Tangisan Hati
Khamis, April 08, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:40 PTG
Tiada siapa yang tahu
Tiada siapa yang perasan
Hanya diri yang merasai
Hanya diri yang memahami
Bila hati menangis
Kadang-kadang laju air mata mengalir
Kadang-kadang tiada air mata keluar
Terasa sakit dihati ini
Terasa hiba dihati ini
Hanya tuhan yang tahu segalanya
Tangisan hati
Mungkin kerana rasa takut pada tuhan
Mungkin kerana rasa bersalah pada diri
Mungkin kerana beban hidup yang dilalui
Mungkin kerana diguris seseorang
Dalam hati ada tangisan
Hanya kerana ada perasaan
Hati menangis susah dihenti
Cuma diri pemujuk hati
Menukar tangis menjadi tawa
Supaya hidup sentiasa bahagia