Jalan itu
Isnin, Mei 17, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:43 PTG
Ku lihat jalan itu
Berliku dan bersimpang siur
Kekadang aku takut menempuhinya
Tetapi aku pasrah
Kerana aku sendiri yang memilihnya
Kerana aku yakin
Itulah jalan yang terbaik
Yang diciptakan untuk aku
Jadi aku serahkan segalanya
Pada takdir Ilahi
Semakin ku menghampirinya
Ku lihat jalan itu
Kian lurus
Jelas menuju destinasi
Aku meneruskan perjalananku
Dengan lebih tenang
Moga lurusnya bukan imej maya
Moga ia terus lurus sampai kepenghujungnya
Tetapi andai aku menemui simpangnya
Aku pasrah dengan takdirNya
Kerana jalan itu adalah jalan pilihanku...