Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Pemandu Sesumpah

Ahad, Mac 27, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 7:28 PG
ramai orang yang jadi sesumpah di jalan raya..
kenapa? apa tidaknya menyumpah orang sesuka hati...
"bengong la... nak keluarkan kereta tengok la orang belakang"
"bodoh....tak tengok ker orang nak keluarkan kereta"'
babi... gila... bongok... semuanya terpacul dari mulut pemandu...

contoh senang dalam ayat diatas....
bila kita tengah jalan strainght... tetiba ada kereta keluar dihadapan kita... pastinya kita terkejut... dan mungkin menyumpah orang yang keluarkan kereta tu... ingatlah... dia mungkin melakukannya dengan tidak sengaja... kerana mungkin dia tidak sedar ada kereta datang....

Bila kita tengah keluarkan kereta dari tempat parking... ada kereta honkan kereta kita....ataupun kawasan tu jem... kereta tak bagi jalan untuk kita keluarkan kereta kita... kita pun marah2 sebab orang tak tolong kita... padahal kita tahu itu hak dia nak bantu kasi ruang kita keluar ker tidak...kalau dia bagi tu terima kasih la... kalau dia tak bagi tu... terima jerla... bersabar...tunggu sampai ada ruang...

inilah sikap rakyat malaysia yang jadi pemandu...
wahai pemandu2 semua... moh jadi pemandu yang baik bukan pemandu sesumpah... jangan sedap mulut jer sumpah orang... nati kita pun tersumpah... terima la kita pun selalu melakukan kesilapan... orang lain pun akan tetap melakukan kesilapan... tak kira atas jalan raya ataupun tidak... kerana manusia adalah insan lemah yang tak lepas dari melakukan kesilapan...

Ada Aku Kisah?

Sabtu, Mac 26, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:53 PG
hmmm... aku tengah geram ni...
bila ada orang komen pasal penampilan aku...
kalau komen kat aku tak apa... boleh aku balas terus...
tapi ni komen kat kawan aku suruh nasihatkan aku...
kata penampilan aku macam pelajar... kena tukar jadi macam staff..
aish... tahu la aku ni awet kanak2... jangan la jeles...
nak pakai macam mana nak suruh aku nampak macam staff?
pakai kebaya ketat2.. tudung angkat atas dada? makeup tebal2?

tak bagi pula tu aku pakai seluar track dalam kain baju kurung...
aku pakai seluar bersebab... aku dah biasa pakai dulu...
aku ni suka lari... so kalau nak lari senang....
aku angkat kain terus lari...
kalau tak angkat kain pun tak ada la terselak nampak betis masa lari...
lagipun sebab aku dah terbiasa pakai dulu...
bila tak pakai seluar...
rasa macam nampak terus bentuk paha bila duduk dan jalan...
sebab baju kurung bukan keras sangat kainnya...
aku pakai seluar track dalam kain masa naik pentas konvo tak der orang kisah pun... ikut suka aku la aku punya hal...

kata pakaian aku serebeh... tak kemas... nak kemas macam mana?
baju kurung moden baru kemas? memang kemas macam pembalut nangka...
ok la... nak aku pakai elok2 tudung aku bior nampak kemas...
dah tudung tu gerak aku nak wat macam mana...
aku ni ganas... mana boleh nak duk diam jaga tudung...
lagipun aku pakai kekadang bukan tengok cermin pun...
aku bukan minah cermin.... sikit2 nak tengok cermin...
kawan aku cadangkan suruh aku pakai tudung indon supaya nampak kemas...
tengok la dulu kalau aku berkenan...lagipun susah nak cari yang lepas dada, tak ketat dan tak lembut sangat sampai melekat kat dada... dan aku pun tak ada bajet untuk semua tu... (dari aku beli tudung dan baju untuk aku... baik aku simpan untuk buat benda lain yang lagi penting)

satu lagi mungkin baju aku tak bergosok... haha... memang aku tak kisah pakai baju tak bergosok.... memang aku malas nak gosok dan lipat baju... keja sia sia... nanti kedut balik... baik aku guna masa tu untuk baca buku...kurang2 dapat ilmu... ahhh... memang aku tak suka keja mengurus diri ni... aku dah cari kain yang tak kedut kalau nak beli baju... tudung pun kalau kedut sangat jer aku gosok... kalau tak... tak ada maknanya aku nak buat benda tak berfaedah tu....

weh... aku tak kisah pasal penampilan aku... jadi apa kau nak kisah? dont judge book by the cover la... professional... tengok la pada hasil kerja... kalau hasil kerja aku tak bagus... boleh la nak salahkan aku... lagipun nak bagi nasihat... bagi la kat aku terus... aku bukan makan saman melalui orang ni... kalau bagi nasihat kat aku sendiri... boleh aku tanya kenapa dan mengapa serta bagi alasan aku sendiri... aku bukan mudah nak terima nasihat kalau aku tak dapat penjelasan terperinci dan tak dapat nak pertahankan sebab aku.... aku memang keras kepala dan ego tinggi... kalau orang tegur aku... memang aku akan tetap bagi alasan... walaupun hati aku mengakui kesalahan aku tu... dari nasihat aku... baik korang nasihat orang yang pakai baju ketat2.... dapat juga pahala...

tolong la... kepada sesiapa yang nak pujuk aku ubah penampilan aku... baik lupakan saja niat tu... lain la kalau nak ubah aku pakai tudung labuh ker... jubah ker... tapi bukan jubah seksi macam kebanyakkan jubah sekarang la... ni nak ubah aku pakai macam kebanyakkan orang baik tak payah... aku tak suka jadi majoriti... aku suka dengan cara aku yang lain dari yang lain... dan tak payah la nak tolong tambah dosa aku yang dah sedia banyak untuk pakai baju yang ketat2... biar orang nak kata aku pelik... dah memang aku pelik... tak payah la korang nak kisah pasal aku... baik kisah pasal diri korang...

nak make over aku biar jadi cantik konon... macam la aku tak pandai nak bergaya... buat apa nak bergaya depan lelaki jalanan... buat tambah kebarangkalian kena rogol jer... tambah dosa sekali menarik lelaki untuk melihat kita... kalau aku pakai buruk2 senang... tak ada lelaki nak pandang... aku pun rasa selamat... lagipun aku tak nak la hipokrit jadi macam orang lain (padahal memang aku hipokrit pun)..... biar aku dengan cara aku sendiri... bebas dan merdeka...

masa zaman tingkatan lima aku main berebut tiang kat bengkel dengan kawan2... tak adapun orang kisah...aku ada cara aku sendiri... orang tengok aku memang macam budak2 lagi... jadi kenapa kamu nak susah kalau aku jadi budak2 lagi... sebab aku masih nak jadi budak2 lagi...

kekadang rasa macam nak jadi lelaki jer senang... tak ada orang kisah pasal penampilan lelaki... tak ada orang nak komen... ahhh... ikut suka korang la mulut korang... ada aku kisah?

Membentuk Masyarakat Tanpa Rasuah

Rabu, Mac 23, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:18 PTG
dulu aku pernah tulis pasal rasuah disini...dan aku pernah bercakap pentingnya orang yang berilmu mempunyai akhlak yang baik di sini...

hari ni aku nak gabungkan keduanya untuk mendidik masyarakat tanpa rasuah... memandangkan minggu depan aku kena ajar student mengenai integriti... pernah minggu lepas aku tanya student...

saya: pernah awak kena saman dengan polis dan polis menawarkan... kalau bagi duit kopi... polis tak jadi saman...
pelajar: pernah
saya: jadi awak bagi ker duit kopi tu?
pelajar: bagi jer la... kalau saman lagi mahal... baik bayar yang murah...
remaja adalah generasi akan datang...
kalau semua remaja punya mentaliti macam ni....
adakah pemberi dan penerima rasuah yang akan mentadbir negara kelak?

jadi untuk kelas minggu depan aku ada satu misi... misi menukar mentaliti pelajar ni... untuk menolak sekerasnya budaya rasuah...aku dah buat satu video...kompile iklan dalam youtube... moga video tu berjaya... kalau tak banyak pun sedikit mengajar budak2 tu sambil berhibur...insyaAllah... amin...(nak uploadkan video tu kat sini tak mampu sebab internet slow... video tu menggabungkan 17 iklan di youtube dengan masa 34 minit..)

semoga generasi akan datang bebas rasuah....amin...

Loji Nukleur di Malaysia???

Sabtu, Mac 19, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:58 PTG
pasal loji nuklear...
kenapa mesti perlu guna loji nuklear...
dah la kos permulaan sangat tinggi bahaya pula tu...
kenapa tak diperbaiki hidroelektrik di negara kita...
ya... penggunaan elektrik di negara kita tak mampu ditanggung oleh hidroelektrik...
perlu menggunakan janakuasa berasaskan petroleum...
dan harga petroleum semakin meningkat dan bekalan pula makin habis...
kerana ia tenaga tidak mampu diperbaharui...

tapi negara kita mempunyai air...angin dan solar....
semua ni boleh menjana elektrik secara berterusan...
kita boleh memperbaiki sistem hidroelekrik kita supaya mampu menjana kuasa yang tinggi...
cukup untuk keseluruhan malaysia.... kajilah...
saya rasa kita juga boleh memperbaiki sistem saliran kita...
supaya pengaliran air di setiap rumah juga mampu menjana elektrik...
sistem solar pun boleh digalakkan dipasang di setiap rumah...
ni nak cari sistem solar pun susah.... (mahal solar pun mahal lagi logi nukleur)...
kerajaan boleh guna duit untuk nukleur tu ... untuk kurangkan harga solar...
lepas tu kawasan rumah yang kuat berangin tumacam kat tepi pantai...
boleh guna kincir angin untuk jana elektrik...
semua ini mampu membantu rakyat menjimatkan elektrik....
sayangi bumi kita..

satu lagi pasal nukleur...
dah lah kos pasang mahal...
kalau gempa bumi kat malaysia ni... jadi macam kat jepun...
tahu la malaysia bukan berada pada laluannya...
tapi perancangan Allah kita tak tahu....
dah la malaysia banyak pub judi arak... pergaulan bebas...
sekali malaysia kena... hancur semua....
nauzubillahi min zalik...

Jangan Pernah Membenci

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:50 PTG
dulu aku membenci orang yang berkapel... pada aku... mereka dah tak suci kerana memberi cinta bukan pada yang berhak... tetapi kehidupan mengajar aku... jahat juga aku ni suka pandang rendah kat orang... padan la kalau orang pandang rendah kat aku pun...hahaha...

tetapi kehidupan yang mengajar aku... orang yang berzina dan free hair pun elalu ingat baca doa setiap kali nak makan... aku ni sekali tengok makanan... terus suap ke mulut... selalu jer lupa nak baca bismillah...sape lagi teruk... aku la.. rezeki kat depan mata... lupa pada Yang Memberi... terukkan?

kalau kita fikir panjang2... orang yang pernah zina... atau pernah kapel... hatinya pasti pernah hancurkan? begitu kuat dia dalam menjalani kehidupan... untuk melupakan kisah silam mereka... mereka merapatkan diri dengan Allah... malam2 bangun solat... memohon ampun dari dosa silam mereka.... aku??? aku mana mampu nak bangun malam... bila dah tidur tu pagi la baru boleh berpisah dari katil... jadi siapa lagi banyak dosa ... mestilah aku... asyik duk buat salah sama jer... siapa yang lagi rapat dengan Maha Pencipta... mestilah mereka... malam mereka dihabiskan untuk menghadap Raja Sekalian Alam....hebatkan mereka???

kita patut membenci perbuatan mereka... bukan mereka.. kita tak patut menghina mereka atas kesalahan lampau mereka... Allah Maha Pengampun... kita manusia tak kan tak boleh terima mereka sedangkan Allah boleh... bukan mereka buat salah kat kita pun... Salah mereka hanya pada Allah dan diri mereka sendiri kerana menjatuhkan maruah sendiri.... tiada apa bagi kita untuk membenci mereka...

jadi jangan pernah membenci... hidup terlalu singkat untuk membenci... yang penting kita perbetulkan diri kita... kalau mampu tolong orang lain memperbetulkan diri mereka... bukan sekadar lihat dan mencemuh... apa pun kita tak dapat selain dosa selagi kita macam tu... tiru orang lain pada kebaikan mereka.... bukan hina orang lain atas kelemahan mereka.... cermin diri sendiri dulu sebelum mengata....sedar la diri tu... kita bukannya baik sangat....