Mungkir Janji
Rabu, November 10, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:42 PG
Aku mungkir janji
Kau dulu
Yang mungkir janji
Kalau kau tak mungkir janji
Aku juga takkan mungkir janji
Aku cuma menagih janji
Janji yang telah kau mungkiri
Tapi aku sedar
Segalanya berlaku atas kehendakNya
Kerana Dia yang merancang segalanya
Kalau tiada aral yang melintang
Pasti kau tunaikan janjimu kan?
Tapi ada sesuatu
Yang menyebabkan kau terpaksa
Mungkiri janjimu
Tak apa... aku faham...
Walau pahit untuk ku telan
Tapi ku paksa diriku menerimanya
Kerana ku yakin..
Ada hikmah disebaliknya..
Allah dah sediakan jalan terbaik untukku
Jadi tak perlu aku sesali
Apa yang telah terjadi
Tentang janji yang dimungkiri
Terima kasih atas jasamu padaku
Ahh... bukan duit mu pun...
Semuanya duit rakyat... termasuk aku
Kau hanya badan untuk menguruskannya
Terima kasih memberi peluang
Untuk menerimaku suatu ketika dulu
Aku tahu aku tak layak memarahimu
Kerana kau mungkiri janjimu
Hanya kerana terpaksa
Janji yang kau kata aku mungkiri
Sebenarnya aku tak akan mungkirinya
Cuma aku minta penangguhan untuk menunaikannya
Tapi kau tak setuju menangguhkannya
Jadi dalam rela dan paksa
Akan ku tunaikan janjiku
Bila kau menuntututnya nanti...