Kembali seperti dulu
Jumaat, April 09, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:19 PTG
andai langkah kita terlajak memang boleh diundur... tapi hasilnya tetap tidak sama dengan yang asal... itulah yang aku temui dalam menyelusuri kehidupan yang penuh godaan ini... untuk menjadi seperti dulu kembali bukan kerja mudah... kalau mampu pun aku tak mampu menjadi 100% seperti dulu... pasti ada kekurangannya... tapi tidak perlulah sesali perkara yang dah berlaku... teruskan kehidupan.. jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran... supaya tidak lagi tersalah membuat pilihan hidup..
Dulu aku pegang prinsip itu... sungguh kukuh aku pengang... sehingga suatu ketika... aku membaca sebuah artikel yang membuatkan aku berfikir untuk merombak prinsip itu... di tambah pula dengan keadaan ketika itu...dan akhirnya aku tersungkur dan merombak prinsip itu tetapi bersyarat... setelah ku rombak prinsip itu... hidupku jadi tak tenang... tidak setenang hati ku dulu... kekadang aku menyesal kerana merombak prinsip itu... kekadang aku menangis kerananya...tetapi tiada apa yang aku lakukan untuk mengembalikan prinsip itu semula... hingga suatu ketika... setelah 3/4 tahun berlalu... aku diberi kekuatan... ada seseorang yang telah mampu meyakinkan aku... untuk aku kembali berpegang pada prinsip itu... dan kini aku berpegang kembali pada prinsip itu... kini impianku mungkin jadi nyata... cerpenku ada kebarangkalian menjadi kenyataan... aku kembali cuba berusaha menjadi mutiara didalam kerang didasar laut... bukan kulit kerang ditepi pantai....
Adakah aku salahkan artikel itu setelah apa yang berlaku? tidak... aku salahkan diriku sendiri... kenapa aku terlalu bodoh diperdaya syaitan? kenapa begitu mudah aku merombak prinsipku demi untuk sesuatu yang aku sendiri tak tahu... kenapa aku tak berfikir panjang? kenapa aku ditewas nafsuku sendiri? sedangkan artikel tu ditulis untuk menyedarkan manusia tentang usaha yang halal... bukan yang haram... aku yang menyalah tafsir artikel itu kerana terpengaruh dek pujukan syaitan... walaupun aku tak mungkin mampu untuk jadi seperti dulu... kerana kain yang telah kotor bila dicuci tak mungkin sebersih sebelum ia dikotorkan... tetapi dengan pengalaman yang aku dapat... membuatkan aku lebih mengenali tentang manusia lain dalam kehidupan ini... walaupun manusia itu hanya beberapa orang... tetapi ia sudah cukup untuk memberikan aku ilmu tentang kehidupan ini... terima kasih pengalaman... moga nanti aku tidak lagi mengadai prinsip ini...
kepada insan yang memberi keyakinan dan semangat kepada aku kembali.. terima kasih banyak-banyak atas dorongan kamu... aku sangat-sangat menghargainya... kini hati ku telah tenang kembali... setenang seperti dulu... kepada manusia-manusia lain yang pernah mengajar aku secara langsung dan tidak langsung tentang erti kehidupan... terima kasih aku ucapkan... biarpun perkenalan ini hanya sementara... maafkan aku kerana terpaksa pergi dulu tanpa mengucapkan selamat tinggal kepadamu.. maaf andai ada terkasar bahasa dan tersilap bicara... aku cuma manusia biasa yang sentiasa mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup ini... terima kasih juga tidak lupa diucapkan pada artikel itu... kerana membawa aku untuk mengenali kehidupan.. kepada syaitan yang berjaya hasut aku... nak terima kasih gak ker? x per la... dah banyak sangat terima kasih kat sini dah macam surat penghargaan dah... kepada syaitan aku ucapkan tahniah kerana berjaya membuat aku yang keras kepala ni menukar prinsip ku... dah berjaya ni... jangan kau cuba kacau aku lagi... berambus kau...aku cuba kuatkan diri aku supaya tak lagi terpengaruh dengan kau....
Yeah...kembali seperti dulu... menjadi mutiara...kalau mampu jadi mutiara putih pun dah cukup bagus... kalau dapat jadi mutiara hitam...waaa... memang hebat la... susah nak jumpa gila... terbaik punya.... jadi aku tinggalkan dengan kata2 aku dalam bahasa penjajah...
"wanna to be a pearl... trying to be like dat... don't just talk.. but prove it... life is not for rest"