecewa dulu sebab tak boleh nak minta kerja atau biasiswa untuk jadi pensyarah universiti sebab terikat dengan biasiswa ni... kekadang aku juga kecewa sebab tak kekal dengan jpa dulu... rupanya asalkan pngk atas 3 dah boleh ssambung master ditaja oleh jpa...tak per la... mungkin ini jalan terbaik yang Allah sediakan untuk aku...

ok.. berbalik pada ujian yang aku terima pagi ni... aku nak tekankan dulu...kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya... mama aku... katanya dapat surat daripada biasiswa aku... dalam surat tu cakap... penangguhan biasiswa aku... tidak diluluskan... aku tetap perlu melapor diri bila dipanggil nanti... dia cakap... aku tak boleh sambung sebenarnya... ia ibarat aku melanggar perjanjian... mahu ku tanyakan... siapa yang langgar janji dulu... aku ambik biasiswa ni pun sebab aku nak sambung master...hati aku ibarat hancur bila menerima berita ini... mama pesan jangan sedih sangat sampai mengganggu belajar... aku cuba untuk tidak bersedih... tapi aku tak mampu tahan air mata aku untuk terus mengalir... tapi aku tak tunjuk kesedihan aku depan mak aku... aku cakap.. tak per la kalau dia nak panggil pun... aku tukar... aku sambung part time...tak perlu full time lagi... sebab aku dah dapat gaji... kalau aku dah kerja... tak perlu la elaun... kos hidupku bukan tinggi sangat pun... asal cukup untuk aku hidup... simpan untuk PhD... dan kos pendidikan aku sekarang....

aku hanya mampu berdoa... agar aku tak dipanggil selagi aku masih belajar.. tapi tempoh setahun setengah hingga 2 tahun tu agak mustahil untuk dia tak panggil langsung... kalau dia panggil pun aku mohon agar dia terima untuk aku nak habiskan belajar... tak pun... aku buat plan aku untuk sambung part time.... apa-apa pun berlaku... insyaAllah... aku takkan berhenti dari mengejar impianku... moga Allah permudahkan segala urusan ku... permudahkanlah perjuanganku kerana hanya ini jalan perjuangan yang mampu aku lakukan...

orang mesti pelikkan... kenapa aku sedih kalau aku dapat kerja... dah aku gembira kalau tak dapat kerja... habis degree ni... langsung aku tak minta kerja... orang lain sibuk nak kerja... sebabnya... aku bukan gila duit... tapi aku gila ilmu...kalau boleh aku nak sambung belajar sampai bila-bila... duit hanya alat untuk aku dapat ilmu... bagi aku ilmu bukan alat untuk dapat duit... cuma kekadang perlu guna ilmu untuk dapat duit... kerana perlukan duit untuk tambah ilmu... hahha... mesti pening orang baca... yang pasti...sepanjang aku belajar... aku hanya 'aim' impian aku... tidak terfikir untuk kerja selain dari impian aku....

yang pasti aku yakin... apapun yang bakal aku lalui...itulah jalan yang terbaik yang diciptakan untuk aku... aku hanyalah layang-layang terbang mengikut keadaan angin... cuba melawan angin agar terus terbang tinggi.... yang dikendali oleh Tuan... Tuan aku pasti tahu... jalan yang paling sesuai itu aku... sebab Dia cinta akan hambaNya... melebihi cinta ibu kepada anaknya...jadi aku usah risau... laluinya dengan penuh sabar... gantungkan sepenuh harapan kepadaNya... hanya Dia yang tahu apa yang terbuku di hati ini...dan hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk aku....
aku akan teruskan perjuangan aku ini... InsyaAllah... hingga nyawa terpisah dari badan...jadi jangan sedih-sedih lagi... Dia sentiasa bersama aku... tak pernah tiada bila aku memerlukan....

p/s: kalau aku dapat kerja pun itu satu amanah... akan ku didik anak bangsaku... untuk jadi orang yang berilmu dan berakhlak...

Salahkah aku???

Sabtu, Oktober 09, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:52 PTG
boleh tak nak luahkan hati...
tentang sedihnya perasaan ini...
semalam aku baca buku fitnah wanita sementara tunggu isyak...
masa yang singkat membuatkan aku milih tajuk...
hanya 2 bab yang sempat aku baca....
bab pertama pengenalan mengenai fitnah wanita...
fitnah wanita ibarat api... andai fitnah wanita itu api...
sudah ramai lelaki yang telah terbakar...

tapi bukan bab itu yang mahu aku utarakan...
bab yang mahu aku kongsikan disini bab mengenai...
fitnah wanita dari wanita berpendidikan tinggi...
bukan aku nak kata aku berpendidikan tinggi...
aku ni pun pendidikan setakat mana jer...
ilmu banyak lagi yang perlu ku cari...
cuma aku terasa dengan penulisannya

antaranya...
tentang wanita yang berkerja sebagai jurutera...
disitu diceritakan seolah-olah...
semua isteri yang bekerjaya... melawan cakap suami..
mahu merampas hak suami dalam rumahtangga...
mahu jadikan rumah seolah tempat kerja...
memang ada yang begitu... tapi bukan semuanya...
memang la bagus... dalam islam...
tempat perempuan dirumah.. terhindar dari fitnah...
tapi tak semua mampu lakukannya...
aku kagum dengan mereka yang berjaya...
tapi aku sendiri rasa tak mampu...salahkah aku?

tentang perempuan yang cuba menyamai lelaki...
memang salah untuk perempuan cuba menyamai lelaki...
tapi tak salahkah perempuan berkecimpung dalam bidang lelaki...
memang nampak seolah olah banyak pergaulan bebas...
tapi kat malaysia ni mana ada universiti yang tak campur lelaki perempuan...
kalau nak buat group tanpa lelaki pun pensyarah tak bagi...
bagi aku... asalkan kita tahu dan jaga batas-batasnya...
bukan sekadar tahu tapi tak amal...tak guna juga...

ni luahan terus dari hati...
rasanya tak salah aku akui... dulu antara matlamat aku masuk bidang ni...
memang nak buktikan perempuan setanding lelaki....
budak-budak... tak matang lagi... biasa la... anti lelaki sikit...
sekolah perempuan... lawannya sekolah lelaki kan...
tapi bila tahun pertama aku... ada pensyarah suka bagi nasihat masa dalam kelas...
aku sedar...sebagai perempuan aku tak boleh buat macam tu...
perempuan dan lelaki mempunyai keistimewaan tersendiri...
aku buang matlamat tu... fokus matlamat lain...
buktikan pelajar islam setanding pelajar bukan islam dalam akademik...
dan pelajar islam menepati masa dan bertanggungjawab dalam tugas...
aku melihat persekitaran ku... kebanyakan lelaki tidak boleh diharap...
banyak yang tidak menepati masa... walaupun islam mengajar kita untuk menepati masa... dengan solat pada waktunya...
ramai yang tidak bertanggung jawab dalam tugas.... hanya sekadar melepaskan batuk ditangga...atau lebih teruk lagi... melarikan diri dari tugas... walaupun bukan semua... tapi kebanyakkan lelaki islam begitu...
wahai lelaki yang baca post ni....bukan aku nak kutuk kamu...
tapi...aku bercakap sebagai saudara islam mu...
jangan keranamu orang bukan islam memandang hina agama ini...
nanti kau akan jadi pemimpin sebuah keluarga...
yang bakal melahirkan generasi islam yang akan datang...
mahukah kamu generasimu teruk hanya kerana kamu???
kalau bukan aku pelajar islam yang nak buktikan...
siapa lagi yang boleh diharap...
walaupun aku ni pun kekadang x boleh diharap juga...hehe...
bukan boleh nak ubah orang lain melainkan kita ubah diri sendiri walaupun susah...

kenapa aku terus dalam bidang ni?
kerana aku minat bidang ini... salahkah aku minat bidang yang majoritinya lelaki? aku dilahirkan dengan minat yang begitu...
setiap orang ada minat yang berbeza...
seperti juga salahkah lelaki menceburi bidang wanita seperti memasak dan kejururawatan... bukankah ada juga keistemewaan mereka memasuki bidang itu...
bagi aku tak salah... asalkan kita tak melanggar fitrah kita sebagai lelaki dan perempuan...dan menjaga adab pergaulan yang perlu dijaga...
salahkah aku???

p/s: kalau salah tolong perbetulkan...

Makin

Jumaat, Oktober 08, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:38 PTG
Makin aku dekati
Terasa kau makin menjauh
Makin aku hampiri
Terasa kau makin menjarak
Makin aku realisasikan
Terasa kau hanya mimpi

Kaulah impianku
Setelah bertahun aku mengejarmu
Kini hanya beberapa tahun lagi
Tak mungkin aku tinggalkanmu
Biar terasa tak terdaya diri ini
Biar terpaksa harungi onak duri
Biar terus dilambung ombak
Akan ku cuba mencapaimu jua

Namun dalam memiliki mu
Makin aku banyak tahu
Makin aku kurang tahu
Kerana ilmu itu luas
Tak mampu aku miliki semuanya

Cita-citaku
Kau setinggi gunung everest
Kau seluas lautan pasifik
Sedangkan aku manusia biasa
Namun akan ku cuba sebaik mungkin
Untuk jadikan mu sebuah realiti
Bukan sekadar hanya fantasi

Walau kau umpama imej maya
Bila ku dekati
Ku lihat mu masih dihadapan sana
Perjalanku belum lagi tamat
Selagi belum ajal menjemputku
Selagi itu hidupku untukmu
Kerana kau adalah perjuanganku
Di medan sebuah kehidupan
Sebagai hadiah buat Cintaku
Yang terus setia mencintaiku
Dan kerana Dia memberi aku hidup

Aduhaii...kerja...2

Selasa, Oktober 05, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:24 PTG
dulu sebulan 2 sebelum konvo...
banyak orang sibuk hantar surat minta kerja..
sekarang sebulan 2 selepas konvo...
banyak orang sibuk hantar surat berhenti kerja...
aku jer steady di sini...hahhaha
sebab aku belum begelar pekerja...
masih tak mampu merasa pahit maung di alam perkerjaan...

melalui situasi yang aku lihat... aku cuba menilai...
orang kata... dunia pekerjaan ni banyak cabaran...
ada orang berhenti kerja kerana telalu banyak tekanan...
ada orang berhenti kerja kerana tidak dapat banyak pengalaman...
ada orang berhenti kerja kerana susah nak daapat cuti...
ada orang berhenti kerja kerana nak sambung belajar...
dan seribu satu macam alasan lagi....
kalau aku bekerja... mampukan aku menghadapi semua cabaran ini???
atau aku juga sama seperti mereka... menghantar surat letak jawatan...

orang kata... rakyat malaysia memilih pekerjaan...
melihat secara kasar situasi ini... saya akan cakap...
yer.... mereka memang memilih...
tapi saya tak berada dalam situasi mereka...
dengan kerja yang bertimbun...
tekanan yang melampau...
gaji yang hanya cukup makan...
overtime sampai tengah malam...
hujung minggu yang terganggu lagi...
kerja pula dengan majoriti bangsa asing...
(susah tau nak berkomunikasi... macam ayam dan itik)
dah la study dulu pun susah...kerja pun susah...
mungkin betul tindakan mereka untuk meletak jawatan...

ada yang berhenti untuk sambung belajar...
untuk mendapat kerjaya yang lebih terjamin...
ada berhenti untuk kerja ditempat lain...
untuk mencari pengalaman kerja yang lebih luas...
tidak salah tindakan mereka..
asal mereka tidak membuat perkara sia-sia...
kawan-kawanku... apa kata korang buka syarikat beramai-ramai...
haha... tak payah kerja bawah orang... jadi kuli orang...
jadi bos dan boleh buat peraturan sesuka hati korang...
apapun aku ucapkan selamat berjaya untuk korang...hehe...

Jodoh dulu... Jodoh kini...

Ahad, Oktober 03, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:33 PTG
orang dulu-dulu dapat jodoh dari ibubapa yang jodohkan ataupun orang tengah yang bantu...tapi ada juga yang berkapel dan bercinta... tu pun secara senyap... guna botol dan surat... tu pun secara rahsia... kalau mak ayah tahu ada la yang nak kena balun...tapi aku rasa hanya segelintir yang bercinta sebelum berkahwin...

orang kini...sebelum kawin kawan dulu 5 tahun.. bercinta dulu 2 tahun... tapi kahwin sebulan lepas tu cerai...ahhh... aku ni mereka-reka sahaja... yang pasti orang sekarang... majoritinya bercinta sebelum berkahwin...ibubapa pun dah tak kisah anak-anak nak buat balik pasangan ke rumah... orang tak pernah bercinta dan berkapel tu pula di kira pelik zaman sekarang ni... huhu...bak kata orang tak kenal macam mana nak cinta...

kalau orang dulu.... nak kawin suruh lelaki suruh mak dia pergi risik perempuan tu... tapi orang sekarang... lelaki tu lamar si anak perempuan... dan si anak terus setuju... seolah-olah si anak perempuan tu sebatang kara yang tak ada wali...gadis yang tak punya pemilik...kalau mak ayah tak bagi.... kawin lari....kemana hilangnya rasa hormat pada mak ayah yang besarkan kita sebelum ni? aku pelik betul la...

ahhh... boring la bab cinta ni... aku nak tulis kat sini pasal memilih calon pula...lelaki sekarang... suka pilih perempuan cantik.... perempuan pula suka memilih lelaki kaya.... dah tak kira tua kerepot ker... asal kewangan stabil... harga barang sekarang kan naik... hahah... dunia-dunia... kalau perempuan tu kena asid.... sekejap jer hilang kecantikannya... kalau lelaki tu jatuh bankrupt.... hilang segala harta kekayaannya...

aku nak tulis kisah seorang perempuan yang aku sangat kagumi... dia mengenali suaminya apabila dijodohkan dengan orang tengah... tiada cinta sebelum perkahwinan mereka.... dia menerima lelaki itu hanya kerana agamanya... bukan kerana harta, rupa atau keturunan... pada masa dia buat keputusan untuk menerima lelaki itu.... yang dia tahu...lelaki itu tak punya harta..tak punya pekerjaan tetap... hanya buat kerja kampung... lelaki itu anak yatim piatu...hanya punya kakak yang membesarkannya... bukan dari keturunan yang hebat-hebat...hanya budak kampung yang miskin sahaja...soal rupa... lelaki tu hanya kurus kering....maklumlah miskin hidup hanya kais pagi makan pagi... kais petang makan petang...kira bagi perempuan tu... dia bukan lelaki yang kacak la...

tapi kenapa perempuan itu tetap menerima lelaki itu... kerana lelaki itu bukan budak kampung biasa yang biasa lepak-lepak di kedai kopi... lelaki ni kiranya budak masjid la...masuk waktu dia pergi surau... waktunya biasa digunakan untuk kerja-kerja berfaedah...dan lelaki ini lebih muda berbanding perempuan itu... aku kagum dengan cara perempuan itu memilih calon suaminya... masih ada lagikah perempuan sekarang yang begitu? aku pula macam mana? mampukah aku meletakkan agama sebagai satu-satunya criteria pemilihan seperti perempuan itu?

adakah bahagia kehidupan perempuan itu? apa yang aku lihat mereka bahagia la... bersama susah dan senang... perempuan tu ada pendapatan tetap... jadi tak adalah susah sangat nak sara keluarga... kalau lelaki tu ada duit... dia bagi jer semua duit tu pada isterinya... masa perempuan tu pergi kerja... lelaki tu tolong jaga dan masakkan untuk anak-anak.... maklumlah lelaki tu tak ada waktu kerja tetap... jadi senanglah urusan rumah tangga dilakukan...kini kemana sahaja mereka pergi pasti bersama... walaupun hanya kebelakang rumah...oohhh... bahagianya aku melihat mereka...
oh... bahagianya perempuan itu mendapat lelaki tu... dan betapa bahagia lelaki itu mendapat perempuan itu... aku tumpang gembira...hahaha...

seterusnya... aku nak kongsi pendapat... pasal satu lagi cara orang dapat jodoh iaitu melalui kahwin paksa... hehe... kalau orang sekarang... mesti ramai yang gerun bila disuruh kahwin paksa.. tambah-tambah yang dah ada pasangan sendiri... lain pula pandangan dari aku... kalau aku kena kahwin paksa... aku memang bahagia... hahahah.. tapi dengan syarat aku kena kawin paksa oleh mak bapak aku... bukan orang lain yang paksa...huhu... kenapa?

mari aku jelaskan.... mak bapak aku adalah orang yang paling rapat dengan aku sejak dari aku kecil sampai besar ni... kompem-kompem la dalam banyak-banyak manusia kat dalam dunia ni... mereka yang paling kenal dan faham aku... terutama mak aku... so dia tahu la macam mana test lelaki idaman aku,...hahahah...dan aku yakin mak bapak aku mesti bagi calon yang terbaik untuk aku... sebab mesti diorang nak anak diorang dapat yang terbaik dan bahagiakan? sebab aku benar-benar kenal mak bapak aku... mereka tak mungkin persiakan aku... jadi kalau diorang bagi aku calon untuk kawin paksa... apa lagi... aku ngap jer...hahhaa... lagipun... kompem-kompem la calon tu memenuhi kriteria-kriteria menantu idaman mereka... jadi tak payah aku susah-susah nak cari...heheh...tapi ada syarat satu lagi la nak tambat... aku jer kena kawin paksa.... calon tu tak kena paksa...kalau dia kena paksa juga... adeh la...kalau dia dah ada calon sendiri sebenarnya... tak pasal-pasal aku dipersalahkan...

best apa kena kawin paksa... kita tak kenal orang tu.. suprise and adventure.... hahahah... aku dah bengong ni... banyak pulak yang aku merepek dalam tajuk ni... ok la.. nak cuci otak dulu... apapun yang baik jadikan pedoman... yang buruk jadikan pengajaran...