Apa kelebihan lelaki?
Khamis, Januari 27, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:18 PTG
tu baru pengenalan... ni baru benda yang ada kat benak aku... bukan aku nak rendahkan mereka... tapi... aku cuma mahu bertanya... mengenali dengan lebih banyak spesis ini... selalu bermain difikiranku.. kenapa aku kena kawin dengan lelaki... apa bestnya lelaki... rasa macam best kalau aku dapat kawin dengan perempuan... boleh tolong masakkan untuk aku... boleh tolong basuh baju aku... kira uruskan hidup aku la... biar lagi tersusun...
body cutting perempuan pun cantik... ada banyak curve... lelaki.. best apa... macam tiang jer... straightnya... keras plak tu penuh dengan otot... perempuan lembut jer kulitnya... gerak langkah pun lemah gemalai.... suka tengok perempuan lembut... macam gadis melayu terakhir... hahaha... kalu aku tenung perempuan... kawan aku cakap macam mereka ditenung lelaki... yang pakai seluar pendek pun cepat cari seluar panjang... takut tenung dengan aku...hahahah.. selamat mata aku dari tengok aurat mereka...
untuk apa lelaki ni yer? kalau nak cakap lelaki ni bertanggung jawab? berapa kerat jer yang bertanggung jawab... banyak yang suka lepas tangan... nak cakap lelaki boleh jaga keselamatan perempuan... perempuan pun ada yang pandai seni membela diri... lelaki yang ambik kesempatan pun banyak.... nak cakap lelaki pandai dalam ilmu agama? bukan ker ramai juga ustazah yang ada.... yang aku nampak lelaki pandai dalam repair komputer dan kenderaan... perempuan pun boleh buat kalau belajar...
jadi apa kelebihan lelaki... aku mesti jawab... sebab aku yakin pasti ada jawapannya... kalau tidak masakan Allah suruh perempuan kawin dengan lelaki... dan jadikan lelaki sebagai pemimpin keluarga... tapi lelaki sekarang banyak yang tak berkualiti... nak lelaki berkualiti... aku ni berkualiti sangat ker? kata kawan aku... jangan mengharap lelaki sehebat Ali kalau diri tak sehebat Fatimah... dah la biasa lelaki berkualiti ni dah kena cop awal2... tok sah duk kata lelaki berkualiti la... yang mangkuk hayun kata orang utara pun dah siap dibook... masa aku study lagi... almaklum lah... bakal engineer mekanikal... kalau bertuah dapat oil and gas.... sape tak nak...walaupun cap belakung...
aku ni merepek apa entah... tapi aku sangat yakin... suatu hari nanti... aku akan dapat jawapannya... minta maaf la mana2 lelaki yang terbaca post ni... aku bukan nak mengata korang... aku cuma cakap apa yang aku lihat.... sejak aku mengenali lelaki 4.5 tahun lepas... aku cuma taip apa yang aku rasa... bukan niat aku nak samakan lelaki dengan perempuan... cuma aku tak nampak lagi kelebihan korang yang ketara... yang kami tak mampu buat....