Kerja untuk Duit?
Selasa, November 09, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 3:15 PTG
saya tak nafikan.. hidup perlukan duit... tapi saya pelik dengan cara kebanyakan orang fikir... duit... duit... duit... nak sambung belajar pun sebab nak suruh nanti kerja gaji besar ... jadi dapat duit banyak... saya nak tanya? kita hidup ni semata-mata untuk duit ker? bukan duit hanya sekadar alat untuk kita hidup?
kalau semua orang kerja kerana duit semata-mata... hah.. biar semua jurutera mekanikal kerja kat syarikat minyak... gaji mahal kat sana... biar jadi mata duitan semuanya.. hahahaha.. tapi kalau semua orang kerja sebab nak duit... siapa nak kerja untuk kepentingan ummah?
sedarlah... kerja bukan sekadar kerana duit... tapi kerja adalah demi kepentingan masyarakat.. untuk membangunkan masyarakat kerana Allah... baru boleh maju masyarakat kita... bukan kita kerja sekadar lepas tangan untuk dapat gaji...bak kata orang melepaskan batuk ditangga...
kalau semua orang kerja untuk duit... cuba bayangkan... bila semua orang dah kaya... tak perlu duit dah.... siapa yang akan kerja? semua orang tak nak kerja... nak rehat sebab duit dah banyak...tak ada orang nak jadi nelayan... petani... guru... doktor ... jurutera... sebab semua dah ada banyak duit... lepas tu kita semua nak makan apa? kalau sakit nak jumpa siapa?
pernah dengar ada orang yang guna 70% gajinya diinfakkan? kalau kita boleh jadi macam tu kan bagus... tak salah sebenarnya kerja untuk duit... duit yang kita dapat banyak tu... kita gunalah sebaiknya... kongsilah dengan orang yang memerlukan... bukan guna duit tu semata-mata untuk kemewahan hidup kita....moga kita sama-sama mampu jadi macam dia suatu hari nanti...
kenapa aku anti sangat dengan duit...sebab duit memang musuh aku kerana duit pernah membeli persahabatan yang pernah aku hulurkan... mungkin sebab tu aku benci duit... tapi aku tak boleh hidup tanpa duit... kerana aku memerlukan duit untuk merealisasikan impianku...