Merdeka 55 Tahun
Sabtu, September 01, 2012 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 12:12 PG
Mari kita imbau kembali... sebelum adanya PPSMI ... (cari sendiri la maksudnya kalau tak tahu tu)... kita dah jadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu... selepas adanya PPSMI bidang sains menggunakan bahasa inggeris dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi..... kini PPSMI telah dimansuhkan... elaun kritikal bagi guru juga dan dimansuhkan.... tapi bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dalam bidang sains dan teknologi di peringkat pengajian tinggi masih belum dimansuhkan... ia tetap diteruskan... jadi bagaimana? adakah kita masih tak bertamadun setelah 55 tahun merdeka kerana masih belum mampu menjadikan bahasa kita sebagai bahasa ilmu? tak malu ker 55 tahun merdeka tapi bahasa kita masih terjajah? ok... pasal ni... saya biarkan dulu disini....anda fikirkan sendiri jawapannya...
Mahu saya kongsi satu cerita sedih... mungkin sedih bagi saya... tapi tak sedih untuk anda semua yang sibuk membanggakan bahasa penjajah... saya ada seorang pelajar... pelajarnya baik dan pintar... tapi malangnya pelajar itu kurang pandai dalam bahasa inggeris... kesemua subjeknya lulus kecuali bahasa inggeris... dua gagal 2 kali... tapi kerana kegagalan itu... dia hilang minat meneruskan pelajaran... kerana dia tak minat belajar bahasa inggeris... puas saya memujuk... tapi tak berjaya.... buat masa ini... dia behenti belajar dan bekerja di salah sebuah pasaraya.... sedih atau tidak?
Dalam kita mencapai kemerdekaan 55 tahun... masih ada antara kita yang tercicir dalam pelajaran kerana ada sesetengah orang atasan kita yang masih terjajah pemikirannya... ini mungkin hanya satu dari beribu kes lain... saya nak cakap suatu perkara.... orang yang pandai dalam bidang bahasa tidak semestinya pandai dalam bidang sains dan teknologi... dan orang yang pandai dalam bidang sains dan teknologi tak semestinya pandai dalam bidang bahasa.... tolong lah faham....janganlah sekat potensi bangsa kita...
Saya mohon... dengan rendah hatinya... bagi pihak rakyat yang tak pandai bahasa inggeris... tahu la orang besar ni dari sekolah inggeris... belajar pula di negara orang putih... memang la senang berbahasa inggeris... tapi bagi kami yang macam katak di bawah tempurung ni... kami mohon jadikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang sains dan teknologi... jangan sekat potensi kami dengan bahasa... kerana kami bukan pakar bahasa... kami cuma pemikir kemodenan...
Saya merayu... andai dengan mengembalikan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu di bidang sains dan teknologi akan menghapuskan elaun kritikal yang saya dapat setiap bulan... saya rela... kerana 9% dari gaji tu nilainya terlalu rendah nak dibandingkan dengan potensi anak bangsa kita yang perlu dikorbankan... dan juga nilai ketamadunan bangsa kita yang digadaikan...
Terimalah hakikat ini walaupun pedih... Biarpun kita telah 55 tahun MERDEKA... sebenarnya kita masih TERJAJAH... dan yang paling memalukan... kita masih sebuah BANGSA yang TAK BERTAMADUN!!!