Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Lelaki yang dicari

Rabu, April 08, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:06 PTG
Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang sempurna
kerana diriku bukan insan sempurna
tapi yang dapat menyempurnakan
diriku yang serba kekurangan
cukuplah sekadar yang sederhana

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki rupawan yang kacak menawan
kerana diriku bukan gadis rupawan
rupa yang kacak tiada makna padaku
bakal hilang dimamah usia
cukuplah sekadar sejuk mata memandang

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang punya harta bertimbun
kerana diriku bukan mata duitan
duit tak boleh beli kebahagian
duit tidak bernilai tanpa bahagia
cukuplah sekadar mampu menganggung dirinya

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki berstatus tinggi
kerana diriku bukan 'high class'
status hanya bermakna didunia nyata
diakhirat kelak banyak tanggungan
cukuplah sekadar yang biasa-biasa

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang segak bergaya
kerana diriku bukan jenis styl0
nanti dia digilai perempuan lain
diriku juga yang rugi akhirnya
cukuplah sekadar yang skema sahaja

Lelaki yang dicari
bukanlah lelaki yang pandai bermain kata
kerana diriku bukan mudah dipermainkan
biarlah perbuatan membuktikan segalanya
bukan kata yang hanya manis dibibir
cukuplah sekadar yang pendiam sahaja

Lelaki yang dicari
biarlah ada pegangan agamanya
biarlah ada matlamat hidupnya
biarlah rasulullah jadi ikutannya
biarlah islam jadi perjuangannya
biarlah punya ilmu agama
biarlah punya ilmu dunia
biarlah punya akhlak mulia
biarlah memenuhi kehendak keluargaku
biarlah menyayangi ahli keluargaku
biarlah dapat menerimaku seadanya
biarlah dapat memahami diriku ini
biarlah dapat menyokong perjuanganku

yang penting
dia memguatkan cintaku pada Maha pencipta
dia meneguhkan kasihku pada kekasih Allah
dia mengeratkan sayangku pada seluruh keluargaku
dia menjaga hatinya dan hatiku
jangan dia memberi hatinya sebelum dia memilikiku
jangan dia menerima hatiku sebelum aku memilikinya

diriku bukanlah mengharap sesiapa
kerana diriku hanyalah insan biasa
cuma mengharap bahagia sentiasa
moga diriku dibimbing dan dilindung olehnya
kerana dia pelengkap hidup ku.....