Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Mampukah???

Khamis, Mei 20, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:48 PG
Aku sebenarnya tak suka tiru macam blog orang lain... cerita tentang kisah hidup aku... tapi dah ada beberapa catatan yang aku buat menceritakan tentang kisah aku... aku tak mampu nak elak... sebab dari pengalaman kita kutip pengajaran... betul tak? ok... aku malas nak merepek panjang-panjang malam-malam buta ni... cuma aku nak tulis pengajaran yang mampu aku kumpul sepanjang melihat filem IP Man tadi... Mungkin bagi orang lain... sekadar filem yang mampu membuatkan kita lalai pada Allah... Tapi bagi aku... filem tu mampu memberi semangat dan kekuatan untuk aku... bukan sekadar menghilangkan tension sahaja...

Ok... berbalik kepada persoalan tajuk ni... Mampukah??? merungkai persoalan mampukah kita dan mampukah aku.... sebelum tu aku ceritakan serba sedikit yang aku lihat dalam filem ni... Filem ini mengisahkan tentang bangsa cina yang mempertahankan seni kungfu mereka daripada hinaan masyarakat barat yang menjadi penjajah mereka... ops... cina tak pernah dijajah kan? mungkin sebagai penasihat jer kut...mmmm... sepertimana yang kita tahu kung fu adalah sinonim dengan bangsa cina... dan penghinaan terhadap kung fu... boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap bangsa cina... dalam filem ini... seorang juara tinju barat telah memperlekehkan kung fu cina...maaf andai terkeluar bahasa yang kurang sedap di dengar disini... kerana masa saya menaip ni masih ada rasa marah terhadap barat dalam diri ini...Untuk mempertahankan kung fu.. seorang sifu telah menyahut cabaran peninju barat itu sehingga akhirnya sifu tersebut mati di tangan peninju barat... peninju barat itu semakin angkuh... dan diakhir cerita tersebut... sifu kung fu iaitu IPMan berjaya mengalahkan peninju barat... Kata-kata terakhirnya selepas kemenangan itu menarik minat saya... setiap orang ada maruah... dan kita perlu menghormati maruah orang lain...ia sejajar dengan tuntutan Islam untuk menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza bangsa, agama dan negara.... jangan keji dan hina orang lain... jangan berlagak sombong.... filem ini membuatkan aku bertambah benci pada barat... nantikan suatu hari nanti.... kau akan jatuh akhirnya... ingatlah kehidupan ini ibarat roda... kau tidak akan selamanya berada di atas....

ok...seterusnya... apa yang mahu saya kutip daripada cerita ini ialah... bagaimana orang cina mempertahankan maruah bangsa dan kung fu mereka sehingga mempertaruhkan nyawa... huhhh... kalau masyarakat kita... barat bukan jadi lawan... tapi jadi ikutan... buat apa la nak ikut barat... macam la mereka bagus sangat... mereka hanya mencuri ilmu dari zaman kegemilangan islam dulu... bukan mereka punya pun... segala yang mereka ada adalah milik Allah... mereka cari ilmu dengan mengkaji Al-Quran... kerana di dalam Al-Quran itu sendiri terdapat pelbagai ilmu.. kerana itu ia menjadi panduan hidup sepanjang zaman... berhubung filem itu... terdapat 1 persoalan yang berlegar-legar dalam kepala saya...Mampukah kita mempertahan kan seni silat kita sebegitu rupa... tapi silat sekadar bangsa melayu punya jer kan... tak penting sangat... tapi yang penting... Mampukah kita mempertahankan agama kita, negara kita, bangsa kita... sehingga ke denyutan nadi terakhir? Mampukah aku???