Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
berhias atau juga dikenali sebagai bertabarruj adalah sinonim dengan perempuan... saya bawakan tajuk ini malam ini sempena malam raya.. biasa la raya ni kita biasa berhias... nak kelihatan cantik pada hari yang mulia ni...
Menjawab persoalan diatas... ya.. boleh perempuan berhias... hanya untuk yang berhak iaitu suami... pastu.. perempuan bujang boleh ker berhias? saya nak timbulkan satu soalan.... untuk saya dan pembaca lain... untuk apa dan siapa yer perempuan berhias?.. untuk kelihatan menarik? nak tarik siapa? perhatian lelaki? untuk apa tarik perhatian lelaki? nak tunjuk kita pun cantik? kalau lelaki tau kita cantik dan menarik pun buat apa? nak suruh dia rogol kita? tapi tak mungkin itu jawapannya... ok... kita pusing balik soalannya... untuk apa kita berhias? untuk kepuasan diri? kalau untuk kepuasan diri kenapa berhias juga depan orang? kalau hanya untuk kepuasan diri... berhiaslah kat dalam rumah... bila nak keluar tu... padamlah segala hiasan kat muka.. tangalkan hiasan dibadan... tutuplah hiasan semula jadi...
pasal berhias ni... saya mahu ulas dulu pasal pakaian... cantik sangatkah pakaian yang jarang dan ketat? sehingga nampak macam pembalut nangka? adakah kita rasa kita cantik bila menunjukkan bentuk badan kita? kita sebenarnya mahu menutup kulit atau menutup aurat? syarat menutup aurat adalah tak nipis dan tak ketat... iaitu tidak menampakkan bentuk yang menjadi aurat tersebut... apa guna tutup kulit jika aurat tidak ditutup... benda yang cantik dan berharga perlu dipersembahkan hanya kepada yang berhak... bukan dijadikan santapan pandangan sesiapa sahaja...
ramai pilih baju nak yang bergaya... baju kurung nampak kampung jer... orang kata out of date... biasa la kan... kita perempuan.. ada rasa nak bergaya... apa kata kita simpan dulu rasa nak bergaya tu... tunggu kawin.. lepas tu bergaya la sepuas hati... pesanan buat diriku... jangan sibuk nak bergaya... dari guna duit untuk beli baju bergaya.. baik sempan duit untuk kawin...hahahah...
tudung... ada yang mentafsirkan erti tudung hanya kepada meletakkan kain diatas kepala... sebab tu ada yang pakai tudung sekadar macam Joe Jambul... ada yang pakai tudung keluar ekor kuda di belakang... ada juga yang pakai tudung terdedah lurah didepan... bukankah tudung sepatutnya menutup bahagian kepala... termasuk kepada keseluruhan rambut dan telinga...leher dan dada... sehingga tidak menampakkan bentuk bahagian dada... transfomasi tudung yang boleh dilihat.. zaman sebelum kemerdekaan... tudung tidak dipakai...dulu zaman pop yeye... tudung diikat kebelakang... tapi masih menampakkan leher...selepas itu... kemunculan tudung bawal... tudung ni kalau kelas pertama amat nipis... cara pemakaian tudung bawal akhir ini pula biasanya diangkat tinggi tidak menutupi dada... lepas kehadiran tudung bawal... muncul pula kehadiran tudung indon... senang dan cepat dipakai.. tapi ini sangat ketat kekadang menampakkan bentuk telinga.... dan kekadang pemakai tudung ini menyanggul tinggi rambut mereka dan meletakkan kancing untuk mengemaskan bahagian belakang... tidakkah ini mampu menampakkan rambut kita panjang atau pendek? sedangkan rambut itu aurat...bersama itu datang musim selendang perasan tak selendang tu nipis sangat...lepas tu lembut...senang juga la nak nampak bentuk.... saya duk kutuk semua tudung ni.,.. saya pernah pakai semuanya..hahah... tu la nak suruh diri ni insaf juga...
make up... bila tengok cashier kat supermarket... pakai make up tebal.. huh.. apa kaitan makeup tebal dengan cashier yer? nak tarik perhatian pelanggan... ohhh... tidak... jangan biarkan dirimu di eksploitasi wahai perempuan..ala.. cakap kat orang aku sendiri pun suka pakai make up dan bergaya.. tambah-tambah bila nak bergambar... nak suruh gambar tu nampak cantik... walaupun diri ni tak cantik mana.... adoi.. insaflah wahai diri... tak payah pakai makeup la... cukup sekadar wuduk sebagai make up untuk keluar rumah... nak main make up juga biarlah kat dalam rumah... nak keluar padamkan... insaf..insaf...insaf....
wah... harum semerbak perfume... sekilo pun dapat cium lagi... korang yang nak pakai perfume yang kuat2.. saya tahu la korang tak nak orang cium korang bau busuk... tapi jangan la sampai buat orang sakit kepala dengan bau perfume korang sebab kuat sangat baunya.. pening tau... bukankah dosa bila menyebabkan lelaki terhidu bau perfume dan menarik perhatian mereka terhadap kita... jadi jalan selamat saya rasa... jangan pakai perfume diluar rumah... kalau nak pakai perfume kat dalam rumah.. mandi dulu sebelum keluar supaya dapat kita tak mengeluarkan bau yang wangi diluar rumah yang dapat menarik perhatian lelaki... tapi ada ker perempuan bujang nak pakai perfume kat rumah? saya tak pernah jumpa lagi... biasanya diorang memakai perfume ketika mahu keluar rumah... hati-hati lah....
last sekali saya nak sebut pasal jalan mendada.. perempuan usahlah jalan mendada... nampak macam nak menunjuk bentuk badan la pulak...dah cukup apa yang saya nak luahkan... moga kita sama-sama dapat menjaga diri kita sendiri... supaya tidak terlebih berhias diluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki dan sekali gus menambah dosa....jadilah seperti mutiara di laut dalam... keindahannya tersimpan didalam tiram yang tertutup rapat... jangan jadi bunga di taman reakrasi.. kecantikannya boleh dilihat dan disentuh sesiapa sahaja.....
P/s: kalau yang tak cantik macam aku ni.. pakai seksi.. tudung moden.. baju bergaya.. makeup tebal.. perfume semerbak pun tak cantik juga.,..hahahah...membazir duit jer beli semua tu...
Labels:
PeDoMaN
Itulah yang saya jumpa... kebanyakkan lelaki melayu yang saya jumpa adalah pembuli kaum wanita... tapi kekadang mereka juga jadi pelindung... saya cuma mahu kongsikan sedikit cerita...
kisah pertama... buli buat projek dan assigment... lelaki melayu suka lepas tangan dalam tugas kumpulan... biarkan ahli kumpulan lain yang buat... apa semua ni? mana tanggungjawab anda? setakat tanggungjawab dalam kumpulan ni korang tak boleh nak pikul... macam mana nak pikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memimpin dalam sebuah keluarga?
kisah kedua... buli bawa laptop... ada ker patut ahli kumpulan perempuan yang disuruh membawa laptop untuk setiap kali meeting dan presentation? sedangkan lelaki diciptakan dengan tenaga yang lebih berbanding wanita... setakat nak tolong bawa laptop tu apa la sangat... tak menjejaskan pun tenaga yang korang ada...
kisah ketiga... buli dalam makmal... lelaki datang lambat... suruh perempuan pesan kat demo tolong cakapkan yang dia datang lambat... perempuan kena ingatkan tentang makmal yang akan diadakan... kena tengok lab report perempuan dulu untuk meyakinkan lab report sendiri... adoi... lelaki tolonglah berdikari... jangan la manja sangat... dan harap boleh yakin pada diri sendiri....
itulah 3 kisah yang mahu saya kongsi bersama... ini bukan kisah rekaan... tapi segalanya benar belaka... mungkin dari segi penulisan saya nampak sebagai seorang yang anti lelaki...bukan saya ingin jatuhkan lelaki... tapi niat saya nak menyedarkan kepada anda... supaya anda menjadi lelaki yang berkualiti...
dari kisah pertama tu.. kalau korang tak nak buat kerja pun tak apa sebenarnya... kami boleh buat kerja... tapi ilmu tu kami yang dapat... korang juga rugi tak dapat ilmu tu... sebab tu kami kesian kat korang... dari kisah kedua... kami tak kisah kena bawa laptop pun... kami dapat pahala atas usaha kami? korang tak nak ker berkongsi pahala dengan kami... kisah ketiga... tiada apa2 rugi pada pihak kami... cuma sekadar mahu meningkatkan jati diri korang... supaya tak manja2... yakin diri...dan berdikari...
Jadi... Ayuhlah Lelaki Melayu... Buktikan anda BUKAN Pembuli....
Labels:
PeDoMaN
Kali ni saya nak kongsi tips supaya kita dapat menjaga pergaulan kita dengan kawan yang mempunyai jantina yang berlawanan supaya kita tidak melebihi had pergaulan dan sampai ketahap pergaulan bebas...
1. Serius dan tegas apabila berurusan dengan lelaki
2. Elakkan bergurau senda dengan lelaki
3. Elakkan meeting berdua dengan lelaki
4. Elakkan luah perasaan pada lelaki
5. Elakkan kongsi masalah dengan lelaki (kalau boleh kongsi masalah dengan perempuan sahaja)kecuali terpaksa.
6. Elakkan percayakan lelaki
7. Tidak perlu berbual kosong dengan lelaki
8. Elakkan memberi senyuman kepada lelaki
9. Elakkan melaram didepan lelaki
10. Jangan terlalu mesra dengan lelaki
11. Elakkan letakkan nama lelaki dalam H/P anda... tapi letak kan objektif menghubungi lelaki tersebut.. contohnya untuk lelaki yang sama group tutor... letakkan Tutor sebagai namanya... ini bagi memastikan kita menghubungi lelaki tersebut hanya untuk urusan penting itu sahaja.
12. Abaikan misscall dari nombor yang tidak dikenali
13. Berikan nombor hp anda hanya kepada lelaki apabila benar-benar mempunyai urusan dengan anda.
14. Tidak perlu bertanya khabar kawan lelaki (lebih baik bertanya khabar ibubapa dan keluarga)
15. Jangan men'gedik's dengan lelaki.
Itu saja tips daripada saya pada masa ini... tetapi sebagai manusia... saya juga kekadang terleka dalam pergaulan ini... jadi siapa yang nampak saya salah tu... tolong-tolong lah tegur... wahsini...
Ingatlah lelaki bukan sesiapapun dalam hidup kita kecuali keluarga kita dan guru yang memberi kita ilmu pengetahuan....
'Man is nothing in our life except our family and teacher that give us knowledge'
p/s: ops lupa... nak tambah 1 lagi... sebab saya selalu kena buli lelaki... nak pesan ni... jangan biarkan dirimu dibuli lelaki....
Labels:
PeDoMaN
Kau kata
Aku mungkir janji
Kau dulu
Yang mungkir janji
Kalau kau tak mungkir janji
Aku juga takkan mungkir janji
Aku cuma menagih janji
Janji yang telah kau mungkiri
Tapi aku sedar
Segalanya berlaku atas kehendakNya
Kerana Dia yang merancang segalanya
Kalau tiada aral yang melintang
Pasti kau tunaikan janjimu kan?
Tapi ada sesuatu
Yang menyebabkan kau terpaksa
Mungkiri janjimu
Tak apa... aku faham...
Walau pahit untuk ku telan
Tapi ku paksa diriku menerimanya
Kerana ku yakin..
Ada hikmah disebaliknya..
Allah dah sediakan jalan terbaik untukku
Jadi tak perlu aku sesali
Apa yang telah terjadi
Tentang janji yang dimungkiri
Terima kasih atas jasamu padaku
Ahh... bukan duit mu pun...
Semuanya duit rakyat... termasuk aku
Kau hanya badan untuk menguruskannya
Terima kasih memberi peluang
Untuk menerimaku suatu ketika dulu
Aku tahu aku tak layak memarahimu
Kerana kau mungkiri janjimu
Hanya kerana terpaksa
Janji yang kau kata aku mungkiri
Sebenarnya aku tak akan mungkirinya
Cuma aku minta penangguhan untuk menunaikannya
Tapi kau tak setuju menangguhkannya
Jadi dalam rela dan paksa
Akan ku tunaikan janjiku
Bila kau menuntututnya nanti...
Labels:
PuiSi
tadi aku baca buku Dimana Dia di Hatiku tulisan Pahrol Juoi... baca tajuk berkaitan redha ibubapa... terbaca kisah pemuda yang terperangkap di dalam gua... berdoa kepada Allah... dengan syafaat baktiku pada ibubapaku.. bukalah pintu gua ini... (lebih kurang macam ni la doa dia... aku tak hafal).. lepas tu pintu gua pun tergerak sedikit... aku pun terfikir sesuatu... kalau aku nak doa macam tu.. boleh ker? ada ker bakti aku pada ibubapa ku? kalau ada... apakah baktiku itu? aku ni menyusahkan ibubapa adalah... adui... anak apa lah aku ni...
teringat kata-kata mama... kalau boleh mama nak anak-anak mama sentiasa kecil tak besar-besar... sentiasa ada di depan mata mama... tak kisah lah terpaksa penat menguruskan anak-anak...tapi apakan daya.. masa tak boleh disekat... anak-anak terus membesar menjadi remaja dan dewasa... tak mungkin selama-lamanya kekal kanak-kanak...
mama... ***** pun nak terus jadi kanak-kanak... tak nak jadi remaja dan dewasa... nak terus berada dibawah ketiak mama... nak berada bersama mama disetiap masa dan ketika... tak nak hadapi ranjau hidup ini keseorangan di rantau orang.... tapi kehidupan memaksa kita berpisah buat sementara waktu...
bila baca tulisan ummi kat halaqah bagaimana susahnya nak besarkan nak perempuan... baru ku tahu betapa gusarnya hati mama membesarkan kami bertiga... dah la kami ni budak nakal... padan la orang tua-tua cakap.. nak besarkan seorang anak perempuan ni lagi susah daripada nak jaga sekandang lembu... tapi apa bakti yang mampu kami balas buat mu mama?
aku tahu... bukan duit yang mama nak dari anak mama... tapi yang mama dan bababa buntuhkan adalah perhatian daripada anak-anak... walaupun kami semua jauh diperantauan... biar jarak memisah kita... tapi dihati.... tetap ada mama dan baba... moga dalam setiap doaku... terselit doa untuk mu...
Ya Allah... kau kasihanilah dan jagalah pada ibubapaku... seperti mana mereka mengasihani dan menjagaku sewaktu aku kecil... hanya itu bakti yang mampu ku curahkan kepadamu...
Labels:
PeDoMaN