Ku Intai Cinta Mu
Jumaat, September 07, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:48 PTG
Ku intai cintaMu
Dibalik kekosongan hidup
Ku intai cintaMu
Didalam kekusutan hidup
Ku intai cintaMu
Aku cuba mengerti tentang cinta
Aku cuba mencari dimana cinta
Aku cuba menyentuh rasa cinta
Aku tersedar sendiri
Kalimah cinta hanya milikMu
Rasa cinta hanya untukMu
Kerana aku hanya hambaMu
Ku intai cintaMu
Kerana ku tahu
Tenang aku dalam cintaMu
Bahagia aku dalam cintaMu
CintaMu adalah segalanya