Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Kehidupan Yang Materialistik

Rabu, November 21, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:59 PTG
Cuba kita imbas rutin kehidupan kita... bangun pagi solat subuh... bersiap untuk pergi kerja...lepas tu pergi kerja... tengah hari rehat jap... solat dan makan/tidur... sambung kerja balik sampai pukul 5... sampai rumah siap2... kalau perempuan masak.. kalau lelaki main bola... lepas tu makan kat kedai... balik rumah mandi2... solat maghrib... tengok tv atau ibadah sikit sambil tunggu isyak... ada yang pergi masjid boleh tambah ilmu sikit dengar kuliah maghrib... 8.30... lepas solat isyak.. rehat bersama internet sekejap.. kalau kerja banyak pukul 9 sambung kerja balik sampai pukul 12... kalau tak... layan internet atau tv... sampai la tidur...

Korang tak bosan ker rutin seharian yang macam ni.... hari2... 5 hari seminggu kita terpaksa melalui rutin yang sama... saya rasa bosan sangat... apa sebenarnya yang kita cari kat dunia ni... kerja berhempas pulas... pagi petang siang malam... nak cari duit? nak cari harta... nak kumpul semua tu banyak2... buat apa?

Nak beli rumah besar? nak beli kereta besar? nak ada duit juta2? tapi sedarkah kita hakikatnya kita akan tinggalkan itu semua bila kita mati... yang kita bawa ke kubur hanyalah kain kapan dan amalan kita... bukan harta kita... tapi kenapa kita semua duduk sibuk mengumpul benda yang kita akan tinggalkan akhirnya...

Saya hairan... kenapa manusia sibuk mengabdikan diri pada duit... sy sebut rutin hidup diatas hanyalah rutin hidup manusia biasa... belum lagi rutin hidup bisnessman yang berjaya... sehingga mengabaikan keluarga... kerana sibuk mencari duit untuk memberi kemewahan kepada keluarga... sedangkan keluarga perlukan kasih sayang bukan sekadar dihujani dengan wang ringgit...

Sedap sangat ker hidup mewah kat dunia ni... pandu kereta mewah...duduk rumah besar terhias indah... pakai pakaian mahal... makan makanan yang mahal... dihormati kerana wang... sedar lah... nanti mati... kita hanya dibawa diatas keranda.... bukan lagi kereta mewah.... kita akan duduk di dalam kubur sempit... bukan lagi rumah besar lagi cantik... kita akan pakai kain kapan... bukan pakaian mahal dari sutera... kita hanya jadi makanan ulat dan cacing... wang kita juga akan dibahagikan oleh waris kita.... bukan lagi milik kita...

kenapa manusia tak nak hidup biasa-biasa... dengan sederhana... apa yang ada... best juga rasanya kalau hidup kais pagi makan pagi... kais petang makan petang... tak perlu lah hidup mengejar keduniaan... sehingga hampir semua kehidupan kita digunakan untuk mengejar duit... sungguh membosankan... mengejar sesuatu yang pasti kita akan tinggalkan... suatu hari nanti... cuma kita tak tahu bila... masa kita untuk pergi menghadap Ilahi....

Bila Gaza Diserang

Isnin, November 19, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:03 PG
Bila Gaza di serang... semua rakyat malaysia dah jadi macam cacing kepanasan... sibuk send message dan post FB... boikot produk itu... boikot produk ini... baca ayat itu ini... doakan saudara kita disana... ada pula tunjuk perasaan... solat hajat... dan macam macam lagi simbol penentangan terhadap perbuatan ganas israel...

Bukan saya tak sokong semua itu... bukan saya nak menentang semua itu... tapi... kenapa masjid masih kosong dikala azan subuh berkumandang... sedangkan inilah caranya yang mampu membuktikan kebangkitan orang islam... orang islam hanya digeruni apabila bilangannya yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan yang datang solat jumaat...

Muslim di malaysia memang begitu.. cakap bukan main lagi itu ini... nak lawan nafsu dan syaitan yang bertenggek di atas mata untuk bangun subuh pun tak mampu... bukan saya nak mengata orang lain... diri saya pun begitu juga... tu baru bangun subuh bukan solat tengah malam lagi...

Tak percaya... cuba tengok bilangan yang menghadiri demostrasi setelah solat jumaat... melaungkan tentang kezaliman israel... cuba tengok lagi bilangan orang yang pergi solat hajat untuk mendoakan israel... agak2... semua orang buat benda tu pergi solat subuh berjemaah ke? saya rasa tak... solat sunat boleh pula berjemaah....

Habis jer bulan puasa... ke mana entah orang islam hilang... ke kedai kopi tengok bola... padahal masa bulan puasa berebut solat sunat terawih... solat sunat jer pun... orang bagi bola sebiji,... semua nak berebut.. sambil  tambah dosa tengok lutut orang....macam tu punya senang jer nak kotorkan hati orang islam... kenapa saya kata kotorkan hati? sebab dosa tu kan mengotorkan hati? tengok lutut orang tak dosa ker?

ahhh... dah terkeluar topik pula... satu lagi perangai orang islam ni.. hangat2 tahi ayam... mula2 boikot la produk yahudi tu,... lama2... dah lupa...masa serangan semua orang x makan McD... pastu pandang serong kat orang islam yang makan McD...macam orang tu dah jatuh kafir...tapi bila isu ni dah sejuk semua pakat2 pergi serang McD... sebab McD dah buat offer dan jualan murah... alahai... kita tengok jer la lama mana boikot ni mampu bertahan...

Jadi apa patut kita buat... yang lelaki mohon.. pergilah solat subuh di masjid... sebagai tanda sokongan anda pada palestin... biar israel gentar sikit...bila tengok ramai orang yang solat subuh....yang perempuan... jom solat subuh di awal waktu... orang tak tahu pun Allah tahu... teruskan doa kita untuk rakyat palestin... mereka mati pun mati syahid... kita yang kat malaysia ni... jangan pula mati katak...

Membina Modal Insan

Ahad, Oktober 14, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:02 PTG
Hmmm... dalam bajet 2013 banyak juga bajet untuk membina modal insan rasanya (tak habis lagi dengan bajet)... agak-agak macam mana kerajaan nak bina modal insan dikala keruntuhan moral dikalangan remaja semakin teruk? saya agak pastinya modal insan yang dibina di negara ini berteraskan apa yang dibawa oleh barat.... memupuk nilai-nilai baik dengan cara barat... tengok saja kemahiran komunikasi yang di ajar  di negara ini...

Saya pernah pergi plkn... dalam surau jer nilai agama diterapkan... di dalam kelas saya rasa semua yang diajar menggunakan cara barat... begitu juga dengan kursus peningkatan softskill yang saya ikuti selepas tamat pengajian saya... tetap menggunakan cara barat.... adakah kita mahu membina generasi yang memisahkan agama dan kehidupan mereka?

Kita tahu... remaja masih belum betul-betul matang untuk menilai baik buruk sesuatu benda... remaja adalah peringkat hidup dimana manusia suka mencuba sesuatu yang baru untuk menambah pengalaman hidup... peringkat remaja adalah peringkat yang sangat kritikal yang menentukan hala tuju seorang manusia... ramai juga remaja yang tersilap langkah dan tersungkur ke lembah kegelapan ....

Cuba kita lihat tv dan filem pada hari ini.... apakah yang dihidangkan mereka untuk tatapan remaja... saya rasa semakin hari mereka semakin lucah... kisah cerita lawak pun ada unsur lucah... padahal untuk tontonan umum... patut buat 18 SX.... mungkin perkara-perkara itu sudah di anggap biasa pada masa ini... mungkin juga masyarakat sudah hilang sensitiviti terhadap perkara ini... Ini belum masuk lagi kes video lucah yang boleh dilihat secara percuma di internet... mungkin inilah keburukannya dunia tanpa sempadan....

kita tengok cerita melayu pada ketika ini... kebanyakkannya kurang nilai pengajaran... yang ada hanyalah cinta kosong... tiada isi... dan banyak memasukkan unsur-unsur negatif... orang islam pun rilek jer pergi kelab malam teguk arak... macam benda tu tak salah... berpeluk antara lelaki dan perempuan.... sepertimana yang saya kata tadi... remaja adalah golongan yang sangat mudah terpengaruh... bila dia lihat perkara ini dilakukan sebagai kebiasaan... dia akan menganggap benda ni bukan satu kesalahan....

Buka mata luas-luas... lihatlah sekarang ini...hampir semua remaja pernah berkapel... berapa banyak remaja yang menyerahkan maruahnya sebagai bukti cinta.... berapa ramai remaja telah menjadi pembunuh diusia mudah... fikir sendiri... masyarakat kita sedang menuju keruntuhan moral...

Runtuhnya sebuah rumah adalah kerana tiangnya... kuatkan ia... binalah tiang yang kukut sebagai gantinya... tiang itu adalah solat.... saya rasa tidak perlu kita menghabiskan berjuta ringgit membina modal insan berteraskan budaya barat... kita telah lama merdeka... saya rasa kita perlu memupuk kesedaran bersolat dikalangan remaja... memang terlalu ramai remaja yang tidak solat pada masa ini...

Saya mohon kerajaan menyiarkan iklan solat di Malaysia... membuat kempen bersolat di kalangan remaja... menerangkan betapa pentingnya solat dalam hidup kita... membawa sesuatu yang menggabungkan agama dan kehidupan kita... cukuplah sampai disini kita meminggirkan agama dari kehidupan kita... hidup beragama tu amat penting... ingat... untuk melihat apa yang akan jadi pada negara kita adalah apa yang ada pada remaja kita pada hari ini....

Akhir kata... saya mahu bertanya...Bolehkkah kita melahirkan rakyat yang berkualiti, berintegriti dan berakhlak... jika kita tak mampu membentuk hamba yang taat pada perintah Tuannya.... Realitinya... mana mungkin seorang tidak amanah pada perintah Tuhan akan menjadi seorang manusia yang amanah pada manusia lain.... fikir-fikirkan....

Alahai Bonus

Rabu, Oktober 03, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:55 PTG
Orang dah lama sibuk pasal bajet... aku baru nak taip... maaf la terlepas train... bukan apa... aku ni sibuk sikit... biasalah.. orang rajin (uwekkk.. perasan)... ramai orang tidak puas hati berkenaan bajet... tapi tidak dinafikan ramai yang senang hati... tambah2 pekerja kerajaan yang dapat bonus... hurray... tak terlepas  aku... Alhamdulillah....

Ramai pekerja swasta tak puas hati bila pekerja kerajaan dapat bonus... kenapa yer? jeles? mungkin sebab itu ramai orang nak masuk kerja kerajaan kut... entahlah... dunia... saya nak tanya... korang yang kerja swasta tak ada bonus tahunan ker? setahu saya... ada bonus... bukan setakat tu... ada macam2 bonus lagi...orang kerja swasta bonus 6 bulan gaji  tak ada pula korang atau kami nak jeles... kami ni kerja macam nak mampus pun bonus sikit jer... kekadang dapat kekadang tidak... atau prestasi kerja korang memang tak memberangsangkan memang la tak dapat bonus... dah tu korang nak duduk goyang kaki kerja kerajaan duk tunggu duit bonus dan gaji masuk dalam bank? boleh blah la.....

Korang nak korang pun dapat bonus macam kami... tolong sedar la sikit... siapa bos kami dan siapa bos korang... kami kan anjing kerajaan... jadi hanya tuan kami kami la bagi tulang kat kami... korang ada bos sendiri... minta la dengan bos sendiri bonus... tak pun tubuhkan persatuan sendiri macam CUEPACS... untuk minta bonus bagi pihak korang ... macam kami...hehe... korang kata lagi... korang bayar cukai... kami yang dapat bonus... eh... ingat kami tak bayar cukai ker?

Eh... korang sedar tak sebenarnya... kerja swasta ni banyak kelebihannya... tolong la belajar bersyukur... biasa kalau korang kerja dengan syarikat yang agak besar... syarikat tu biasa ada hospital  panel... korang boleh guna hospital swasta yang jadi panel bagi syarikat korang tu percuma saja... nak masuk hospital swasta bukan murah/...beratus2...tapi kami hanya dapat percuma yang korang bayar rm1 jer... hospital kerajaan... beratur bukan main lagi lama... kalau nak yang swasta... terpaksa la bayar mahal... tak pun kena bayar insuran kesihatan tiap2 bulan.... alahai...

Tahu tak... korang biasa duk jeles dengan anjing kerajaan ni... sebab duk banding beban kerja korang dengan anjing yang pemalas... bukan anjing yang hyperactive... haha... mana adil macam tu... memang la kerja kerajaan ni... produktif ker tak... gaji sama jer... tetap masuk... tapi jangan la banding macam tu... kalau ramai anjing pemalas... makin teruk la sektor kerajaan... kalau korang setakat nak masuk kerja kerajaan... sebab nak jadi anjing pemalas... baik tak payah la... menyusahkan orang lain ada... ingat... cari rezeki yang halal... dengan usaha sendiri... kalau gi kerja goyang kaki... ingat berkat ker rezeki tu?

Untuk persoalan kerja kerajaan boleh goyang kaki... itu bergantung pada induvidu dan beban kerja yang diberikan... bagi saya... saya rasa masa kerja ni lagi sibuk berbanding masa final year degree... itu jer saya boleh cakap... faham2 sendiri la...

Meh... saya nak kongsi sikit... kekurangan sebenar jadi anjing kerajaan ni... boleh korang buka mata sikit tengok... hehe.. bila orang atas kata A... korang kena angguk macam anjing jer... tak boleh nak menyalak... tunduk dan patuh... korang bukan boleh senang2 lawan dan letak jawatan... banyak implikasinya pada hidup korang nanti...

Saya nak tanya... korang pernah alami situasi ni?... pergi meeting tak ada makanan yang dihidangkan... semua kena guna duit sendiri... pergi kursus bayar tiket kapal terbang guna duit sendiri... kertas kat pejabat tak cukup kena pakai duit sendiri beli tambah... komputer kerja dan alatan kerja pun kena sedia sendiri... kalau disediakan masih belum mencukupi... bila dengar orang atas2 cakap... memang lebat itu ini berjuta-juta... tapi saya yang kat bawah ni... selalu dengar... duit dah habis...mungkin banyak benda yang perlu diagihkan kut... berbaik sangka...

Realiti yang mahu saya cakap... bukan nak bangga atau apa... duit bonus setengah bulan gaji  masa raya pun saya belum dapat penuh... atas sebab orang tertentu lambat buat kerja... (pekerja kerajaan juga ni... yang kurang rajinnya...)... dan bonus yang dah dapat tu... saya tak merasa sikit pun... sebab saya guna untuk beli keperluan kerja... anda sanggup guna bonus anda untuk itu? jawablah sendiri...

Tiada Pengharapan

Isnin, September 17, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:48 PTG
Aku sebenarnya nak membebel pada diri aku sebenar ni... akhir2 bulan ni... poket dah mula kering...  jadi duit dalam poket pun sikit la... aku sebenarnya tak boleh hidup kalau dalam poket kurang 100... dah rasa macam amaran warna kuning menyala... apatah lagi kalau kurang 50 jer ada dalam poket aku... dah rasa lemas gila... amaran merah...kalau poket kering.. bank kering... aku tak tau apa jadi...

Aish... mana pengharapan aku pada Allah... bukan duit tak ada langsung.... cuma ada sikit jer dalam poket... dah rasa tertekan... tak senang duduk... kata duit tak mampu beli bahagia... dulu sahabat nabi derma seluruh harta dia... tenang jer... yakin jer dengan rezeki Allah... aku yang gaji bulan2 masuk bank... asyik duk cuak jer... bukan boleh mati pun tak ada duit... kenapa perlu risau?

Memang sejak aku di zaman belajar lagi... duit dalam poket aku mesti ada lebih dari 50 paling kurang kalau aku nak keluar dari kawasan kampus... sebab tu aku selalu ada duit spare 50 dalam purse aku... tapi bila aku fikir balik... adakah aku ni jenis hamba yang tak mampu letak pengharapan sepenuhnya pada Allah... mesti ada backup sendiri...

Cuba fikir... orang yang gaji 500 nak sara keluarga... yang anak ramai pula tu... pasti tak sampai separuh bulan... dalam poket dah kurang dari 100... dah bayar itu ini...  sewa rumah , bil, buku anak, yuran dan apa kejadah kehidupan lagi... aku gaji lebih dari 500,... sara diri sendiri jer... anak kucing pun tak ada unttuk disara... diorang boleh lalui hidup tu dengan tenang jer... kenapa tidak aku?

Macam mana nak tenang walaupun ada bawah 100 dalam poket... macam mana nak meningkatkan pengharapan aku kepada Allah... pengharapan aku pada rezeki aku sendiri... macam mana nak jadi macam sahabat nabi... mampu derma seluruh harta dia ke jalan Allah... pengharapan... datanglah kepada aku... aku mahu jadi hamba yang bersyukur dengan apa yang aku dapat... yer... dah cukup banyak yang aku dapat... Alhamdulillah... Aku berserah ke padaMu yang Allah...