Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Tips Untuk Lelaki

Rabu, September 05, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:14 PTG
Assalamualaikum.. (tak pernah mula post dengan bagi salam... ni kali pertama...kena sopan sikit... sebab tajuk khas untuk kaum adam.... kita nampak baik la konon)...

Untuk pengetahuan lelaki... sekeras mana pun perempuan tu... hatinya tetap lembut untuk lelaki yang memenuhi ciri lelaki idaman dia dan lelaki yang dia minat... jadi macam mana nak tau perempuan tu minat kat anda ker tidak... mula2 kita kaji dulu... lelaki macam mana yang perempuan biasa minat...

Ciri lelaki idaman wanita
- Solat cukup 5 waktu, jaga waktu solat, kalau boleh solat berjemaah
- Ada kerja ... kalau jurutera, ustaz, doktor... memang ramai la peminat... tambah2 yang kaya...
- Kacak... tapi kacak ni subjektif... ada suka yang jenis bergaya... rambut pacak... ada yang suka jenis nampak tenang... skema sahaja...ada yang suka lelaki putih... ada suka lelaki gelap katanya lebih maskulin...
- Romatik dan ambil berat... perempuan mana tak suka lelaki yang romantik
- Tidak merokok
- Rajin buat kerja rumah dan memasak
- Tetap pendirian... tapi masih boleh dibawa berbincang
- Tidak panas baran

Kenapa perempuan nak kawin
- sebab nak pimpin mereka ke syurga... jadi pendorong jaga mereka... tolong tanggung dosa mereka...
- sebab nak tolong bayar bil shopping mereka...haha
- sebab dah memang fitrah ... perempuan perlukan lelaki dalam hidup mereka...

Perempuan minat pada anda jika
- dia sanggup buat apa saja demi anda termasuk melanggar prinsip hidup yang dia pegang sebelum ini
- dia buat2 tak nampak anda... buat2 tak layan anda... (kalau dia nak elak anda tahu perasaan dia)
- dia bagi hint suruh pergi jumpa mak bapak dia...

Anda pasti tak nak hati anda terguriskan? jadi anda juga perlu jaga hati wanita... jangan biarkannya terguris... seperti yang saya nyatakan sebelum ini... hati wanita ni terlalu lembut... suka bermain dengan perasaan sendiri... dan suka sangat buat andaian yang indah2... jadi harap anda semua tidak memberi harapan kepada wanita jika anda tak nak kawin dengan dia... tapi... bahasa lelaki dan perempuan ni lain-lain... jadi saya rasa saya perlu memberitahu anda apa yang perlu anda buat....

Jika anda tak minat dengan perempuan tu
- Bagitau sahaja anda dah ada calon dan dah nak kawin dengan calon tu
- Kalau boleh nyatakan secara jelas siapa calon tu...
- jangan terlalu caring dengan perempuan... nanti dia salah faham
- jangan ajak perempuan tu keluar bertemu dengan anda
- lebih senang buat tak layan jer... lama2 dia akan menjauh sendiri...

Jika anda juga berminat
-apa lagi tunggu lama2... nanti dikebas orang...
 --> boleh terus tanya dia alamat pegi jumpa mak ayah dia...
 --> boleh terus bagitau dia... saya rasa saya minat nak buat awak jadi isteri saya... boleh saya tanya awak beberapa soalan... kalau kita serasi... boleh saya terus merisik awak...

Fakta yang ramai lelaki tak tahu... sebenarnya masih banyak perempuan yang menjaga kesucian hatinya... menanti ia dirisik terus dengan wali mereka.... cuma memerlukan keberanian anda wahai lelaki... jangan sekadar menabur janji manis... buktikan dengan perbuatan anda... datanglah merisik si bunga di taman....
Satu lagi fakta menarik... perempuan berkerjaya... dan berjawatan tinggi... biasanya sudah mampu menyediakan segala keperluan hidup mereka... mereka sudah tidak memerlukan lelaki untuk menampung hidup mereka.... mereka hanya memerlukan anda untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus dan kerana fitrah wanita memerlukan lelaki...