SeGaLa IsI PeNuLiSaN DaLaM BLoG iNi aDaLah HaK CiPTa iXoRa_sKRu
Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis... Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Jumaat, Ogos 31, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:27 PTG
Alahai... kaya sangat ker nak bakar duit? bakar duit yang saya maksudkan adalah main bunga api dan mercun... sempena raya ni kan...hehe... masa kecil2... memang pandangan saya... main bunga api buka bakar duit... sebab kira yang kita bayar tu adalah harga kecantikan bunga api apabila dibakar... tapi bila fikir balik... macam tak berbaloi...
Cuba tengok betul2... siapa yang biasa main bunga api atau mercun ni? golongan yang kaya atau golongan keluarga berpendapatan rendah? kebanyakkannya kalau kat kampung tu.... yang kiranya dapat zakat yang bakar duit ni.... mungkin sebab dapat duit bakar... dapat duit bakar... tu yang tak kaya2... bukan dapat duit nak buat perkara faedah dengan duit tu... orang kaya pun boleh jatuh miskin kalau asyik bakar duit jer... buat macam bakar daun kering jer...
Nampaknya nak bantu orang miskin ni... tak boleh bagi bantuan kewangan la... kena bagi bantuan pengurusan kewangan atau bantuan barangan atau bantuan kaedah cari duit.... macam la aku ni orang kaya nak bantu orang miskin.... bajet pun selalu tak cukup... merapu jer lebih....
OK... berbalik kepada topik asal... sudah2 lah membakar duit tu... ingatlah...kita hidup ni bukan setakat dunia sahaja... di akhirat kelak kita akan ditanya... kemana kita belanjakan harta kita... takkan kita nak jawab... kita bakar rezeki yang Allah bagi kat kita? tak malukah kita? mana nak letak muka oii!!!
lagipun bukan setakat bakar duit.... kalau yang main mercun tu... berdetum sana... berdetum sini... bising la... lagi satu... kalau yang sakit jantung tu dengar dan terkejut... mati terus kat situ... sape nak jawab? anda pembunuh? mesti tak nak mengaku punya... yang main bunga api tu... walaupun tak berbunyi... tapi tak ada la cantik sangat... nak tengok yang cantik... tengok bunga api percuma... yang orang lain main... tak pun yang kerajaan atau raja bakar duit rakyat... (tak ker nama bakar duit rakyat kalau guna duit kerajaan buat pertunjukkan bunga api?... jangan tangkap saya ok...)
Dari kita bakar duit... mari kita menderma... pelaburan jangka panjang yang tak perlu diragui lagi...
Selasa, Ogos 14, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:16 PTG
Ada dengar tak berita perempuan hentak suami dengan lesung batu sebab suami dia tak nak beli baju raya... alahai perempuan... hari ni saya nak cakap pasal nafsu shopping perempuan... lelaki tak per dia ada 1 jer nafsu... perempuan ni ada macam2 nafsu... salah satunya nafsu shopping...pening kepala saya tengok perempuan dengan nafsu shoppingnya... tambah2 ni nak dekat raya...
mula2 kita mula dengan shopping pakaian... alahai perempuan... nampak jer kedai pakaian terus masuk.. masuk bukan untuk window shopping jer... masuk untuk beli tak kisah la baju kat dalam tu mahal ker murah... beratus2 pun bedal jer... kalau yang mampu tu tak perlu... jangan sampai berhutang sudah la... baju dah penuh almari... tapi beli lagi baju baru... hendak letak mana entah... kalau baju dah koyak atau teruk berbulu boleh la juga terima... ni baju masih elok... alasan nya bosan pakai... tak payah nak bosan mana... hidup kat dunia ni sekejap jer... paling lama pakai 5-10 tahun rosak la baju tu... tu pun kalau hidup 5 tahun lagi... kalau umur tak panjang... tak sempat apa pun dah pakai kain kapan...
kat kedai kasut... pun penuh dengan perempuan... tapi bab ni saya tak boleh cakap lebih2 sebab saya memang suka juga kumpul kasut... spare la kut2 nanti rosak... beli siap2 time diskaun... lagi pun kasut ada macam2 jenis... tapi yang saya pelik perempuan ni suka beli banyak2 jenis yang sama.... ikut kaler baju la katakan... ada yang tinggi.... ada yang rendah... ada yang nampak simple... ada yang elegan...
tu tak masuk lagi bila perempuan hias rumah... alahai... pening lelaki dibuatnya... itu nak baru... ini nak baru... semua kena 1 set... kalau set putih... perabot... langsir... semua kena tukar putih...kekadang kalau yang demand tu bukan boleh bagi barang murah... semua dah ternama... yang dalam peti ais pun kalau boleh nak set semua... kalau boleh juga nak beli macam2 hiasan rumah.... supaya rumah nampak cantik... tu la kut sebab perempuan kena duk rumah... sebab nak hias rumah cantik2...tapi tak membazir ker hias rumah tu... last2 rumah tu kita tinggal juga masuk dalam kubur... lagi baik kita hias syurga kita... boleh duduk dalam tu selamanya... tambah amal ... insyaAllah syurga terhias indah untuk kita semua...
tu la... Alaahai perempuan.. banyak betul kerenah... saya sendiri susah nak faham dengan perempuan ni... yang pasti saya syukur dilahirkan sebagai seorang perempuan bukan seorang lelaki... kalau tak pokai duit aku... pening kepala... rambut pun botak... fikir pasal duit nak bagi kat perempuan... bak kata mak ayah saya... lelaki nak perempuan... perempuan nak duit... jadi lelaki kena la cari duit banyak2... baru dapat perempuan... alahai perempuan....
Ahad, Ogos 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:58 PG
terasa kosong hidup ini
usia kian menganjak tua
kawan semakin ramai kawin
yang dapat anak pun dah banyak
usia ayah semakin singkat
kalau ayah dah tiada
siapa lagi akan menjadi wali
hidup penuh cabaran
tambah2 kalau nak ikut syariat
selalu ada godaan dan tentangan
aku hanya insan lemah
mudah tergoda senang tertekan
aku perlukan insan
menyokong aku dari belakang
dari rebah tersungkur
jatuh dineraka jahanam
aku tak cukup kuat
untuk meneruskan hidup ini
seorang diri tanpa peneman
sudah 25 tahun ku hidup sendiri
tapi sampai bila mampu ku bertahan
sampai kapan aku harus menunggu
pada siapa harus ku berikan hati
ia perlu dimiliki
bukan sekadar disimpan
Ini bicara tulus dari hati yang tertekan memikirkan soal jodoh... biasa la... bila usia dah lebih suku abad... semua sibuk mencari pemilik tulang rusuk... teringat aku tentang seorang teman... dia minat seorang lelaki ni... dia cuba nak mulakan bicara tapi tak berjaya... akhirnya dia pasrah... katanya "mungkin saya tak dapat dia sebab saya belum cukup baik untuk memiliknya... jadi saya perlu berubah menjadi lebih baik supaya nanti dapat jodoh yang lebih baik..." ungkapan ini lain dari yang lain... sebab biasa kita dengar...bila perempuan tu ditinggalkan lelaki..."InsyaAllah... saya akan dapat yang lebih baik dari dia... dia pergi pun sebab dia bukan yang terbaik untuk saya..." ungkapan ini membuatkan kita lebih perasan baik.... tapi ungkapan teman saya itu membuatkan kita cuba jadi lebih baik untuk mendapat yang terbaik...
kata seorang teman lagi... boleh saya anggap sebagai adik... dah dah nak kawin dah... ahhh... tertekan lagi saya...hehe... bila saya tanya macam mana dia dapat jodoh?... dia cakap..." saya serahkan pada Allah, bila kita rapat dengan Allah...kita cuba untuk berubah jadi baik... insyaAllah, Dia akan kirimkan seseorang untuk terus memimpin kita ke jalanNya.." kata-kata ini membuatkan saya terfikir sesuatu... oohhh... dah lama saya tinggalkan cintaNya... kalau dulu... cintaku hanya untukNya... tapi sekarang saya sibuk untuk mencari cinta manusia... bila dah rasa diri jadi andartu....
Kita ambil kedua-dua pernyataan kawan-kawan saya ini... ubah diri jadi baik untuk dapat yang terbaik dan mencari cintaNya... sudah aku bosan mengejar cinta manusia... bukan boleh dapat pun kalau bukan jodoh... cinta Allah sentiasa terbuka luas untuk hambanya... malah lebih luas dari langit terbentang... cintaNya pula cinta hakiki yang abadi... dalam pada itu... kita kena tunjukkan kita dah bersedia untuk jadi seorang isteri... bukan tunggu nak jadi isteri dulu baru nak rajin... InsyaAllah, bila Allah nampak kesediaan kita, Allah tahu kita perlukan pelindung dan pemimpin... dia akan kirimkan jodoh yang terbaik untuk kita...tapi ingatlah perkahwinan bukan keindahan semata-mata.... tapi ada satu tanggungjawab besar yang menanti... bersediakah kita untuk semua itu... kalau belum... ayuh persediakan diri dulu sebelum menuju gerbang bahagia....
p/s: lagu ni memang kena ngan jiwa aku dan tajuk post ni... walaupun dia dalam lagu ni aku tak tahu siapa... yang aku pasti dia adalah jodoh aku.... dan part paling aku suka dalam lagu ni... adalah...
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Aku seorang perempuan biasa... pakai pun biasa-biasa... cuma menutup aurat sahaja... itupun sekadarnya... tak ada tudung labuh... cuma menutup paras dada... kalau pergi ke pantai dan air terjun.... hilang melayang aku punya stokin... kalau pergi keluar sekejap2... hilang melayang aku punya stongan... aku cuma menjaga aurat aku kerana itu perintah Allah.... dan aku yakin bila aku menjalankan perintah Allah... pasti ada kebaikan yang aku dapat... kerana Allah mengatur yang terbaik untuk hambaNya... satu lagi sebab aku menutup aurat adalah sebab aku tak nak ayah aku menjadi lelaki dayus... aku tak nak mengheret ayah aku ke neraka kerana aku... dan yang ketiga pastilah sebab aku tak nak masuk neraka...
Satu lagi sifat aku... aku ni tak biasa guna ganti nama 'Aku' dengan siapa saja aku bercakap... dengan bos, rakan, atau pelajar aku sendiri... aku akan guna ganti nama 'saya'... memang nampak macam baik dan skema la kan? haha... memang aku budak skema sebab dari dulu sampai sekarang aku tak mampu nak ubah ganti nama tu...
Sebelum umur aku mencapai 17 tahun... aku berada dalam komuniti yang leh 95% adalah perempuan... manakala... semasa usia aku 18 tahun aku berada dalam komuniti 50% lelaki 50% perempuan...dan apabila aku mencapai umur 19 tahun... aku berada dalam komuniti yang 90% adalah lelaki sehinggalah sekarang... nampak kan betapa berubah 360 darjah komuniti yang berada disekeliling aku... namun aku adalah aku yang sama seperti aku yang dulu....
yang aku hairan... lelaki yang berada disekeliling aku... menganggap aku ni seolah2 budak perempuan yang sangat baik... bukan aku nak perasan ok....cuma aku nak meluahkan tekanan perasaan yang aku rasa...
" Skru ni tengok wayang juga ker?" kerana melihat aku masih berbaju kurung di malam hari... tu pun sebab aku tak salin baju lagi lepas balik kerja.... padahal aku ni karoeke di tengah malam pun pernah...
"Skru pun pergi juga ker tengok orang menari?" ni soalan rakan pejabat aku... bila mana kita orang nak pergi tengok festival musik tu...
"Skru ni memang nampak perempuan yang baik... susah nak jumpa perempuan yang ambil mekanikal macam skru ni... kalau ada pun yang ambil elektrik..." penyataan rakan pejabat aku semasa beriadah di air terjun...
Kata-kata mereka ini membuatkan aku terfikir... nampak baik sangat ker aku ni? sedangkan aku memang bukan perempuan yang baik... kadang2 aku terfikir sehingga membuat kesimpulan... padan la tak ada lelaki yang berani nak dekat dengan aku... sebab mungkin aku ni nampak baik... jadi lelaki biasa-biasa tak berani nak dekat dengan aku... kalau lelaki baik... tak mungkin nak kat aku sebab aku ni biasa-biasa jer... lelaki baik mesti nak cari muslimah sejati.... yang tudung labuh ayu gitu... kalau macam tu macam mana aku nak jumpa jodoh?
Sedangkan aku hanya gadis biasa yang menutup aurat... menutup aibku sendiri... aku bukan anak yang baik... aku bukan rakan yang baik... dan aku bukan hamba yang baik kepadaNya..... solatku sekadar buat... untuk khusyuk jauh sekali... tapi dah orang nampak aku ni macam perempuan baik... jadi aku kena jadi baiklah... supaya tidak menipu orang lain... kena jadi lebih baik dari hari ke sehari yeah... mungkin cuba menjadikan kata-kata mereka satu realiti walaupun sekarang hanya sekadar fantasi...
P/s: kat dalam alam maya pun aku nampak macam perempuan baik.... hati2 itu lakonan semata-mata...haha...
Semalam saya ada pergi solat terawih di sebuah masjid yang belum pernah saya jejaki... pergi pun sebab nak jumpa dengan kawan selepas solat terawih... nak masuk masjid pun tak tahu masuk ikut pintu mana... besar tak besar masjid tu... ikut orang jer masuk... bila melangkah masuk dalam masjid tu... rasa macam melangkah masuk dalam istana.... indah... cantik... tapi kosong.... melihat kepada senibina... hiasan dalaman... memang nampak ekslusif kalah hotel 5 bintang....
Tapi sayangnya... jemaah lelakinya... 2 baris saf pun tak penuh... sedangkan masjid tu boleh memuatkan puluhan saf... jemaah perempuan pula sibuk nak duduk kat kipas... memang la panas... tapi kalau stakat nak kipas tu... kat rumah boleh berkipas... mungkin masjid ni tak sediakan aircond sebab ia terlalu luas... membazirnya... jemaah bukan ramai pun....
Bila saya tengok masjid yang gah begini... saya rasa sedih... kenapa? sebab sy tertanya... duit zakat yang saya bawa diorang guna untuk buat masjid yang begini mahal ker? sedangkan niat saya membayar zakat untuk pembangunan ummah bukan pembangunan masjid yang tiada penghuni...
saya kira di negeri yang terletaknya masjid ini... masih ramai orang islam yang memerlukan sumbangan kewangan.... untuk meneruskan kehidupan.... masih ramai mualaf... yang memerlukan sokongan kewangan... saya dengar di negeri ini... banyak muallaf yang kembali kepada agama nenek moyang mereka atau masuk kristian kerana hidup susah.... dimana kita sebagai orang islam untuk membantu golongan ini... kalau guna duit berjuta-juta hanya untuk membina masjid gah tanpa jemaah...
Sedangkan bila orang masuk agama kristian... biasa pihak gereja dan hartawan kristian akan memberi bantuan kewangan... duit zakat bukan untuk buat masjid mewah... tapi duit zakat adalah untuk membantu ummah... membangunkan islam... bukan membangunkan masjid indah... sedar atau tidak muallaf sangat memerlukan sokongan dari segi kewangan... kerana mereka biasanya akan pergi mengaji tentang islam... mereka bercuti tanpa gaji atau berhenti kerja untuk mendalami islam... perkara baru bagi mereka...
kenapa duit berjuta-juta (walaupun saya tak tahu kos masjid tersebut... tapi saya yakin lebih 1 juta)... hanya digunakan untuk buat masjid... bukan untuk mengajak orang pergi ke masjid... sepatutnya duit tu digunakan untuk buat aktiviti mengajak orang pergi ke masjid...