Biarlah... hanya Engkau yang tahu
Khamis, April 15, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:09 PTG
Biarlah segalanya nampak samar..
Biarlah segalanya nampak salah..
Biarlah segalanya penuh rintangan..
Biarlah segalanya banyak halangan..
Biarlah segalanya menjadi rahsia...
Hanya antara kita berdua...
Aku dan Engkau...
Kerana segalanya..
Segala yang tersirat dihatiku..
Segala impian yang aku lakarkan..
Segala misi yang inginku gapai..
Segala pengorbanan yang aku lakukan..
Segala yang berlaku keatasku..
hanya Engkau yang tahu..
Biarlah
Apa orang nak fikir tentang hidupku..
Apa orang nak kata tentang prinsipku..
Apa orang nak tuduh tentang diriku..
Sesungguhnya tiada siapa yang tahu..
Apa yang tersirat didalamnya
Kerana hanya Engkau yang tahu...
Apa sebenarnya yang mahu aku lakukan..
Biarlah..
Biarlah orang kata aku mata duitan..
Biarlah orang kata aku cintakan dunia..
Biarlah orang kata aku perempuan bebas..
Biarlah orang kata aku melebihi batas..
Biarkan mereka dengan kata-kata mereka..
Kerana mereka tidak mengenali aku..
Asalkan aku tak melanggar hukumMu..
Biarlah...
hanya Engkau yang tahu..
kerana aku yakin..
itu jalan terbaik..
yang Engkau ciptakan untukku..
kerana
hanya Engkau yang tahu