Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Petikan dari filem ‘BUDAK KELANTAN’

Khamis, Februari 26, 2009 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:13 PTG
  • Manusio beghuboh gapo hok dio ado, pengalame hok dio ghedoh, nak tokse,dale tok seda, uboh peghanga manusio jadi lagu lain, nok x se…
  • Hidu’ buke ‘badi. Tok kisoh sapo kaloh sapo mene. Hidu’ ni ujie. Nak caghi sapo terbaik, As-sanitaqwim…Makhluk terbaik asal kejadie manusio. Manusio terbaik, manusio guno, wi paedoh, wi manafaat ko manusio lain.
  • Lagu mano nak uboh oghe lain, tok leh…Kito oyak jah, nak beghuboh ko tok se, kijo tue tubuh. Kalu dio tok se kito nok wat ghano…Ado hok lagi besar, hok lagi tau bakpo…
  • Denga namo Allah ye Maha Genius, cipto manusio jadi genius. Maha Besar, dio cipto manusio supayo uboh sejaghoh, cipto sejaghoh.
  • Setia’ oghe lahir atah pitroh. Sabdo nabi “Pitroh maknonyo suci, baik, indoh. Selut koto sebab nisto sebab doso.” Maknonyo maso kito tubik atas dunio ni, kito dale keadae tak dok doso.
  • Tapi bakpo manusio jadi jaha’, perosok dunio. Ado bendo, ado sebab. Lingkunge…Lingkunge hok ngaja dio tok sempurno, tok seimbe.
  • Bakpo kito beghani masuk kande ghima. Hok bena ko kito??? Sejato gapo hok kito ado??? Tapi kalu ghima ghama-ghama masuk kande kambing. Dale kande dio nok ngembek ko ngaum???
  • Tapi bilo kito cayo male jadi sie, kade-kade kito keno beghani buat segalo bendo demi tuhe.
  • Aku mahu laghi daghi segalo galo. Hidup pege aku. Mahu tok mahu aku ikut. Sedar tok sedar, aku kaloh.

Cinta, Perempuan & Lelaki

  • Aku tok cayo cinto sebab aku tok peghenah raso. Ni, kali ni, aku ghaso ni la utuk petamo kali aku ghaso ado… Aku mau tau…Aku cumo mau tau…
  • Perempuan aku tok napok lebih daghi baghe, tok lebih…Kalu kito panda tawa, boleh beli lebih rendoh daghi moda…Lelaki mace aku cuma pendorong…
  • Raso kepuase kito memburu. Aku cari ye aku raso ame. Aku ghosokke. Aku ye ko boleh ludoh. Aku tok tau mahu ketawo atau untuk apo aku tulih…Aku tulih…

>> Adakah bercinta hanya kerana mahu tahu??? bercintalah kerana Allah…Jangan cinta berlandas nafsu semata-mata….

>>Sedarlah perempuan, jangan biarkan lelaki menganggap dirimu seperti barang. Jadi lah insan berharga punya maruah. Yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit…

>> Wahai lelaki, jangan kau buru dunia semata-mata, jangan ko rosakkan masa depan generasi mu… Sesungguhnya tugas mu amat berat…untuk menjadi pemimpin yang membawa manusia lain berjaya di dunia dan akhirat.

salahkah aku wahai sahabat

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:12 PTG

Salahkah aku wahai sahabat
salahkah aku menegur mu
salahkah aku mengingatkan mu
tentang tanggungjawab kita

aku insan biasa
punya kekurangan
punya perasaan

memang salahku memarahi mu
memang salahku menengking mu
maafkan aku wahai sahabat
aku tak dapat kawal amarahku
aku tak dapat kawal diriku
dari pujukan syaitan dan nafsu

aku memang insan yg lemah
tapi bagiku
antara tanggungjawab seorang sahabat
atau tali persahabatan yang terjalin
tanggungjawab lebih penting
aku cuma mahu mengajakmu lebih bertanggungjawab
aku tak mahu kau mendapat susah di kemudian hari
aku mahu jadi sahabat sejatimu

biarlah kau sisihkan aku
biarlah kau putuskan persahabatan ini
biarlah kau membenci aku
aku terima
aku rela
kerana aku pasti
suatu hari nanti
kau pasti faham

Masa Vs Emas

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:10 PTG

Ada orang kata
masa itu emas
tapi bagi diriku
masa dan emas berbeza
masa lebih berharga
masa tidak boleh dijual beli
masa hanya berlalu sekali
masa tidak akan menunggu kita
hanya kita yang menunggu masa

masa akan terus berlalu
tanpa kita menyedari nilainya
lalu kita terus leka
leka dalam kelalaian
hanya bila masa sudah berlalu
baru kita sedar
kerugian yang kita alami
kerana masa tidak boleh diundur
dan kita x mungkin dapat mengubahnya

andai emas didepan mata
tak mungkin kita mempersiakannya
kita akan gunakannya sebaiknya
kita bentukkan ia secantik mungkin
kita menjaganya sebaik mungkin
hanya kerana kita tahu nilainya

bagi masa
menyesal kemudian tiada gunanya
kerana masa tidak dapat diubah
bagi emas
menyesal kemudian ada gunanya
kerana ia boleh dicairkan semula
jadi masa jauh lebih bernilai
hargai masa
gunakannya sebaik mungkin
moga x menyesal dikemudian hari

Hidup dan Perjuangan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:09 PTG
hidup dan perjuangan
tidak dapat dipisahkan
saling memerlukan
saling melengkapi
saling menyempurnakan

hidup itu indah
perjuangan itu pahit
tapi
dihujung hidup itu derita
kerana mati itu sakit
dihujung perjuangan itu bahagia
kerana itulah yg terbaik

kita berjuang untuk hidup
kita takkan hidup tanpa perjuangan
kerana hidup banyak cabaran
kerana hidup penuh rintangan
kerana hidup perlukan pengorbanan

kita hidup untuk berjuang
apa guna hidup tanpa perjuangan
seperti hidup tanpa matlamat
seperti hidup dalam angan-angan
seperti hidup orang gila

kita berjuang untuk hidup
kita hidup untuk berjuang
hidup dan perjuangan
akan terus bersatu
dalam diri manusia berakal
demi sebuah kebahagiaan
dalam sebuah kehidupan

Air Mata

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:07 PTG

Air mata
air dari mata
terus ke pipi
mengalir bila diperlukan
berhenti bila tidak diperlukan

Air mata
adalah air yang paling berharga
jika ia keluar pada keadaannya
ia bisa memadam api neraka
jika ia mengalir kerana keinsafan
tulus dari hati nurani
menginsafi segala dosa mu
menginsafi kesalahan lalu
mensyukuri nikmat kurniaanNya
mensyukuri apa yg kita ada

Air mata
dapat mencuci mata
bila habuk mengaburi pandangan
dapat meluah perasaan
bila sedih terpendam dihati
dapat membersihkan hati
bila kesesalan menyelubungi diri

Air mata
biasanya dikaitkan dgn perempuan
tetapi lelaki juga mempunyainya
kerana manusia punya perasaan
x kira lelaki atau perempuan
cuma perempuan suka meluahkan
cuma lelaki suka merahsiakan
hanya itu yang membezakannya

Air mata
gunakan ia sebaiknya
jangan dipersiakan walau setitis
nilainya terlalu tinggi
kerana ia air yang istimewa

MANUSIA SUDAH BERUBAH

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:04 PTG
manusia
bila zaman telah bertukar
cara hidup mu telah berubah
tapi sayang seribu kali sayang
dalam mengejar kejayaan duniawi
dalam mengejar harta kekayaan
kau telah tertinggal sesuatu
sesuatu yang amat penting
amat penting dalam dirimu

dulu
kau pegang pada janji mu
kau jujur dalam kata mu
kau amanah dalam tugasmu
kau sabar dalam hatimu
kau ikhlas dalam pemberianmu

tapi
sekarang kau sudah berubah
jauh bezanya dari yang dulu
mana janji mu yang kau kotakan
mana kejujuran mu yang kau lafazkan
mana amanah mu yang kau pegang
mana sabar mu yang kau simpan
mana keikhlasan mu yang kau berikan
mana hilangnya nilai murni tu?

manusia
cuba kau ingat kembali
cuba kau imbas semula
zaman sebelum kau berubah
sebelum harta kekayaan menjadi matlamat hidup mu
semasa nilai murni menjadi pegangan hidup mu
kau lebih bahagia daripada sekarang
hatimu lebih tenang daripada sekarang
rezeki mu lebih berkat daripada sekarang
tapi kenapa kau pilih cara sekarang?

memang benar
zaman sekarang wang sangat penting
semua orang sibuk mengumpul harta
orang kaya disanjung dihormat
orang miskin dikeji dihina
tapi ingat duit tidak mampu membeli segalanya
tidak mampu membeli kabahagiaan
tidak mampu membeli ketenangan
tidak mampu membeli keberkatan
apa guna kekayaan
kalau hidup tidak bahagia
kalau hati tidak tenang
kalau rezeki tidak berkat

Ingatlah
sejak dari kecil lagi
kau telah dididik oleh ibubapamu
kau telah diajar oleh gurumu
tentang nilai murni ini
agar ia menjadi pegangan hidupmu
dalam dunia yang penuh cabaran
dalam kehidupan penuh liku

manusia
sedarlah akan nilai murni itu
ia amat penting dalam kehidupan ini
amat penting dalam mengapai kejayaan
jua amat penting untuk kebahagian
tidak salah kau mencari kekayaan
tapi dalam mencari kekayaan duniawi
nilai murni jangan kau abaikan
selarikan kedua-duanya
agar kau berjaya dan bahagia
di dunia juga akhirat

eRa PeRGauLaN TaNPa SeMPaDaN

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:46 PTG

dalam era globalisasi
era dunia tanpa sempadan
era yg telah disalah guna
jadi era pergaulan tanpa sempadan
sempadan pergaulan antara 2 jantina
lelaki dan perempuan….
sudah tidak dihiraukan lagi

kita orang melayu
ada adab dan ada agama
adab dan agama telah membataskan
pergaulan antara lelaki dan perempuan
dalam bergaul perlulah kita ingat
agar barat x jadi ikutan
agar maksiat x terus berleluasa

kita orang islam
ada dosa sebagai balasan
ada kehidupan setelah mati
agama kita telah mengharamkan
bersentuhan antara ajnabi
kenapa kita takut jika tersentuh anjing
tapi x takut menyentuh ajnabi kita
padahal kalau anjing boleh disamak
kalau ajnabi hanya taubat menghapus dosa

di era ini
manusia sudah hilang malu
akal dan iman ditolak tepi
hanya nafsu pemandu diri
dosa besar dianggap biasa
anak haram lahir merata
punah ranah generasi kita
angkara cinta kerana nafsu
bukan cinta berlandas islam

manusia era ini
minda dibuka seluas luasnya
yang haram dianggap halal
orang nasihat dia diperlekehkan
katanya manusia kubur lain2
tapi bila dtimpa bala
semua yang kena
sebab hidup perlu saling mengingati
bukan hanya jaga diri sendiri
kerana kita adalah saudara
anak Adam dan juga Hawa

Gadis Melayu VS Gadis Moden

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:43 PTG

Gadis Melayu

Lemah lembut tutur katanya,
Sopan santun jadi amalannya;
Baik pula budi pekertinya,
Gadis melayu itulah gelarannya.

Adat melayu zaman berzaman,
Tangan diguna untuk makan;
Tidak luput ditelan zaman,
Menjadi amalannya ketika makan.

Hidangan nasi diletak tepi,
Nasi adalah makanan kegemarannya;
Aurat dirinya dijaga rapi,
Kurung dan kebaya pakaian hariannya.

Bila berkawan ada batasnya,
Antara lelaki dan juga perempuan;
Sifat malu pelindung dirinya,
Menjaga kesucian seorang perempuan.

Hidup melayu kerana berjuang,
Gelaran gadis bukan penghalangnya;
Gadis melayu juga berjuang,
Agama dan bangsa asas perjuangannya.

Bukan seperti si tanggang derhaka,
Dia kenal asal usulnya;
Bukan menjadi anak derhaka,
Dia balik bawa kejayaannya,

Segala kebaikan ada padanya,
Itulah dia gadis melayu;
ramai teruna mengidamkannya,
Masih adakah gadis melayu???


Gadis Moden

Kasar dan kesat tutur katanya,
Sopan santun tiada dalam dirinnya;
Buruk pula budi pekertinya,
Gadis moden itulah gelarannya.

Adat barat menjadi ikutan,
Sudu garpu untuk makan;
Makan banyak bertan-tan,
Menjadi amalannya ketika makan.

Hidangan nasi diletak tepi,
Makanan barat jadi kegemarannya;
Aurat dirinya diletak tepi,
Pakaian seksi pakaian hariannya.

Bila berkawan tiada batasnya,
Antara lelaki dan juga perempuan;
Sifat malu tiada dalam dirinya,
Tergadainya kesucian seorang perempuan.

Hidupnya hanya untuk duit,
Gelaran gadis dipergunakannya;
Sanggup menjual maruah demi duit,
Gadis murahan sesuai baginya.

Dia seperti si tanggang derhaka,
Tidak kenal asal usulnya;
Dia menjadi anak derhaka,
Dia suka memalukan keluarganya,

Segala keburukan ada padanya,
Itulah dia si gadis moden;
Ramai teruna suka mempermainkannya,
Maruah diri tiada padanya.


sy rasa sy bukan kedua-duanya....hahaha...
anda rasa anda yg mana???



Pemindahan blog

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:34 PTG
sebelum ni sy ada buka 1 blog kat friendster...
skrg...sy akan letakkan semua yg sy dah postkan kat ctu ...
sy akan letak di sini...
jangan terkejut plak...tetiba sy jadi puitis lak...
hahaha....
selamat membaca....

Mencari Kesempurnaan Menggapai Kebahagiaan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:38 PTG

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


hehe...mesti korang tetanya-tanya...apa maksud
'Mencari Kesempurnaan Menggapai Kebahagiaan'
bagi sy benda tu sangat memberi makna dalam hidup sy...
itu adalah matlamat hidup sy....
sy ulas dulu pasal mencari kesempurnaan...
semua orang nak jd sempurna...x nak ada kekurangan...
jd dalam hidup ni misi kita nak jadi sempurna...dari segala aspek..
x nak langsung ada kekurangan dalam hidup ni...
kalu boleh nak jadi insan terbaik di dunia ni....hahah....
tp kita ni hanya insan biasa....punya kekurangan...
dalam hidup kita ni...ada benda kita boleh ubah...ada benda yg x leh...
jadi selagi kita boleh ubah...kita ubah jd terbaik...untuk capai kesempurnaan...
sepanjang hidup ni kita cari kekurangan dan jadikan ia sempurna....
kita cari sebanyak mungkin kesempurnaan yg kita boleh dapatkan....
hakikatnya...kita x mungkin menjadi sempurna dalam hidup ni...
sebab kita hanyalah makhluk yg lemah....
hanya Allah yg sempurna....

Ok...pasal menggapai kebahagiaan plak....
sy tanya...siapa x nak bahagia????
mesti semua orang nak bahagiakan...
nak bahagia di dunia dan akhirat.....
walau kita ada segala2nya dlm hidup ni...
kalu org tgk kita...org kata kita ni cukup lengkap...sempurna...
tp kalu kita x bahagia...segala2 nya x berguna...
x sempurna hidup kita tanpa mengecapi bahagia...
bahagia ni datang dari hati ...bila hati kita senang...
x kisah la kita susah ker...terseksa ker...sakit ker...yg penting kita bahagia...
apa guna harta, apa guna sihat, apa guna darjat, apa guna cantik, apa guna kejayaan...
kalau hidup kita x bahagia..
kebahagiaan x boleh dijual beli....x boleh di tukar ganti....
mungkin kita x bahagia di dunia....tapi kalu kita dapat harungi hidup tu dgn tabah...
pasti kita dapat bahagia di akhirat...
kita sanggup buat apa saja untuk dapatkan kebahagiaan tu....
yang penting bahagia...

Salam Pembukaan...

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:05 PTG
Asslamualaikum...
hehe...Dengan ini sy merasmikan blog ni...yang sy buka hari ni...
Blog ni sy hasilkan semasa sibuk dengan projek...
Detik penghasilan blog ni ialah...
Ketika sy tgh tunggu prof kamal menghabiskan kuliah kat JKMB lab...
sy nak guna komputer dalam tu...nak lukis inventor...
wawawa....nampak macam kuliah tu habis bila makmal ni ditutup...
sia2 lah penantian sy ni.....
Blog ni sy akan muatkan apa yang terlintas di kepala sy....hehe...
Pasal diri sy??? nanti kalu ada mood sy akan ceritakan....
Sekian untuk post pertama ni...hehe