Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Wajarkah bahasa inggeris?

Sabtu, Julai 09, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:49 PG
Sem ni Ketua jabatan dah bagi amaran awal-awal ... ajar dalam bahasa inggeris 100%... semalam... aku dapat jumpa anak-anak PA aku... suruh mereka isi borang maklumat diri... dalam tu ada keputusan SPM... aku baca la yang mereka punya kat pejabat... tengok2... ramai betul yang bahasa inggerisnya dapat D dan E... macam mana mereka nak faham kalau aku mengajar dalam bahasa inggeris... rasa nak menangis rasa... waaa... nak buka kolej sendiri... tak nak guna sistem pendidikan kerajaan yang memartabatkan bahasa penjajah dan menghancurkan anak bangsa tu....

Aku cuma letak mereka di tempat aku... aku dulu SPM... dapat B3 bahasa inggeris... dah terngucap-ngucap dah belajar kat universiti... tu pun pensyarah aku ajar campur-campur... bukan 100% bahasa  inggeris... sibuk aku cari nota lama yang bahasa melayu untuk fahamkan... aku kira ok lagi... asas sains aku kira Alhamdulillah kukuh la juga... kurang-kurang tak faham bahasa ingeris boleh faham sainsnya...tapi mereka ni... result subjek sains pun teruk juga... macam mana nak belajar?

Jadi aku tak heran la kalau ramai yang sangkut tengah jalan... kerajaan tak kesian ker pada anak bangsa sendiri? bila IPT nak guna bahasa melayu.... aku tak sanggup tengok anak bangsa ditindas di negara sendiri... moga Allah kuatkan semangat aku... aku nak cuba minta dengan KJ ajar campur campur atau ajar dulu bahasa inggeris mereka tak faham... terangkan dalam bahasa melayu pula...InsyaAllah.... aku mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar aku... kerana mereka ada hak mencari ilmu dinegara sendiri...
Komen: