Masjid Besar Tiada Penghuni
Ahad, Ogos 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:28 PG
Tapi sayangnya... jemaah lelakinya... 2 baris saf pun tak penuh... sedangkan masjid tu boleh memuatkan puluhan saf... jemaah perempuan pula sibuk nak duduk kat kipas... memang la panas... tapi kalau stakat nak kipas tu... kat rumah boleh berkipas... mungkin masjid ni tak sediakan aircond sebab ia terlalu luas... membazirnya... jemaah bukan ramai pun....
Bila saya tengok masjid yang gah begini... saya rasa sedih... kenapa? sebab sy tertanya... duit zakat yang saya bawa diorang guna untuk buat masjid yang begini mahal ker? sedangkan niat saya membayar zakat untuk pembangunan ummah bukan pembangunan masjid yang tiada penghuni...
saya kira di negeri yang terletaknya masjid ini... masih ramai orang islam yang memerlukan sumbangan kewangan.... untuk meneruskan kehidupan.... masih ramai mualaf... yang memerlukan sokongan kewangan... saya dengar di negeri ini... banyak muallaf yang kembali kepada agama nenek moyang mereka atau masuk kristian kerana hidup susah.... dimana kita sebagai orang islam untuk membantu golongan ini... kalau guna duit berjuta-juta hanya untuk membina masjid gah tanpa jemaah...
Sedangkan bila orang masuk agama kristian... biasa pihak gereja dan hartawan kristian akan memberi bantuan kewangan... duit zakat bukan untuk buat masjid mewah... tapi duit zakat adalah untuk membantu ummah... membangunkan islam... bukan membangunkan masjid indah... sedar atau tidak muallaf sangat memerlukan sokongan dari segi kewangan... kerana mereka biasanya akan pergi mengaji tentang islam... mereka bercuti tanpa gaji atau berhenti kerja untuk mendalami islam... perkara baru bagi mereka...
kenapa duit berjuta-juta (walaupun saya tak tahu kos masjid tersebut... tapi saya yakin lebih 1 juta)... hanya digunakan untuk buat masjid... bukan untuk mengajak orang pergi ke masjid... sepatutnya duit tu digunakan untuk buat aktiviti mengajak orang pergi ke masjid...