Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Fenomena Hantu Kak Limah Balik Kampung

Sabtu, Mac 12, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:47 PG
pergi kemana saja... boleh lihat ramai yang terpengaruh dengan cerita hantu kak limah balik kampung... berjayanya cerita ini mempengaruhi rakyat malaysia dari segenap lapisan masyarakat... pergi kelas... pelajar angkat tangan macam dalam cerita tu.... masuk pejabat rakan sekerja sibuk duduk meniru gaya dalam cerita tu... di alam maya pun... dalam halaqah pun ada injit2 semut sape sakit naik atas.... tak kira bangsa... tak kira negeri... tak kira umur semua terpengaruh dengan cerita tu... betapa hebatnya cerita tu...

aku bayangkan ...kalaulah gaya angkat tangan tu diganti dengan gaya makan guna tangan kan bagus... menggikut sunnah kekasih Allah... ni bila ada orang makan dengan tangan dikutuk... kata tak standart la... kenapa tak guna sudu... buat apa aku makan dengan sudu... nanti makanan aku susah cerna... sape susah? aku juga sebab sakit perut makanan lambat cerna...

kalau injit2 semut siapa sakit naik atas tu di tukar kepada selawat ke atas nabi kan bagus... ramai akan berselawat kepada nabi... dapat tunjuk rasa cinta pada nabi.....ni sebut benda tu apa kita dapat? habuk pun tak dapat kan?

teringat satu petikan dalam filem tu yang orang selalu guna... kalau tidak cukup ilmu didada masakan sampai ke terusan swess... kata kata ni aku rasa kalau kita edit dan tambah perencah boleh jadi kata kata semangat untuk kita belajar... bukan sekadar kata kata kosong sahaja... kalau tidak cukup ilmu didada masakan sampai ke menara gading... ni untuk budak2 sekolah... kalau tak cukup ilmu didada..masakan jadi pekerja terbaik... ni untuk pekerja dan pelajar universiti... kalau tak cukup ilmu didada masakan jadi pendidik yang terbaik.... ni untuk aku... kalau tak cukup ilmu agama didada... masakan menanti mati dengan aman.. ni untuk seluruh ummat manusia...

hmmm... kalau ada pembikin filem yang boleh buat orang terikut2 macam cerita hantu mak limah balik kampung ni... ditukar kepada idea saya ni kan bagus... aku tabik la... bukan sekadar ikutan kosang yang tak bawa apa2 kepada masyarakat.....

Bolehkah mencintai tunangan?

Isnin, Mac 07, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:55 PTG
saya dah malas nak bercerita tentang isu bercouple... nak cerita kisah tunang la pulak... bukan saya yang betunang tapinya...pandangan saya melihat orang lain bertunang dari alam maya...hehe... untuk menjawab soalan diatas... pada pandangan saya tidak boleh...

Apa beza bercinta masa bertunang dan bercinta semasa bercouple? dua dua belum menjalin kan hubungan yang sah iaitu nikah... bertunang hanya cop... bukan halal lagi... sebelum berkahwin atau bernikah... layakkah kita memberi cinta kita kepada orang yang belum sah memiliki kita? tak kesian ker kat suami kita nanti andai tunangan tu bukan jodoh kita? tapi ada aku tengok yang menolak keras cinta sebelum kawin tapi memberi cinta kepada tunangan... tak sama ker tu dengan cinta sebelum kawin... tunang bukan selepas kawin dik oi...

orang yang dah bertunang mesti jawab... masa bertunang ni la masa mula nak memupuk kasih sayang... bukan ker masa bertunang hanyalah masa untuk berkenalan... selagi belum akad... buat apa nak pupuk cinta... nanti ada rindu... tak dosa ker kalau ingatkan tunangan sedangkan dia masih belum halal untuk kita....

bila baca post dan komen dialam maya... meluah rasa cinta pada tunang... janji setia... ahhh...gelinya...jangan ditabur janji manis andai belum mampu ditunai kan... kekadang tunangan tu dah macam sah milik dia... adoiya... please la... jangan la buat macam tu... macam nak show off kat semua orang... saya dah bertunang... saya dah laku...dah ada lelaki terpaut kat saya.... kadang2 boleh dianggap gedik...jaga la diri dan maruah tu sikit...

tu belum masuk hal majlis pertunangan lagi... vogue macam majlis kawin... sedangkan setahu saya pertunangan hendaklah dirahsiakan... perkahwinan barulah dihebahkan... kenapa nak heboh2 masa bertunang... takut nanti ada orang pinang lagi masa dah jadi tunangan orang? bajet laku sangat ker? hahaha...siap dekat fb tu comfirm2 la letak tunangan kepada dot dot dot... ikut suka korang la nak buat apa... asal korang bahagia dengan tunangan korang... tapi tak boleh... aku sebahagian masyarakat kena ambik tahu...
jadi jaga la batas2nya.... moga korang kawin cepat2... jangan rindu2... nanti zina hati la pulak...

maaf la kalau kata kata ni menyakitkan hati sesiapa... cuma luahan hati pandangan saya... mungkin orang boleh cakap... saya tak merasa boleh cakap itu ini... memang ikut suka saya jer la cakap.... ini blog saya... cuma saya bagi nasihat sebagai kawan....

Mengapa kenangan semalam perlu kita lupakan?

Ahad, Mac 06, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:35 PTG
Mengapa kenangan semalam mahu kita lupakan?
Sedangkan ia mampu mengajar kita erti sebuah kehidupan...
Dengan melupakan kenangan semalam....
Nanti kita akan lupakan kesalahan kita yang lalu...
Nanti kita akan ulangi kesilapan kita yang sama....
Apa erti hidup lama andai tiada pengalaman?
harga hidup adalah pengalaman kita...
lagi banyak pengalaman kita harungi...
lagi bertambah kuat kita menjalani hidup ini...

Kerana mahu melupakan kesedihan...
kerana mahu melupakan kegagalan...
kerana mahu melupakan kepedihan...
patutkah kita meninggalkan pengalaman itu...
sedangkan ia mengajar kita erti sebuah kehidupan...
hidup bukan selalu indah...
hidup bukan selalu bahagia...
hidup bukan selalu gembira...
kerana kesedihan...kegagalan... dan kepedihan itulah...
yang menjadikan indah... bahagia...gembira itu satu pengalaman manis....

terimalah hidup ini seadanya...
kerana ia adalah jalan terbaik untuk kita...
syukur dan sabarlah atas segala ketentuanNya...
jangan lupakan pengalaman hidup kita...
kerana ia adalah guru terbaik buat kita...

Rahsia Bahagia

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:32 PTG
Akhir akhir ni aku rasa bahagia sangat...Alhamdulillah
rasa tenang sangat ...
walaupun terpaksa melalui kehidupan baru...
walaupun terpaksa merantau ke seberang laut...
walaupun terpaksa bekerja dulu tanpa gaji 3 bulan...
walaupun terpaksa menangguhkan pengajian sebelum ini...
walaupun terpaksa memendamkan impian buat seketika...
Kenapa yer? Nak tahu sebabnya?
Meh saya ceritakan rahsia untuk bahagia...
Mula mula cuba hayati lagu ni...

Hakikat Bahagia >> UNIC
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

hmmmm.... best kan lagu ni...
saya suka sangat lirik dia...
kunci untuk bahagia adalah syukur dan sabar...
walau apa benda yang kita hadapi....
bersangka baiklah kepada Allah...
berfikiran positif dalam menghadapi kehidupan...
percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku....
tak payah pening fikir pasal apa yang tak berlaku...
hadapi kenyataan walaupun dalam mengejar angan angan....
mungkin kenyataan hari ini mampu merealisasikan impian kita di hari muka...
kita tak mampu ubah kenyataan tapi kita mampu ubah fikiran kita tentang kenyataan tersebut...
jadikan kenyataan yang berlaku sebagai batu loncatan untuk kita membina impian baru... jangan berhenti mengejar mimpi...

sedikit puisi dalam bahasa inggeris...

Just follow the flow...
Because that is the best way create for us...
No need to sad...
If we don't get what we want...
Because what we get...
Are the best for us...
Just happy with our life...
Allah know everything...

Jom sama sama kita menjalani hidup yang bahagia...Alhamdulillah...

P/s: takut sangat kebahagiaan ini ditarik olehNya...

Omelan tentang sektor kerajaan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:57 PTG
Pertama sekali aku nak ingatkan tulisan ini tidak berkait lansung tentang politik... hanya pandangan daripada seorang rakyat.... mula mula aku nak komen pasal misi kerajaan... aku start hidup masa Mahathir... dia dengan misi wawasan 2020... menjadikan Malaysia negara maju.... lepas tu diganti dengan Abdullah Badawi... timbul pulak Islam hadhari... kemajuan mengikut teras Islam... masuk pula Najib Razak... Satu Malaysia... dalam ketiga tiga ni tak ada pun misi untuk meningkatkan akhlak masyarakat... keruntuhan moral terus bertambah... di mana pemimpin kita untuk menyekat perkara ini... semua sibuk mengejar kemajuan... ada apa pada kemajuan kalau masyarakat punah ranah... kerja tak amanah... sibuk dengan rasuah... akhirnya rakyat juga akan tertindas... untuk apa negara maju tanpa rakyat yang berkualiti??? harap2... pemimpin yang naik selepas ini mengambil berat soal masalah akhlak remaja.... jangan hanya maju fizikal... tapi mundur rohani....

saya tengok sektor kerajaan sibuk duk mencantikkan... membeli benda yang bukan keperluan... dana yang diagihkan sepatutnya diguna sebaik mungkin untuk keperluan masyarakat... tapi diguna untuk menghias pejabat... untuk apa pejabat cantik tapi tak mampu memberi khidmat terbaik.... contoh ada satu tempat... duit dana yang sikit digunakan untuk menghias pejabat... tuka perabut sedia ada... sedangkan perabut sedia ada masih elok... padahal duit itu patut digunakan untuk benda yang lebih penting... senang nak ringkas.... sektor tu sektor pendidikan... duit tu patut guna untuk menjadikan persekitaran pembelajaran pelajar lebih selesa...

satu lagi aku nak komen sektor pendidikan... ini mengenai bahasa inggeris... sibuk nak pelajar dapat markah tinggi... tapi suruh pengajar mengajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... tapi macam mana pelajar nak dapat result tinggi kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya kalau mereka tak faham.... bila diajukan pada orang atas... takut pelajar tak faham kalau belajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya.... dia orang kata pelajar kat sini pandai bahasa inggeris... jangan risau...weh.. hang tak pernah mengajar ker? try hang gi ajar budak2 tu... faham ker ternganga diorang kalau hang ajar dalam bahasa penjajah tu sepenuhnya.... untuk apa belajar kalau kita tak faham ilmu tu... setakat hafal untuk jawab exam buat apa? aku harap suatu hari nanti bahasa penjajah tu hilang di bumi melayu ni dalam sistem pendidikan... hidup Penyata Razak dalam sistem pendidikan...