Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Lelaki Melayu Pembuli?

Isnin, November 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:01 PTG
Itulah yang saya jumpa... kebanyakkan lelaki melayu yang saya jumpa adalah pembuli kaum wanita... tapi kekadang mereka juga jadi pelindung... saya cuma mahu kongsikan sedikit cerita...

kisah pertama... buli buat projek dan assigment... lelaki melayu suka lepas tangan dalam tugas kumpulan... biarkan ahli kumpulan lain yang buat... apa semua ni? mana tanggungjawab anda? setakat tanggungjawab dalam kumpulan ni korang tak boleh nak pikul... macam mana nak pikul tanggungjawab yang lebih besar untuk memimpin dalam sebuah keluarga?

kisah kedua... buli bawa laptop... ada ker patut ahli kumpulan perempuan yang disuruh membawa laptop untuk setiap kali meeting dan presentation? sedangkan lelaki diciptakan dengan tenaga yang lebih berbanding wanita... setakat nak tolong bawa laptop tu apa la sangat... tak menjejaskan pun tenaga yang korang ada...

kisah ketiga... buli dalam makmal... lelaki datang lambat... suruh perempuan pesan kat demo tolong cakapkan yang dia datang lambat... perempuan kena ingatkan tentang makmal yang akan diadakan... kena tengok lab report perempuan dulu untuk meyakinkan lab report sendiri... adoi... lelaki tolonglah berdikari... jangan la manja sangat... dan harap boleh yakin pada diri sendiri....

itulah 3 kisah yang mahu saya kongsi bersama... ini bukan kisah rekaan... tapi segalanya benar belaka... mungkin dari segi penulisan saya nampak sebagai seorang yang anti lelaki...bukan saya ingin jatuhkan lelaki... tapi niat saya nak menyedarkan kepada anda... supaya anda menjadi lelaki yang berkualiti...

dari kisah pertama tu.. kalau korang tak nak buat kerja pun tak apa sebenarnya... kami boleh buat kerja... tapi ilmu tu kami yang dapat... korang juga rugi tak dapat ilmu tu... sebab tu kami kesian kat korang... dari kisah kedua... kami tak kisah kena bawa laptop pun... kami dapat pahala atas usaha kami? korang tak nak ker berkongsi pahala dengan kami... kisah ketiga... tiada apa2 rugi pada pihak kami... cuma sekadar mahu meningkatkan jati diri korang... supaya tak manja2... yakin diri...dan berdikari...

Jadi... Ayuhlah Lelaki Melayu... Buktikan anda BUKAN Pembuli....