Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Sementara @ Abadi

Jumaat, Februari 26, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:11 PG
Kita sibuk mengejar kejayaan sementara seolah olah terlupa menggapai kebahagiaan abadi...kadang-kadang sehingga menganggap yang sementara itu abadi...cuba kita cek balik diri kita dalam sehari... berapa lama kita mengejar yang sementara dan berapa lama kita mengejar yang abadi... berapa lama kita memikirkan yang sementara dan berapa lama kita memikirkan yang abadi... memang benar... kita boleh menjadikan kebahagiaan dan kejayaan yang sementara sebagai salah satu bekalan untuk kebahagiaan abadi... tetapi bergantung kepada niat...

saya bagi 1 contoh bagi seorang pelajar... memandangkan saya masih seorang pelajar...
contohnya... malam tu kita tidur lewat sibuk wat assigment... sbb esk nak hantar dalam kelas yang pukul 8... tiba2...bila kita sedar... tengok jam dah pukul 8 tepat... nak bersiap gi kelas lg... assigment plak x sempat nak siapkan lg...subuh sah2 tertinggal... apa yang akan datang dalam otak kita bila kita... bila tgk jam pukul 8 tepat masa kita bangun???
a)assingment x siap dan kelas dah start
b)astaghfirullah... aku tertinggal subuh
kalu jawapannya b, alhamdulillah... kita masih sedar diri...masih ingat tentang yang abadi berbanding sementara... seeloknya kita perbaiki diri... jadi seperti mutiara yang semakin lama semakin berharga...

semalam ada ceramah tentang murtad... ramai orang islam murtad kerana cinta,wang, pangkat dan pelbagai lagi yang hanya berpaksikan yang sementara sahaja... manusia sanggup meninggalkan bahagia yang abadi demi bahagia yang sementara... ini persoalan tentang akidah kita... benarkah kita percaya tentang hidup yang abadi selepas hidup yang sementara? benarkah kita betul-betul yakin tentang adanya hidup yang abadi selepas kita mati dalam dunia yang sementara ini? andai benar kita yakin... kenapa kita pilih bahagia yang sementara... yang hanya 60 atau 70 tahun sahaja... kenapa bukan kita pilih yang selama-lamanya... infiniti...ramai orang islam yang melayu terutamanya memilih islam kerana peluang dilahirkan dalam keluarga islam tanpa penghayatan yang penuh... tanpa akidah yang kukuh...saya suka kata-kata ini...
"Be Muslim not by your chance... but be Muslim by your choice"

Bila kita pilih islam dengan yakin... kita akan percaya tentang kehidupan abadi dengan yakin...kita akan mengejar kebahagiaan dan kejayaan yang abadi... kita tengok masyarakat sekarang... nak berjaya kat dunia, dalam akademik bukan main lagi bersungguh... tapi nak semayang malas... bila tengah study... masuk plak waktu solat... kadang2 kita hati kita berkata... jap lagi solat la... nak habiskan bab ni dulu... masa ni.. lupakah kita tentang kejayaan abadi yang patut kita kejar berbanding kejayaan yang sementara... kalu hidup di dunia... berjaya... gaji berpuluh ribu... menjadi sanjungan masyarakat... siap dapat nobel lagi...apa guna kalau hidup abadi kita terseksa di neraka jahanam???

Soallah diri kita sendiri... sehingga hari ini... berapa banyak masa yang kita gunakan untuk mengejar kejayaan yang abadi? kita tidak kekal di dunia ini... mungkin sedetik lagi kita akan meninggalkan dunia ini... Hanya Allah yang tahu... andai sedetik lagi kita pergi ke alam yang abadi... apakah bekalan yang kita ada dan akan kita bawa untuk mengecapi bahagia dan menggapai kejayaan disana? sudah cukupkah amalan kita?

Satu lagi saya nak tambah... pasal harta dan kekayaan... kita kat dunia ni... kalu nak bagi duit kita untuk derma sikit jer... sayang takut nanti duit kita habis... kita x sedar kalu kita derma banyak... banyaklah duit kita yang abadi... kalu kita derma tu... kita exchange duit yang sementara jadi duit yang abadi... kan bagus kalu kita mampu derma banyak2... pelaburan paling untung tu... pastu... yang peliknya... kita langsung x takut duit kita yang abadi hilang... nak bagi kat orang lain pun senang jer kita bagi.. kalu duit kita yang abadi tu banyak tak per gak... ni entah cukup entah tidak... tapi masih berbaik hati nak bagi kat orang lain lagi... sayanglah diri kita sebelum sayang kat orang lain... jangan mengumpat... jangan wat jahat kat orang lain.. nanti duit kita dapat kat orang lain...heheh

saya tulis ni untuk diri saya yang sentiasa lalai dalam mencari kebahagiaan abadi... tak salah untuk kita cari kebahagiaan dan kejayaan yang sementara... andai niat kita demi memartabatkan islam... demi mencari kebahagiaan abadi... tetapi... jangan sampai kita mencari kebahagiaan yang sementara sehingga lupa tentang mendapatkan abadi... kejarlah dunia seperti mahu hidup selama lamanya... kejarlah akhirat seperti esok kita mati...selarikanlah kedua-duanya... gapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat... walaupun ia sukar... kita mesti cuba... yeah...yakin... Allah akan sentiasa bersama hambanya yang berusaha...