Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
Aku sebenarnya nak membebel pada diri aku sebenar ni... akhir2 bulan ni... poket dah mula kering... jadi duit dalam poket pun sikit la... aku sebenarnya tak boleh hidup kalau dalam poket kurang 100... dah rasa macam amaran warna kuning menyala... apatah lagi kalau kurang 50 jer ada dalam poket aku... dah rasa lemas gila... amaran merah...kalau poket kering.. bank kering... aku tak tau apa jadi...
Aish... mana pengharapan aku pada Allah... bukan duit tak ada langsung.... cuma ada sikit jer dalam poket... dah rasa tertekan... tak senang duduk... kata duit tak mampu beli bahagia... dulu sahabat nabi derma seluruh harta dia... tenang jer... yakin jer dengan rezeki Allah... aku yang gaji bulan2 masuk bank... asyik duk cuak jer... bukan boleh mati pun tak ada duit... kenapa perlu risau?
Memang sejak aku di zaman belajar lagi... duit dalam poket aku mesti ada lebih dari 50 paling kurang kalau aku nak keluar dari kawasan kampus... sebab tu aku selalu ada duit spare 50 dalam purse aku... tapi bila aku fikir balik... adakah aku ni jenis hamba yang tak mampu letak pengharapan sepenuhnya pada Allah... mesti ada backup sendiri...
Cuba fikir... orang yang gaji 500 nak sara keluarga... yang anak ramai pula tu... pasti tak sampai separuh bulan... dalam poket dah kurang dari 100... dah bayar itu ini... sewa rumah , bil, buku anak, yuran dan apa kejadah kehidupan lagi... aku gaji lebih dari 500,... sara diri sendiri jer... anak kucing pun tak ada unttuk disara... diorang boleh lalui hidup tu dengan tenang jer... kenapa tidak aku?
Macam mana nak tenang walaupun ada bawah 100 dalam poket... macam mana nak meningkatkan pengharapan aku kepada Allah... pengharapan aku pada rezeki aku sendiri... macam mana nak jadi macam sahabat nabi... mampu derma seluruh harta dia ke jalan Allah... pengharapan... datanglah kepada aku... aku mahu jadi hamba yang bersyukur dengan apa yang aku dapat... yer... dah cukup banyak yang aku dapat... Alhamdulillah... Aku berserah ke padaMu yang Allah...
Labels:
PeDoMaN
Pada suatu hari... lepas solat zohor pukul 2 petang... saya pergi ke kelas... kelas tu dari pukul 2 hingga pukul 5... dengan pelajar yang agak banyak mulut... membuatkan saya selalu kehabisan suara bercakap dengan suara yang kuat selama 3 jam berturut2.... huhhh... sampai sahaja aku di kelas... nampak baru ada separuh lebih... aku ambil dulu kehadiran mana yang ada.... aku ni jenis yang tak suka menunggu... sementara menunggu pelajar yang lambat datang ke kelas... aku buat dulu apa yang patut... aku malas nak mulakan awal,... sebab nanti kena ulang balik... baik aku tunggu sahaja... 2.15 baru la sampai pelajar2 yang lambat tu... masa tu hati aku dah panas... bosan menunggu...
aku suruh saja mereka berdiri di depan... aku tanya kenapa lambat?... diorang jawab solat zohor... aku memang anti dengan jawapan ni.... sangat2 tak suka... kenapa solat dijadikan alasan untuk lambat? nanti apa yang orang bukan islam faham.... solat ni menyebabkan orang islam tak menepati waktu... solat ni susah lagi menyusahkan... ahhh... aku tak suka... sedangkan solat itu mengajar kita menepati waktu... sebab itu solat ada waktunya... ingat... jangan salahkan solat jika anda memang jenis manusia yang tak menepati waktu....
aku mula marah... aku cakap... dah tu orang lain tak solat ker? boleh datang awal jer...diorang jawab... insyaAllah diorang solat cik... bersangka baik... aku pandang pelajar yang telah lama sampai... aku bertanya... siapa tak solat lagi kat sini? mengejutkan... hampir aku nak jatuh pengsan... hampir semua muslim yang datang awal tidak solat zohor... kemarahan aku beralih arah... berani mereka masuk kelas aku tanpa solat.. macam mana nak belajar dengan berkat?
aku memberi arahan... semua yang tak solat lagi... sila beratur tepi kelas... lepas tu aku menyuruh mereka mengikuti langkah aku... aku tinggalkan kelas... aku jalan perlahan-lahan... mereka mengikut aku sambil tertanya... apa denda aku nak bagi.... akhirnya mereka tau... aku membawa mereka menuju jalan kebenaran... aku bawa mereka pergi masjid...haha... korang masuk masjid dan solat dulu... lepas tu datang balik ke kelas.. hehe... nasib baik la masjid tak jauh mana dari kelas aku...
aku pun patah balik ke kelas untuk meneruskan tugas aku... aku tanya kepada yang dalam kelas kenapa ada ramai sangat yang tak solat? mereka jawab... kelas pack hari ni cik... dari pagi sampai petang... ada rehat 1-2 jer.... dah tu... kenapa la tak solat waktu rehat tu.. sempat jer solat... lama mana sangat lelaki... 5 minit pun dah cukup... kalau tak sempat juga... bagi tau aku... boleh aku masuk lambat sikit memberi ruang untuk mereka solat....
Aku tertanya pada diri aku sendiri... salah aku kah? selama ini aku tak tahu keadaan mereka yang tak solat.... kalau awal2 aku tahu... boleh aku perbetulkan keadaan... lain kali kalau kelas petang... kena tanya diorang ni...takut nanti jadi macam ni la.... pengajaran buat aku sebagai pendidik... selama ni... agak sukar untuk aku mempercayai apa yang aku baca dan apa yang aku dengar 80% orang islam di malaysia tak solat... kita aku dah lihat dengan mata kepala aku sendiri... itulah realiti... biarpun ia pahit untuk ditelah...
Tak hairan lah masyarakat islam di malaysia semakin rosak.. kes penagihan dadah,.. jenayah.. penceraian... dan banyak lagi kes zina dan lain2 semakin meningkat... terimalah hakikat.. kita masyarakan islam di malaysia menuju kehancuran... segalanya di tangan kita... mohon kerajaan islam menyiarkan dan mengiklankan lebih banyak tentang islam... bukan sekadar iklan janji ditepati...
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN
Dicelah kesibukan hidup
Ku intai cintaMu
Dibalik kekosongan hidup
Ku intai cintaMu
Didalam kekusutan hidup
Ku intai cintaMu
Aku cuba mengerti tentang cinta
Aku cuba mencari dimana cinta
Aku cuba menyentuh rasa cinta
Aku tersedar sendiri
Kalimah cinta hanya milikMu
Rasa cinta hanya untukMu
Kerana aku hanya hambaMu
Ku intai cintaMu
Kerana ku tahu
Tenang aku dalam cintaMu
Bahagia aku dalam cintaMu
CintaMu adalah segalanya
Labels:
PuiSi
Assalamualaikum.. (tak pernah mula post dengan bagi salam... ni kali pertama...kena sopan sikit... sebab tajuk khas untuk kaum adam.... kita nampak baik la konon)...
Untuk pengetahuan lelaki... sekeras mana pun perempuan tu... hatinya tetap lembut untuk lelaki yang memenuhi ciri lelaki idaman dia dan lelaki yang dia minat... jadi macam mana nak tau perempuan tu minat kat anda ker tidak... mula2 kita kaji dulu... lelaki macam mana yang perempuan biasa minat...
Ciri lelaki idaman wanita
- Solat cukup 5 waktu, jaga waktu solat, kalau boleh solat berjemaah
- Ada kerja ... kalau jurutera, ustaz, doktor... memang ramai la peminat... tambah2 yang kaya...
- Kacak... tapi kacak ni subjektif... ada suka yang jenis bergaya... rambut pacak... ada yang suka jenis nampak tenang... skema sahaja...ada yang suka lelaki putih... ada suka lelaki gelap katanya lebih maskulin...
- Romatik dan ambil berat... perempuan mana tak suka lelaki yang romantik
- Tidak merokok
- Rajin buat kerja rumah dan memasak
- Tetap pendirian... tapi masih boleh dibawa berbincang
- Tidak panas baran
Kenapa perempuan nak kawin
- sebab nak pimpin mereka ke syurga... jadi pendorong jaga mereka... tolong tanggung dosa mereka...
- sebab nak tolong bayar bil shopping mereka...haha
- sebab dah memang fitrah ... perempuan perlukan lelaki dalam hidup mereka...
Perempuan minat pada anda jika
- dia sanggup buat apa saja demi anda termasuk melanggar prinsip hidup yang dia pegang sebelum ini
- dia buat2 tak nampak anda... buat2 tak layan anda... (kalau dia nak elak anda tahu perasaan dia)
- dia bagi hint suruh pergi jumpa mak bapak dia...
Anda pasti tak nak hati anda terguriskan? jadi anda juga perlu jaga hati wanita... jangan biarkannya terguris... seperti yang saya nyatakan sebelum ini... hati wanita ni terlalu lembut... suka bermain dengan perasaan sendiri... dan suka sangat buat andaian yang indah2... jadi harap anda semua tidak memberi harapan kepada wanita jika anda tak nak kawin dengan dia... tapi... bahasa lelaki dan perempuan ni lain-lain... jadi saya rasa saya perlu memberitahu anda apa yang perlu anda buat....
Jika anda tak minat dengan perempuan tu
- Bagitau sahaja anda dah ada calon dan dah nak kawin dengan calon tu
- Kalau boleh nyatakan secara jelas siapa calon tu...
- jangan terlalu caring dengan perempuan... nanti dia salah faham
- jangan ajak perempuan tu keluar bertemu dengan anda
- lebih senang buat tak layan jer... lama2 dia akan menjauh sendiri...
Jika anda juga berminat
-apa lagi tunggu lama2... nanti dikebas orang...
--> boleh terus tanya dia alamat pegi jumpa mak ayah dia...
--> boleh terus bagitau dia... saya rasa saya minat nak buat awak jadi isteri saya... boleh saya tanya awak beberapa soalan... kalau kita serasi... boleh saya terus merisik awak...
Fakta yang ramai lelaki tak tahu... sebenarnya masih banyak perempuan yang menjaga kesucian hatinya... menanti ia dirisik terus dengan wali mereka.... cuma memerlukan keberanian anda wahai lelaki... jangan sekadar menabur janji manis... buktikan dengan perbuatan anda... datanglah merisik si bunga di taman....
Satu lagi fakta menarik... perempuan berkerjaya... dan berjawatan tinggi... biasanya sudah mampu menyediakan segala keperluan hidup mereka... mereka sudah tidak memerlukan lelaki untuk menampung hidup mereka.... mereka hanya memerlukan anda untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus dan kerana fitrah wanita memerlukan lelaki...
Kalau dah nama perempuan... semua nak kulit yang cantik... licin...gebut lembut... sanggup buat apa saja dan sanggup bayar berapa mahal sekali pun... kalau yang berduit la... aku pun termasuk sekali... siapa tak nak cantik kan?
Ok... oleh itu... aku nak kongsi satu dua kisah berkenaan nak cantik ni... masa aku belajar... keluar jalan2 di mines... lalu tepi sebuah kedai kecantikkan yang eksklusif... siap ada program kat televisyen... termasuk la kat dalam kedai tu... dia kata... tulis nama dan nombor telefon dan boleh tetapkan tarikh nak buat rawatan muka PERCUMA.... pelajar kan mudah terpengaruh.... aku pun isi skali dengan kawan aku...
tiba tarikhnya... kebetulan aku sangat sibuk masa tu... tapi sebab nak cantik... aku tetap juga pergi...aku pun pergi bersama kawan aku... sampai disana... lepas sesi kaunseling... dia tanya nak beli ker produk tu nanti? saya kata tengok dulu nak fikir... ok... buat la rawatan muka lepas tu... siap rawatan muka ada sesi kaunseling satu lagi... dia cerita2... pastu suruh beli.... aku cakap x nak la... x der duit... aku ada pun 500 dalam bank nak guna untuk sepanjang semester... tapi dia pujuk lagi... aku dah la nak cepat... banyak kerja... malam tu ada presentation lagi... aku setuju jer... malas nak dengar ceramah banyak sangat... melayang 500 duit aku... nasib baik ada 500 jer dalam bank time tu... kalau tak lagi banyak duit aku melayang.... nama jer produk mahal... ada class... tapi x der la bawa apa2 perubahan...
Alhamdulillah... sebenarnya aku memang sudah dikurniakan kulit yang licin... kadang2 jer ada jerawat sebiji dua...sebab tu aku boleh yakin keluar rumah tanpa sebarang make up... cuma kulit aku mudah kena sunburn bila berjemur... aku pula sukakan aktiviti lasak... disebabkan ini aku sibuk nak hilangkan sunburn aku... sehinggalah aku dikenalkan oleh housemate aku dengan satu produk ni... produk ni tak dijual dipasaran biasa... di jual melalui dealer sahaja... aku tak pakai 1 set... aku pakai krim malam jer...bukan aku beli... housemate aku beli... dia tak berani nak cuba...jadi aku yang cuba...aku baca berkenaannya... memang ia akan menyebabkan gatal2 sikit... jadi aku pakai la... sebab katanya ada kelulusan kkm...
Aku sebenarnya ada juga takut sikit2... jadi lepas aku pakai 2 minggu sebelum raya... time raya tu aku tak bawa balik krim tu... aku nak test.. kalau tak pakai dia bagi kesan x... bila tak pakai di kampung rupanya dia bagi kesan gatal... masa pakai pun bila aku sentuh pipi aku.. dia tak selicin dulu... aku nekad... tak nak pakai dah krim macam tu... cuma masa kat kampung aku try Garnier yang mak aku beli untuk memulihkan kulit aku... dah ok balik dah.... tapi bukan aku nak iklan Garnier kat sini... aku nak iklan benda yang lagi murah... yang aku guna dulu... wuduk... Ni saya nak tunjuk 1 gambar...
Gambar ini menunjukkan kulit di pipi tanpa sebarang krim kecantikan... yang ada cumalah selapisan air wuduk... Saya yakin tiada satupun iklan produk mampu letak gambar tanpa makeup dan selepas basuh muka macam ni... sebab ini bukan iklan produk... tapi ini adalah iklan kecantikan... kecantikan semula jadi kurnia Ilahi... Mungkin ramai yang idamkan kulit selicin ini... sehingga sanggup mencuba pelbagai jenis produk kecantikan seperti saya...dan kadangkala merosakkan kulit muka... Untuk dapatkan kulit seperti ini, anda tak perlu menghabiskan beratus atau beribu ringgit... cuma pastikan anda sentiasa berada dalam wuduk... sentiasalah berwuduk setiap kali ke tandas... bukan sahaja dapat kulit yang licin tapi dapat pahala sekali... Untungkan???
P/s: cuma kalau tak nak sunburn macam saya... kena pakai krim pelindung UV la time keluar rumah...
Labels:
PeDoMaN
Tajuk jer sebenarnya merdeka... tapi isi nya jauh sikit dari itu... cuma ada la sipi2... aku nak bincang benda ni sempena merdeka... rasa-rasanya... bila dah menjangkau 55 tahun dah kita merdeka ni... dah bertamadunkah kita? ok... antara ciri ketamadunan bangsa adalah bahasa? adakah bahasa melayu kita dah betul-betul konkrit atau masih terhuyung hayang....
Mari kita imbau kembali... sebelum adanya PPSMI ... (cari sendiri la maksudnya kalau tak tahu tu)... kita dah jadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu... selepas adanya PPSMI bidang sains menggunakan bahasa inggeris dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi..... kini PPSMI telah dimansuhkan... elaun kritikal bagi guru juga dan dimansuhkan.... tapi bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi masih belum dimansuhkan... ia tetap diteruskan... jadi bagaimana? adakah kita masih tak bertamadun setelah 55 tahun merdeka kerana masih belum mampu menjadikan bahasa kita sebagai bahasa ilmu? tak malu ker 55 tahun merdeka tapi bahasa kita masih terjajah? ok... pasal ni... saya biarkan dulu disini....anda fikirkan sendiri jawapannya...
Mahu saya kongsi satu cerita sedih... mungkin sedih bagi saya... tapi tak sedih untuk anda semua yang sibuk membanggakan bahasa penjajah... saya ada seorang pelajar... pelajarnya baik dan pintar... tapi malangnya pelajar itu kurang pandai dalam bahasa inggeris... kesemua subjeknya lulus kecuali bahasa inggeris... dua gagal 2 kali... tapi kerana kegagalan itu... dia hilang minat meneruskan pelajaran... kerana dia tak minat belajar bahasa inggeris... puas saya memujuk... tapi tak berjaya.... buat masa ini... dia behenti belajar dan bekerja di salah sebuah pasaraya.... sedih atau tidak?
Dalam kita mencapai kemerdekaan 55 tahun... masih ada antara kita yang tercicir dalam pelajaran kerana ada sesetengah orang atasan kita yang masih terjajah pemikirannya... ini mungkin hanya satu dari beribu kes lain... saya nak cakap suatu perkara.... orang yang pandai dalam bidang bahasa tidak semestinya pandai dalam bidang sains dan teknologi... dan orang yang pandai dalam bidang sains dan teknologi tak semestinya pandai dalam bidang bahasa.... tolong lah faham....janganlah sekat potensi bangsa kita...
Saya mohon... dengan rendah hatinya... bagi pihak rakyat yang tak pandai bahasa inggeris... tahu la orang besar ni dari sekolah inggeris... belajar pula di negara orang putih... memang la senang berbahasa inggeris... tapi bagi kami yang macam katak di bawah tempurung ni... kami mohon jadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang sains dan teknologi... jangan sekat potensi kami dengan bahasa... kerana kami bukan pakar bahasa... kami cuma pemikir kemodenan...
Saya merayu... andai dengan mengembalikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu di bidang sains dan teknologi akan menghapuskan elaun kritikal yang saya dapat setiap bulan... saya rela... kerana 9% dari gaji tu nilainya terlalu rendah nak dibandingkan dengan potensi anak bangsa kita yang perlu dikorbankan... dan juga nilai ketamadunan bangsa kita yang digadaikan...
Terimalah hakikat ini walaupun pedih... Biarpun kita telah 55 tahun MERDEKA... sebenarnya kita masih TERJAJAH... dan yang paling memalukan... kita masih sebuah BANGSA yang TAK BERTAMADUN!!!
Labels:
Dunia Pendidik,
PeDoMaN