Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Cinta oh cinta

Khamis, Februari 18, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:13 PTG
Cinta oh cinta
Kau hadir membawa kebahagiaan
Kau pergi meninggalkan kesedihan
Mengguris hati menanam luka

Cinta oh Cinta
Cinta bukan buta
Tapi membutakan hati
Buta mata tak nampak cahaya
Buta hati gelaplah jiwa
Si pencinta buta pada yang dicinta
Tidak mampu melihat kekurangan yang ada
Hilang matlamat hidup yang dikejar
Kerana cinta adalah segala-galanya
Bagi diri sang pencinta

Cinta oh Cinta
Kau madu kau jugalah racun
Tiada cinta yang diakhiri senyuman
Hanya air mata pengakhiran cinta
Kerana mungkin terputus ditengah jalan
Atau terlerai tanpa ikatan
Yang pasti mati juga pemutus cinta
Cinta antara makhluk yang hidup

Cinta oh Cinta
Andai kau datang bersama nafsu
Gembiralah syaitan bermaharajalela
Andai kau datang bersama iman
Berdukalah syaitan tak mampu menggoda

Cinta oh Cinta
Hanya satu cinta sempurna
Cinta yang tak mungkin berakhir
Apatah lagi dengan kedukaan
Cinta itu membawa bahagia
Di dunia mahupun akhirat
Kerana itu ia sempurna
Ramai orang mahukannya
Tetapi lupa siapa pemiliknya
Mana mungkin mendapat cinta sempurna
Melainkan dari yang Maha Sempurna...