Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Dialog Dalam Hati...

Selasa, Mei 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:49 PTG
Semasa sedang solat...

Hati: lepas ni nak makan la..
Iman: Kau tengah semayang tu fokus...
Nafsu: Ala,... tuhankan Maha Pengampun...lepas ni taubat la
Iman: Nafsu.. kau jamin ker tuhan maafkan kau jika kau bertaubat? kenapa masa depan
orang besar kau boleh fokus dengan apa yang kau buat... takut kan?? tapi
Raja Sekelian Alam kau tak takut... Sedar la diri tu skit...

Nak buat benda yang mama larang...

Hati: nak buat ni skit jer..
Iman: Kau nak jadi anak derhaka ker??
Nafsu: Ala... mama kan sayang kau... mesti dia ampunkan dosa aku...
Iman: sebab dia sayang la dia larang buat benda tu... antara dosa yang paling besar
iaitu dosa selepas syirik adalah derhaka pada ibubapa? sanggup ker kau nak
menerima balasan tu???

Nak siapkan kerja sebelum solat:

Hati: nak siapkan ni sikit jer...
Iman: Solat la dulu... kau kata kau cinta tuhan...takkan nak lambat date dengan Dia..
Nafsu: Kecoh la kau... sikit jer lagi tu... nak start balik nanti malas.. baik kau
siapkan kerja tu... bukannya lambat pun... 5 minit siap la... x lari mana pun
solat tu...
Iman: Mati takkan di lambatkan sedetik pun... macam mana kalau kau mati tak sempat
nak solat? mampu ker kau tanggung azabnya?
Komen: