Nampak baik ker?
Ahad, Ogos 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:11 PG
Satu lagi sifat aku... aku ni tak biasa guna ganti nama 'Aku' dengan siapa saja aku bercakap... dengan bos, rakan, atau pelajar aku sendiri... aku akan guna ganti nama 'saya'... memang nampak macam baik dan skema la kan? haha... memang aku budak skema sebab dari dulu sampai sekarang aku tak mampu nak ubah ganti nama tu...
Sebelum umur aku mencapai 17 tahun... aku berada dalam komuniti yang leh 95% adalah perempuan... manakala... semasa usia aku 18 tahun aku berada dalam komuniti 50% lelaki 50% perempuan...dan apabila aku mencapai umur 19 tahun... aku berada dalam komuniti yang 90% adalah lelaki sehinggalah sekarang... nampak kan betapa berubah 360 darjah komuniti yang berada disekeliling aku... namun aku adalah aku yang sama seperti aku yang dulu....
yang aku hairan... lelaki yang berada disekeliling aku... menganggap aku ni seolah2 budak perempuan yang sangat baik... bukan aku nak perasan ok....cuma aku nak meluahkan tekanan perasaan yang aku rasa...
" Skru ni tengok wayang juga ker?" kerana melihat aku masih berbaju kurung di malam hari... tu pun sebab aku tak salin baju lagi lepas balik kerja.... padahal aku ni karoeke di tengah malam pun pernah...
"Skru pun pergi juga ker tengok orang menari?" ni soalan rakan pejabat aku... bila mana kita orang nak pergi tengok festival musik tu...
"Skru ni memang nampak perempuan yang baik... susah nak jumpa perempuan yang ambil mekanikal macam skru ni... kalau ada pun yang ambil elektrik..." penyataan rakan pejabat aku semasa beriadah di air terjun...
Kata-kata mereka ini membuatkan aku terfikir... nampak baik sangat ker aku ni? sedangkan aku memang bukan perempuan yang baik... kadang2 aku terfikir sehingga membuat kesimpulan... padan la tak ada lelaki yang berani nak dekat dengan aku... sebab mungkin aku ni nampak baik... jadi lelaki biasa-biasa tak berani nak dekat dengan aku... kalau lelaki baik... tak mungkin nak kat aku sebab aku ni biasa-biasa jer... lelaki baik mesti nak cari muslimah sejati.... yang tudung labuh ayu gitu... kalau macam tu macam mana aku nak jumpa jodoh?
Sedangkan aku hanya gadis biasa yang menutup aurat... menutup aibku sendiri... aku bukan anak yang baik... aku bukan rakan yang baik... dan aku bukan hamba yang baik kepadaNya..... solatku sekadar buat... untuk khusyuk jauh sekali... tapi dah orang nampak aku ni macam perempuan baik... jadi aku kena jadi baiklah... supaya tidak menipu orang lain... kena jadi lebih baik dari hari ke sehari yeah... mungkin cuba menjadikan kata-kata mereka satu realiti walaupun sekarang hanya sekadar fantasi...
P/s: kat dalam alam maya pun aku nampak macam perempuan baik.... hati2 itu lakonan semata-mata...haha...