Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Doh Nok Geghoh...

Isnin, Mei 31, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:05 PG
Doh nok geghoh ni dalam bahasa kampung saya... kalau dalam bahasa melayunya "dah nak jadi". dalam tajuk ni... saya nak bincangkan tentang penerimaan terhadap takdir ataupun redha dengan takdir... saya yang kurang ilmu ni hanya boleh cakap berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lihat dan baca sahaja... tak mampu nak ulas secara ilmuan...

kita mulakan tajuk ni dengan satu situasi... sebuah kereta dilanggar oleh kereta lain... memang kalau nak ikut undang-undang salah kereta yang melanggar la sebab tak ikut peraturan... untuk senang saya jelaskan lebih lanjut tentang satu situasi... sebuah kereta yang lalu diatas jalan tetiba dilanggar oleh kereta yang keluar dari parking... dari sini sudah nampak salah siapa... hakikatnya... kedua-dua pemilik kenderaan ni tidak mahu kejadian tersebut berlaku.. baik si pelanggar atau yang dilanggar... mana ada orang nak habis duit begitu saja baiki kereta yang berlanggarkan.. si pelanggar melanggar kereta itu dengan tidak sengaja... sebab ditakdirkan kejadian itu berlaku... segalanya hanya dijadikan sebab si pelanggar mungkin tidak perasan akan kehadiran kereta yang dilanggar... alangkah baik kalau kedua-dua yang terlibat dalam situasi ini redha dengan apa yang berlaku.. saling bermaafan bukan saling menyalahkan... tapi kebanyakan situasi ini berakhir dengan pergaduhan.. permusuhan dan dendam... ada yang siap keluarkan parang untuk menetak... aahhh... malas aku nak cerita... keganasan ni...

balik semula ke cerita perlanggaran tadi... andaikan kereta yang dilanggar ialah sebuah kereta mewah milik orang muda.... dan kereta yang melanggar adalah sebuah kereta kancil buruk yang dipandu oleh orang tua... pada dasar yang biasanya terjadi... orang yang melanggar terpaksa membayar kos membaiki kerosakan kereta yang dilanggar di samping membayar kos membaiki kereta sendiri... kalau kereta yang dilanggar itu jenis yang mahal.. maka calar skit pun mahal untuk dibaiki... bayangkan... mampukan orang tua itu... yang mungkin bergantung hidup dengan duit yang diberi oleh anak-anak.. untuk membiaya kos membaiki kereta orang muda itu? pada saya... orang muda itu patut bersikap redha... jangan salahkan orang tu tersebut.. kemalangan tu memang dah nak jadi.. memang dah tersurat dalam takdir Ilahi.. jangan la tuntut duit dengan orang tua tu... kesian... terimalah apa yang berlaku dengan hati yang lapang... maafkanlah orang tua itu... pastinya dia juga tidak mengingini kemalangan tersebut... kekhilafannya hanyalah penyebab kemalangan itu berlaku... dah duit baiki kereta tu bukan rezeki mereka... terima jer lah... kalau perkara sama berlaku pada kita... harap kita pun redha...

seterusnya... kalau kes yang kita bagi pinjam barang kita kat orang lain... pastu barang tu rosak atau hilang semasa dalam jagaan orang tu... jangan kita salahkan orang tu... sebab barang tu memang dah nak rosak.. ataupun memang dah nak hilang.. x perlu la minta ganti dengan orang tu...barang tu kalau duk dengan kita pun.. bila nak rosak dia rosak gak... bila nak hilang pun hilang juga... cuma masanya berbeza... keadaanya berbeza.. jangan salah orang tu... dia pasti dah terbeban dengan rasa bersalah... jangan tambah beban dibahu mereka... ingat la barang tu dah bukan rezeki kita... terimalah takdir itu seadanya...Moga kita mampu melakunya...

dah habis pasal salahkan orang... kita tukar tajuk lain plak... pasal salahkan diri sendiri... ramai yang suka salahkan diri sendiri...kalau aku buat tu dulu... mesti tak jadi gini... kalau aku tak buat benda tu... mesti benda ni tak jadi... begitulah keluhan yang biasa didengar... salahkan diri sendiri atas segala benda yang berlaku.. contonya.. kita tersalah tertukar duit RM50 dan RM1... masa nak bayar barang dengan duit RM1... kita terbagi RM50... tapi kita tak perasan.. lepas kita perasan akan kehilangan duit tu... pasti hadir difikiran kita... patutnya kita letak asing duit RM50 tu dengang RM1... tapi yang dah berlaku tidak mampu diubah lagi... duit tu dah hilang..apa yang kita mampu... ubah benda tu untuk masa akan datang... dan terima jer la perkara tu dengan hati terbuka... dah tu buka rezeki kita... doh nok geghoh.. nok wat lagu mano.. jangan asyik duk fikir pasal duit tu... teruskan kehidupan seperti biasa... mungkin RM49 itu harga pengajaran yang kita dapat...sesungguhnya pengajaran dan pengalaman tu lebih berharga dari RM49... ada kekadang... kesalahan tu menyebabkan kita jadi tak yakin untuk membuat keputusan... kalau minta orang lain tolong buat keputusan pun... nanti orang lain disalahkannya...tu la manusia... selalu rasa nak undur masa yang telah berlalu.. nak baiki kesilapan lalu supaya segala yang kita nak menjadi kenyataan hari ni...kita kena ingat... apa yang kita lalui hari ni adalah jalan yang terbaik yang diciptakan untuk kita...jangan salahkan diri dan takdir yang berlaku... yang kita rasa yang terbaik untuk kita tak semestinya terbaik... kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik... tapi sikap salahkan diri sendiri juga baik... kita mampu sesali kesalahan yang telah kita lakukan... kita tak perlu ubah masa lalu kita.,. kerana itu pengalaman bagi kita... tapi kita boleh ubah masa sekarang dan akan datang... supaya kita mampu menjadi insan yang lebih baik....


teruskan pula dengan masalah yang teruk sekali... iaitu salahkan takdir atau Tuhan yang menakdirkan...ramai juga orang kita yang kata kita dah berusaha sebaik mungkin... tapi apa yang kita dapat tidak setimpal dengan apa yang kita buat...itu hanya rasa dalam hati kita... cuba kita tengok kes... ada kekadang kita dah study macam nak mati... tapi result yang keluar... tetap teruk... jangan sesekali salahkan Tuhan atau takdir yang berlaku.... tapi cuba kita siasat diri sendiri... mana tahu niat kita belajar tu tersasar... kita ada tak hormat guru atau ilmu ker... mungkin ada berkat yang hilang dalam masa kita belajar... contohnya.. masa cikgu ajar... kita buat benda lain... secara tak langsung menyakitkan hati guru kita tu... baiki kelemahan diri dulu... jangan asyik nak menyalahkan... tak pun mungkin Allah nak uji kita... moga kita kuat menghadapi ujian tu...

huhh... dah panjang lebar dah ni... akhir kata dari tajuk ni... doh nok gheghoh... jange nok saloh kok oghe lain... jange dok beci ko diri sediri... jange la maghoh ko Tuhe... keknya... bekki diri sendiri.. teghimo lah takdir tu... sebab hok tu la terbaik untuk kito... (dah nak jadi... jangan nak salahkan orang lain... jangan duk benci diri sediri... jangan la marahkan Tuhan... tetapi... baiki diri sendiri.. terima lah takdir tu... sebab itulah yang terbaik untuk kita... )

Dialog Dalam Hati...

Selasa, Mei 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:49 PTG
Semasa sedang solat...

Hati: lepas ni nak makan la..
Iman: Kau tengah semayang tu fokus...
Nafsu: Ala,... tuhankan Maha Pengampun...lepas ni taubat la
Iman: Nafsu.. kau jamin ker tuhan maafkan kau jika kau bertaubat? kenapa masa depan
orang besar kau boleh fokus dengan apa yang kau buat... takut kan?? tapi
Raja Sekelian Alam kau tak takut... Sedar la diri tu skit...

Nak buat benda yang mama larang...

Hati: nak buat ni skit jer..
Iman: Kau nak jadi anak derhaka ker??
Nafsu: Ala... mama kan sayang kau... mesti dia ampunkan dosa aku...
Iman: sebab dia sayang la dia larang buat benda tu... antara dosa yang paling besar
iaitu dosa selepas syirik adalah derhaka pada ibubapa? sanggup ker kau nak
menerima balasan tu???

Nak siapkan kerja sebelum solat:

Hati: nak siapkan ni sikit jer...
Iman: Solat la dulu... kau kata kau cinta tuhan...takkan nak lambat date dengan Dia..
Nafsu: Kecoh la kau... sikit jer lagi tu... nak start balik nanti malas.. baik kau
siapkan kerja tu... bukannya lambat pun... 5 minit siap la... x lari mana pun
solat tu...
Iman: Mati takkan di lambatkan sedetik pun... macam mana kalau kau mati tak sempat
nak solat? mampu ker kau tanggung azabnya?

Mampukah???

Khamis, Mei 20, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:48 PG
Aku sebenarnya tak suka tiru macam blog orang lain... cerita tentang kisah hidup aku... tapi dah ada beberapa catatan yang aku buat menceritakan tentang kisah aku... aku tak mampu nak elak... sebab dari pengalaman kita kutip pengajaran... betul tak? ok... aku malas nak merepek panjang-panjang malam-malam buta ni... cuma aku nak tulis pengajaran yang mampu aku kumpul sepanjang melihat filem IP Man tadi... Mungkin bagi orang lain... sekadar filem yang mampu membuatkan kita lalai pada Allah... Tapi bagi aku... filem tu mampu memberi semangat dan kekuatan untuk aku... bukan sekadar menghilangkan tension sahaja...

Ok... berbalik kepada persoalan tajuk ni... Mampukah??? merungkai persoalan mampukah kita dan mampukah aku.... sebelum tu aku ceritakan serba sedikit yang aku lihat dalam filem ni... Filem ini mengisahkan tentang bangsa cina yang mempertahankan seni kungfu mereka daripada hinaan masyarakat barat yang menjadi penjajah mereka... ops... cina tak pernah dijajah kan? mungkin sebagai penasihat jer kut...mmmm... sepertimana yang kita tahu kung fu adalah sinonim dengan bangsa cina... dan penghinaan terhadap kung fu... boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap bangsa cina... dalam filem ini... seorang juara tinju barat telah memperlekehkan kung fu cina...maaf andai terkeluar bahasa yang kurang sedap di dengar disini... kerana masa saya menaip ni masih ada rasa marah terhadap barat dalam diri ini...Untuk mempertahankan kung fu.. seorang sifu telah menyahut cabaran peninju barat itu sehingga akhirnya sifu tersebut mati di tangan peninju barat... peninju barat itu semakin angkuh... dan diakhir cerita tersebut... sifu kung fu iaitu IPMan berjaya mengalahkan peninju barat... Kata-kata terakhirnya selepas kemenangan itu menarik minat saya... setiap orang ada maruah... dan kita perlu menghormati maruah orang lain...ia sejajar dengan tuntutan Islam untuk menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza bangsa, agama dan negara.... jangan keji dan hina orang lain... jangan berlagak sombong.... filem ini membuatkan aku bertambah benci pada barat... nantikan suatu hari nanti.... kau akan jatuh akhirnya... ingatlah kehidupan ini ibarat roda... kau tidak akan selamanya berada di atas....

ok...seterusnya... apa yang mahu saya kutip daripada cerita ini ialah... bagaimana orang cina mempertahankan maruah bangsa dan kung fu mereka sehingga mempertaruhkan nyawa... huhhh... kalau masyarakat kita... barat bukan jadi lawan... tapi jadi ikutan... buat apa la nak ikut barat... macam la mereka bagus sangat... mereka hanya mencuri ilmu dari zaman kegemilangan islam dulu... bukan mereka punya pun... segala yang mereka ada adalah milik Allah... mereka cari ilmu dengan mengkaji Al-Quran... kerana di dalam Al-Quran itu sendiri terdapat pelbagai ilmu.. kerana itu ia menjadi panduan hidup sepanjang zaman... berhubung filem itu... terdapat 1 persoalan yang berlegar-legar dalam kepala saya...Mampukah kita mempertahan kan seni silat kita sebegitu rupa... tapi silat sekadar bangsa melayu punya jer kan... tak penting sangat... tapi yang penting... Mampukah kita mempertahankan agama kita, negara kita, bangsa kita... sehingga ke denyutan nadi terakhir? Mampukah aku???

Jalan itu

Isnin, Mei 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:43 PTG
Dari jauh
Ku lihat jalan itu
Berliku dan bersimpang siur
Kekadang aku takut menempuhinya
Tetapi aku pasrah
Kerana aku sendiri yang memilihnya
Kerana aku yakin
Itulah jalan yang terbaik
Yang diciptakan untuk aku
Jadi aku serahkan segalanya
Pada takdir Ilahi

Semakin ku menghampirinya
Ku lihat jalan itu
Kian lurus
Jelas menuju destinasi
Aku meneruskan perjalananku
Dengan lebih tenang
Moga lurusnya bukan imej maya
Moga ia terus lurus sampai kepenghujungnya
Tetapi andai aku menemui simpangnya
Aku pasrah dengan takdirNya
Kerana jalan itu adalah jalan pilihanku...

Cinta Manusia VS Cinta Allah

Selasa, Mei 04, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:54 PTG
Bila kita mencintai seorang manusia.. pastinya kita mencurahkan sepenuh cinta kita kepadanya... setiap masa kita rindu akan si dia... tidak sabar untuk berbicara dengannya... tak dapat jumpa pun, call atau sms pun jadilah... asalkan setiap masa kita boleh bersamanya... kalau si dia tak ada kredit tolong topupkan... sanggup makan maggi hari-hari asal dapat contact si dia hari2...kalau dah set nak dating tu... sehari sebelum kita dah siap pakaian, hadiah...hadiah plak rela berhabis duit beli mahal... asal si dia gembira mendapat hadiah itu... pastu... andaikan dating kita tu pukul 10 pagi... pukul 7 pun dah start bersiap... pakai cantik2... pukul 8 dah siap... pukul 9 plak dah sampai tempat temujanji... rindu nak dikatakan... sanggup tunggu walaupun masa temujanji 1 jam lagi... tengah tunggu tu sms dan call lagi tanya bila nak sampai... pastu bila dah jumpa dengan si dia... macam dah lupa semua benda lain... segala pemikiran, hati semua fokus kat si dia jer... masalah bertimbun dalam otak pun tetiba jer terbang melayang entah ke mana... pastu ikut jer apa dia suh buat... tak kisah apa berlaku... tak kisah maruah tergadai.. asal cinta pada si dia terbukti... si dia nak buat apa pun...ikut jer... relakan segalanya pada si dia... masa bersama si dia tidak mahu diganggu... ada hp dioffkan... waktu solat pun dilambatkan... x pun tak solat terus... kalau solat nantikan berkurang la waktu bersama si dia... bukan senang nak jumpa si dia ni... bila nak berpisah sedih bukan main... macam la tak boleh jumpa lagi... pastu plak ...tertiba... si dia nak putuskan hubungan... sedih bukan main... ada sampai sanggup bunuh diri lagi... menangis sampai air mata darah... begitulah kisah cinta seorang manusia dengan manusia lain... begitu kuat cintanya...

mari kita telusuri pula kisah cinta manusia dan Allah... Tuhan merangkap tuan kepada manusia... ramai muslim yang bila ditanya.. katanya cinta pada Allah... tapi mari kita tengok apa yang mereka buat...demi cinta pada Allah... kita kata pastinya kita mencurahkan sepenuh cinta kita kepadaNya... setiap masa kita rindu akan Allah... tidak sabar untuk berbicara denganNya... betul ker macam ni? ker hanya kata kata manis dibibir saja... dengan manusia kita boleh la nak tipu... tapi dengan Allah... dia tahu setiap yang tersirat di hati kita...kalau benarlah kita rindu... tak perlu bersusah payah... tak perlu menghabiskan duit ... zikir lah setiap masa dan ketika... agar setiap masa kita boleh bersamanya...tapi kita tak zikir setiap masa kan? kadang2 jer kita ingat Allah... adakah itu dinamakan cinta? Allah sepatutnya berada dihati kita setiap masa... bila kita senang... bersyukurlah kepada Allah...ucaplah Alhamdulillah... bila kita susah... minta la pertolongannya...kalau waktu solat plak... adakah kita tak sabar menemuiNya? tidak kan? kalau boleh kita nak lambatkan ... nak siapkan urusan dunia dulu... sungguh berbezakan cara kita melayan cinta kita pada manusia dan pada Allah... padahal Allah jauh lebih besar berbanding manusia... sepatutnya kita ambil air semayang dulu...pastu... tunggu azan... sementara tu berzikir kepadanya... bila dah masuk waktu... kita solat kepadanya... ni kita... bila solat.. macam2 ada kat dalam fikiran... pasni nak buat itu lah...pasni nak buat ini la... teringat itu dan ini... mana fokus kita masa kita berdating denganNya.. padahal kalau jumpa Sultan pun kita bukan main lagi ikut tatatertibNya... takut..terketar2... Tapi bila jumpa Allah.. Raja sekelian alam... kita boleh lagi nak fikir benda lain.. nak rancang kehidupan yang sementara ni... pastu plak... dah la jumpa dia tak ikhlas langsung... mengaharap balasan plak tu... kalau jumpa si dia... kita bagi hadiah... jumpa Allah kita minta hadiah... ishk... tak malu betul la kita ni kan... buat semua benda nak mengharap hadiah dari Dia... nak mengharap syurga dan pahala tak pun untuk mengelak dosa dan nerakan... mana bukti cinta kita kalau kita mengharap semua ini... kita kan hanyalah seorang hamba... dah la mengharap cinta diri Tuan kita... pastu buat kerja nak harap balasan... seolah-olah seorang hamba yang kalau kena paksa (hukum kalau tak buat kerja) baru la nak kerja.. asal dapat habuan dari kerjanya baru nak buat kerja... mana bukti cinta kalau macam ni... layakkah kita sebagai seorang hamba nak buat macam ni? kalau tuan kita tu manusia... saya rasa dah lama kita kena bunuh... kena bakar dan kena seksa...apa punya hamba la kita ni...sepatutnya kita buat semua benda ni kerana rasa kehambaan kita dan cinta kita kepadaNya bukan untuk mengharap balasan dan menolak hukuman...kalau Allah suruh buat ...walaupun kita kata kita cinta... tapi tak semua benda kita ikut... ada yang kita tak ikut... padahal yang dia suruh buat semua ada kebaikan untuk kita... tapi kalau si dia suruh semua kita buat...kenapa yer? betul ker kita cinta Allah.. kenapa kita tak nak buktikan bahawa kita cinta Dia? sebab hati kita kata... Dia tahu segala isi hati kita? betul ker dalam hati kita ada cinta pada Dia? atau sekadar manis dimulut sahaja? masa bersama si dia.. kita benarkan sesiapa saja yang mahu mengganggu kita... urusan duniakan lebih penting... hp pun tak dioffkan semasa menemui Dia...waktu temujanji pun dilambatkan demi menyiapkan urusan dunia terlebih dahulu... bila kita rasa jauh dari dia... kita rasa bebas dari peraturannya... kita tak rasa sedih pun....kita tak menangis... bila dia tinggalkan kita... x ada perasaan... nah... begitulah lemahnya cinta kita pada Allah...

cuba bandingkan cinta kita pada manusia dan cinta kita pada Allah... jauh berbeza.... Padahal Allah yang patut mendapat cinta kita..... manusia tak layak mendapat cinta itu... tapi realiti yang berlaku terbalik...kita perlu semak kembali diri kita... andai benar kita cinta padaNya...

Aku Pencinta Yang Curang

Ahad, Mei 02, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:09 PTG
Aku mencintai Mu
Tulus dari hati kecil ku ini
Tapi kenapa aku tak mampu setia
Setia mencintaiMu saja
Aku pencinta yang curang

Andai benar aku mencintaiMu
Bukan sekadar kata-kata kosong sahaja
Pastinya Kau sentiasa dihatiku
Pastinya aku sentiasa merinduiMu
Tiada lain yang mampu mengisi hatiku
Selain diriMu

Tetapi aku pencinta yang curang
Ada dirinya dalam hatiku
Ada dirinya dalam rinduku
Sejak aku mula mengenalinya
Dan hidup bersamanya
Aku jadi pencinta yang curang

Janjiku padaMu
Sebelum aku mengenalinya
Telah aku mungkiri
Bukan hanya sekali
Tapi telah berkali-kali
Masa bersamaMu
Hanya jasad penghadir diri
Tapi hatiku tak mampu meninggalkannya
Aku memang pencinta yang curang

Bila susah hadir dalam hidupku
Baru aku resah mencari diriMu
Untuk meluah segala yang terpendam
Mengubah gelora menjadi tenang
Tapi bila bahagia
Aku terus bersamanya
Kadang-kadang sehingga lupa temujanji kita
Aku pencinta yang curang

Tapi Kau tetap setia bersama ku
Walau aku pencinta yang curang
Kerana Kau memang Pecinta yang SEMPURNA...