Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Si kecil itu
Sungguh tabah hatimu
Sungguh kuat semangatmu
Sungguh tebal imanmu
Kecacatan bukan penghalang bagimu
Si kecil itu
Biar kau susah bergerak
Biar tak mampu untukmu berdirĂ
Kau sungguh berbeza
Si kecil lain sibuk bermain
Bergurau senda sesama taulan
Tetapi kau tetap fokus dengan amalmu
Si kecil itu
Bergerak perlahan dalam kepayahan
Di rumah Allah yang sungguh mendamaikan
Menunaikan solat bersama imam
Sedang ramai pemuda diluar sana
Sihat tubuh badan dan waras akalnya
Terus lena diulik fatamorgana dunia
Tidak malukah kamu pemuda?
Kau punya segalanya
Tapi kau lupa pada Yang Memberi
Si kecil itu
Aku sungguh kagum dengan mu
Kecacatan mu tidak menjauhkan dari Allah
Malah lebih mendekatkan mu denganNya
Kau mengajar aku erti sabar
Menempuh segala ranjau kehidupan
Kau mengajar aku erti syukur
Dengan segala apa yang kita ada
Si kecil itu
Kaulah pejuang mujahid harapan
Andai nanti aku dikurnia
Seorang putera penghibur hati
Moga ia seorang mujahid sepertimu...
Labels:
PuiSi
Aku merindui sesuatu...
Sesuatu yang menjadi milikku dulu...
Ketenangan jiwa... keamanan hati...
Paling aku rindu kehidupan aku di matrikulasi...
Kehidupan yang penuh dengan budaya ilmu...
Tidak aku siakan walau sedetik waktuku...
Dari mata terbuka hingga terpejam semula...
Cerdas minda... cergas fizikal.. sihat rohani...
Di tengah malam lepak bersama rakan...
Minum air teh O bersama biskut kering berbual dan bermain...
Untuk menenangkan otak yang tegang belajar..
Bila masuk ke universiti...
Susah untuk aku mengamalkan kehidupan itu...
tapi syukur... setelah 2 lebih tahun hatiku gundah...
berjaya aku kembali mendamaikannya..
mungkin kerana adanya laptop ini...
kebebasan aku meneroka dunia tanpa sempadan..
Mungkin membuatkan aku leka dalam dunia maya..
Aku memang tak mampu hidup tanpa kebahagiaan...
Telah 6 bulan aku merindui kehidupan universitiku...
Kerana telah 6 bulan aku memulakan hidup baru...
Hatiku meronta rindukan sesuatu...
Alhamdulillah... Cintaku tetap bersama aku...
Semalam rindu ku terubat...
Hatiku kembali tenang...
Moga hari esok masih ada untukku...
Melalui kebahagiaan dalam kehidupan...
Labels:
PeDoMaN,
PuiSi
Mula-mula saya nak minta maaf kalau post ni agak emosi sebab saya memang tengah emo masa menaip post ni. Aku tengah geram orang duk sibuk dengan beg pikul aku... ikut suka aku la nak pikul batu ker pikul beg... ker nak junjung beg... ada aku kisah dengan korang... aku pakai beg pikul orang kata aku ni macam budak sekolah... tapi kalau aku tak bersama beg pikul aku pun pelajar cakap aku ni macam budak sekolah menengah... dah awet muda nak buat macam mana...(berapa kali dah aku ulang ayat ni)... lain kali jangan duk sibuk sibuk lagi dengan beg aku... x kisah la korang nak anggap aku buat publisiti murahan dengan beg pikul aku ker... sekurang-kurangnya aku tak buat publisiti murahan dengan menjual maruah ada aurat aku... dah la... lagipun aku mana ada aset kecantikan nak buat publisiti murahan menggunakan penampilan yang gedik dan mengoda... masa sekolah dulu pun orang kenal aku sebab aku suka lari... jadi.. aku terima diri aku yang pelik... korang pun kena terima la kepelbagaian dalam kehidupan....ahhh... geram aku....
ahh... berbalik kepada tajuk... perlukah pendidik berpenampilan menarik atau pendek katanya bergaya.... pada aku... TAK PERLU... kita bukan nak tarik pelajar untuk melihat kita tapi kita nak tarik pelajar mencintai ilmu... itu lebih penting... kalau pendidik bergaya... adakah pelajar akan memerhati apa yang diajar atau apa yang dipakai oleh guru mereka... (tetiba teringat pula zaman belajar di universiti... duk tilik perut pensyarah lelaki... siap ambik gambar lagi perut buncit...hehe... jahat betul aku and the geng... )
tengok kepada penampilan cikgu-cikgu sekarang... semua sibuk duk bergaya kalah model-model... bak kata orang... biar papa asal bergaya... betulkah? antara sebab cikgu sibuk duk bergaya sebab takut kalah dengan student... aish... saya tak setuju... buktikan kecemerlangan kita dengan ilmu dan hasil kerja yang kita mampu lakukan bukan dengan penampilan dan gaya...
pada aku... kalau aku jadi pelajar... penampilan guru tu tak penting... asal dia banyak ilmu... banyak pengalaman ... bersungguh dalam mendidik... bersikap keibubapaan (prihatin)... itu sudah cukup baik... kalau cikgu tu bergaya... saya tak dapat apa2 manfaat pun sebagai pelajar... jadi apa guna? tambah-tambah kalau saya ni lelaki dan cikgu tu perempuan... bayangkan cikgu tu bukan main bergaya... pakai baju ketat... pakai high heel bunyi pelepuk pelepak... jalan pulak tonggek kekanan kekiri... bayangkan masa cikgu tu menulis kat white board (kalau dulu blackboard)... angkat tangan kekadang terangkat nampak pinggang... uish... mengancam nafsu sungguh... nanti cikgu jadi bahan bayangan lucah untuk pelajar... maklumlah lelaki ni fantasi lucah dia tinggi....hati-hati yer pendidik semua...
mahu saya kata... pendidik bukan model lucah... pendidik bukan pelacur... pendidik adalah orang yang mendidik generasi pada masa hadapan... jadi pendidik hendaklah menunjukkan contoh terbaik buat pelajarnya... untuk memastikan generasi masa depan yang terbaik... untuk apa bergaya? untuk menggoda pelajar menjadi suami? tahukah anda... ada satu kes.. pelajar lelaki x boleh jawab exam sebab pelajar kat depan dia seksi... jadi agak-agak kalau pendidik yang seksi dan bergaya ada kat depan kelas... bolehkah pelajar lelaki menumpukan perhatian pada pelajaran atau hanya pendidik itu menjadi pelakon fantasi lucah pelajar? sila jawab soalan ini sendiri jika anda mahu berpakaian seksi ke kelas...
untuk menutup post ni.. saya tegaskan pendidik tidak perlu bergaya... hanya berserdahana dalam berpakaian... berakhlak dalam tingkah laku... bersungguh dalam mendidik kerana kita adalah cermin generasi yang akan datang... pesanan buat diri saya sendiri...
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN
Sambungan dari Pertemuan 1...
Dalam mengejar cita... kita dipertemukan...
Sebuah pertemuan menyimpul persahabatan,
Persahabatan terbina menjalin keakraban,
Keakraban kita penghubung ukhwah,
Ukhwah diperlihara hingga akhir hayat.
Bab 2 – Menjejak kaki
“Ada, tu la fakulti Ada nanti..” Kata Kak Aya sambil menujukkan sebuah bangunan putih tersergam indah dihadapan sebuah tasik...
“Wah, cantiknya... tak sabar Ada nak belajar kat situ.”
“ Tempat dah cantik... Ada kena la belajar rajin-rajin biar dapat result macam kak Aya kamu tu..” Abah menyampuk sambil terus memandu kereta menuju kolej Kak Aya untuk mengambil semua barangan kak Aya memandangkan kak Aya sudah menamatkan pengajiannya di UKM.
“Kak Aya grad dengan PNGK berapa?” Aku bertanya kerana ingin tahu lebih lanjut...
“ 3.03”
“Eleh... cukup-cukup 3 jer... ingatkan tinggi” aku menyindir...
“eh... Kak Aya punya pointer kat matrik lebih tinggi dari Ada tau... ingat senang belajar engineering? Nak dapat pointer atas 3 pun susah... dapat atas 3 kira ok la ni... Kamu jangan duk eksyen sangat... Kak Aya ni ambik elektrik... Kalau mekanikal entah-entah lagi susah... sebab kawan kak Aya yang ambik mekanikal biasanya result diorang kurang dari 3...” kak Aya mula membebel...
“Entah betul entah tidak kak Aya ni..”aku cuba menyemarakkan lagi api kemarahannya...
“Betul la... apa yang tak betulnya? Kak Aya ni rajin study... kawan kawan Kak Aya cakap... sejuk perut ibu mengandung..... sebab Kak Aya sangat rajin study... kalau kamu yang pemalas tu tak tau la macam mana nanti... ikut suka kamu la nak percaya ker tidak...” Kak Aya dah macam merajuk...
“tak nak percaya.... tak nak percaya...”
“ish... kamu 2 orang ni tak boleh ker sehari tak bertekak... macam anjing dengan kucing... asyik nak bergaduh jer... dalam kereta pun gaduh... rimas ibu....dah... dah..jangan duk naikkan angin kakak kamu tu Ada...” Marah ibu.... ayah sekadar tersenyum...
“ tu la ibu.. entah Ada ni... orang bagi nasihat dia nak main main pula...” kak Aya memerliku
“ala... orang main- main pun nak ambik hati... susah betul cakap dengan orang sensitive ni...” aku cuba menegakkan benang yang basah...
“Udah la tu.... kang ibu suruh abah kamu ni turun kan kamu berdua kat sini...” ibu memberi amaran... Serentak dengan itu abah memberhentikan kereta kerana sudah sampai di kolej kediaman Kak Aya...
“dah sampai pun ibu... mesti la kena turun... ibu dan abah tak nak turun ker? Tadi kata nak turunkan Ada dan Kak Aya jer... hehe” aku cuba mengenakan ibu...
“ish... kamu ni... ada jer idea nak menjawab...” sindir ibu sambil tersenyum...
Aku memang begini... seorang anak yang nakal... nakalku mampu membuatkan orang lain tersenyum....
Bersambung...
Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu
Untuk menggenal erti persahabatan
Melayari kehidupan remaja bersama
Kerana persahabatan itu sebuah perkongsian
Labels:
CeRiTa
Sem ni Ketua jabatan dah bagi amaran awal-awal ... ajar dalam bahasa inggeris 100%... semalam... aku dapat jumpa anak-anak PA aku... suruh mereka isi borang maklumat diri... dalam tu ada keputusan SPM... aku baca la yang mereka punya kat pejabat... tengok2... ramai betul yang bahasa inggerisnya dapat D dan E... macam mana mereka nak faham kalau aku mengajar dalam bahasa inggeris... rasa nak menangis rasa... waaa... nak buka kolej sendiri... tak nak guna sistem pendidikan kerajaan yang memartabatkan bahasa penjajah dan menghancurkan anak bangsa tu....
Aku cuma letak mereka di tempat aku... aku dulu SPM... dapat B3 bahasa inggeris... dah terngucap-ngucap dah belajar kat universiti... tu pun pensyarah aku ajar campur-campur... bukan 100% bahasa inggeris... sibuk aku cari nota lama yang bahasa melayu untuk fahamkan... aku kira ok lagi... asas sains aku kira Alhamdulillah kukuh la juga... kurang-kurang tak faham bahasa ingeris boleh faham sainsnya...tapi mereka ni... result subjek sains pun teruk juga... macam mana nak belajar?
Jadi aku tak heran la kalau ramai yang sangkut tengah jalan... kerajaan tak kesian ker pada anak bangsa sendiri? bila IPT nak guna bahasa melayu.... aku tak sanggup tengok anak bangsa ditindas di negara sendiri... moga Allah kuatkan semangat aku... aku nak cuba minta dengan KJ ajar campur campur atau ajar dulu bahasa inggeris mereka tak faham... terangkan dalam bahasa melayu pula...InsyaAllah.... aku mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar aku... kerana mereka ada hak mencari ilmu dinegara sendiri...
Labels:
Dunia Pendidik