Pesanan buat adik adik
Selasa, Jun 07, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:18 PTG
ni pesanan ikhlas dari seorang kakak yang tak punya adik melainkan kucing... kalau adik rasa adik nak ambik jurusan kejuruteraan sebab adik nak kerja glamour dan gaji tinggi... baik adik lupakan saja... sebab nanti adik bukan jadi jurutera yang membangunkan negara malah meruntuhkan negara... dah cukup banyak dengan manusia yang gilakan duit sehingga hilang integriti dan harga diri di negara kita... jangan adik cuba tambahkan bilangan mereka...
kalau adik rasa nak ambik bidang pendidikan sebab senang nak dapat kerja... tak penat kerja... akak rasa adik juga patut lupakan saja... nanti adik bukan mendidik anak bangsa tapi merosakkan ada bangsa... bekerja sekadar melepaskan batuk ditangga...
akak nak komen banyak2 pasal pekerjaan lain... akak tak layak sebab itu bukan bidang akak... dua bidang ni jer akak boleh komen... adik kalau belajar tu... belajarlah kerana Allah... kerana cintakan ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia... bukan kerana kerja, harta dan pangkat..;.. adik.. bila adik kejar benda tu semua... kalau adik tak dapat... nanti adik pasti kecewa...akak tak nak adik kecewa....
satu lagi pesan akak... pasal cinta di alam kampus ni... kalau adik belum bersedia nak kawin... jangan cuba mencari dia tahun 1 dan tahun 2 pengajian... jangan cuba bermain api kalau takut rumah terbakar... adik mungkin betul orang kata kat universiti tempat yang baik untuk mencari jodoh... sebab di alam pekerjaan biasa orang dah ada pasangan... tapi itu bukan alasan untuk bercouple dan kecewa dengan cinta....
akak bagi nasihat ni bukan bermaksud akak ni pelajar hebat... akak bukan pelajar dekan setiap sem... akak juga bukan grad dengan first class... akak cuma pelajar biasa yang suka bereksperimentasi dengan kehidupan akak sendiri... pengalaman dari kehidupan akak kita kongsi bersama... kesalahan akak jangan adik ulang lagi... kita semua sama pernah jatuh bangun dalam kehidupan... akak nukilkan kisah akak di alam universiti yang dah akak edit cukup2 supaya ia tak jadi kisah benar dan tak dapat dihidu watak sebenar di alam nyata... untuk panduan dan pengajaran buat adik2...bacalah kisah pertemuan... tapi sekarang ni baru episod 1...nanti akak sambung yer citer tu...hehe