Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Tips Jauhi Lelaki

Isnin, November 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:32 PTG
Kali ni saya nak kongsi tips supaya kita dapat menjaga pergaulan kita dengan kawan yang mempunyai jantina yang berlawanan supaya kita tidak melebihi had pergaulan dan sampai ketahap pergaulan bebas...
1. Serius dan tegas apabila berurusan dengan lelaki
2. Elakkan bergurau senda dengan lelaki
3. Elakkan meeting berdua dengan lelaki
4. Elakkan luah perasaan pada lelaki
5. Elakkan kongsi masalah dengan lelaki (kalau boleh kongsi masalah dengan perempuan sahaja)kecuali terpaksa.
6. Elakkan percayakan lelaki
7. Tidak perlu berbual kosong dengan lelaki
8. Elakkan memberi senyuman kepada lelaki
9. Elakkan melaram didepan lelaki
10. Jangan terlalu mesra dengan lelaki
11. Elakkan letakkan nama lelaki dalam H/P anda... tapi letak kan objektif menghubungi lelaki tersebut.. contohnya untuk lelaki yang sama group tutor... letakkan Tutor sebagai namanya... ini bagi memastikan kita menghubungi lelaki tersebut hanya untuk urusan penting itu sahaja.
12. Abaikan misscall dari nombor yang tidak dikenali
13. Berikan nombor hp anda hanya kepada lelaki apabila benar-benar mempunyai urusan dengan anda.
14. Tidak perlu bertanya khabar kawan lelaki (lebih baik bertanya khabar ibubapa dan keluarga)
15. Jangan men'gedik's dengan lelaki.

Itu saja tips daripada saya pada masa ini... tetapi sebagai manusia... saya juga kekadang terleka dalam pergaulan ini... jadi siapa yang nampak saya salah tu... tolong-tolong lah tegur... wahsini...

Ingatlah lelaki bukan sesiapapun dalam hidup kita kecuali keluarga kita dan guru yang memberi kita ilmu pengetahuan....
'Man is nothing in our life except our family and teacher that give us knowledge'

p/s: ops lupa... nak tambah 1 lagi... sebab saya selalu kena buli lelaki... nak pesan ni... jangan biarkan dirimu dibuli lelaki....