Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Hidup Satu Cabaran

Rabu, Ogos 04, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:45 PTG
"aku cabar kau"... satu ayat yang biasa didengar...
tapi biasanya cabaran yang diberikan adalah cabaran bodoh yang tiada manfaatnya...
"aku memang pantang dicabar"... satu lagi ayat jawapanya....
tapi benarkah kita mampu dan tak takut dicabar..
bagaimana pula kalau kita dicabar ujianNya dalam kehidupan ini...
mampukah kita menghadapinya dengan redha??? pasrah??? dan syukur???
cakap di mulut memang senang... bila kena batang hidung sendiri...
sibuk nak salahkan takdir... salahkan tuhan... salahkan diri...
akhirnya nak bunuh diri...hahah .. melampau la plak...
apa yang mahu saya rungkai disini...
macam mana kita nak hadapi cabaran ini dengan tenang...

hidup ini penuh dengan cabaran kerana hidup ini ujian...
macam yang pernah saya sebut dalam blog ni dulu...
kita dihidupkan untuk diuji...
perumpamaan nya... manusia menguji benda yang direka sebelum dipasarkan..
pelbagai ujian yang dijalankan... andai benda tu gagal...
buang jer la dalam tong sampah (neraka)..
kalau... benda tu rosak tapi boleh dibaiki lagi...
masuk jer dalam bengkel jap... pastu dikeluarkan semula...
setelah siap diperbetulkan (masuk neraka pastu masuk syurga)...
kalau memang betul elok... dikeluarkan terus la ... (syurga)
apa aku merepek ni... cakap pasal cabaran... pastu masuk topik lain plak...
entah betul entah tidak aku cakap ni...

ok balik pada cabaran...
cabaran kehidupan datang silih beganti...
emmm... contohnya dalam kehidupan aku ni...
dulu aku tak suke beberapa subjek ni...
tetiba aku sambung belajar melibatkan semua subjek yang aku tak suka tu...
subjek yang aku tak pandai...
macam mana aku nak hadapinya....
kena positifkan pemikiran.. fikir apa hikmahnya??
fikir punya fikir... aku rasa... aku boleh tingkatkan pengetahuan dalam subjek tu...
kira subjek yang aku ok tu... biarlah... baiki yang lemah...
nanti boleh power dalam semua bidang...
isk...perasan la pulak....
moga2 Allah bantu aku menghadapinya,..
Kuatkan aku..rajinkan aku...permudahkan urusanku...
demi merealitikan sebuah fantasi...

aku post ni pun nak naikkan semangat aku..
untuk mencari kekuatan...menempuh cabaran...mencari ketenangan..
banyak lagi cabaran yang bakal dilalui...
banyak sudah cabaran yang telah diharungi...
itulah lumrah kehidupan...
penuh dengan cabaran... yang penting kita sanggup mengambilnya sebagai cabaran...
Yeah... Aku pantang dicabar... Aku terima cabaran kau, Kehidupan...