Manusia atau Haiwan kah Yang BerAKAL?
Sabtu, Ogos 21, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 2:23 PTG
disini saya nak ulas pasal perkara diatas... kucing yang tidak mempunyai akal... maka dia tidak mampu menilai yang mana salah dan yang mana betul...dia langsung tidak mengetahui bahawa mencuri tu satu kesalahan... yang dia tahu hanyalah... dia lapar dan memerlukan makanan... lalu dia mengambil ikan itu untuk mengisi perutnya yang kosong...dalam keadaan dia tak berniat pun nak mencuri atau membuat kesalahan... tapi nasibmya malang... dia tertangkap oleh seorang manusia kejam... dihukumnya kucing itu dengan dikeratnya kedua-dua belah kaki depan kucing tersebut sehingga tidak tinggal sedikit pun... memang kejam.... kalau nak kerat pun keratlah bawah jer... sekurang2nya kucing tu boleh jalan lagi... kini kucing tu hanya mempunyai sepasang kaki belakang sahaja...
manusia yang berakal... tahu menilai yang mana betul dan yang mana salah... tahu mencuri itu adalah satu kesalahan... tahu merahsuah itu satu kesalahan... tapi tetap melakukannya juga untuk mengejar kemewahan dunia... padahal banyak lagi kerja lain yang boleh dilakukan kalau sekadar nak menyara keluarga tu.... tapi apa hukumannya? untuk manusia yang tahu mencuri itu salah dan tetap juga melakukannya... mereka hanya dipenjara... diberi tempat tinggal iaitu penjara... dan diberi makan...
bukankah manusia yang mencuri itu tahu mencuri adalah satu kesalahan tapi tetap juga melakukannya... manusia ini sepatutnya diberi hukuman yang lebih berat berbanding haiwan yang mencuri kerana dia tidak mengetahui mencuri adalah satu kesalahan... andai hukuman kepada manusia yang mencuri itu diberi kepada kucing itu... pasti bersyukur kucing itu kerana diberi tempat tinggal dan makanan... pastinya ia tidak akan lagi mencuri... tetapi manusia tetap alpa... lepas keluar daripada penjara mencuri lagi...cuba tengok pula hukuman yang diberikan pada kucing itu... sungguh berat... hukum hudud dikatakan kejam... padahal hukum hudud... tangan yang dipotong hanyalah sebelah... dan setahu saya bukanlah sehingga seluruh tangan dipotong...dan memang layak manusia yang sudah tahu mencuri itu satu kesalahan tetapi tetap juga mencuri...menerima hukuman tersebut.... bukankah hukuman pada kucing itu lebih kejam???
ini hanya sebuah kisah dari berjuta kisah manusia kejam dalam dunia itu... kisah penganiayaan binatang cukup banyak... binatang seolah-olah tiada nilai dalam hidup manusia...kaedah untuk menyembelih ayam yang mengunakan kejutan elekrik dahulu untuk melemahkan ayam.... bukankah itu satu kekejaman... penyeksaan terhadap binatang.... kalau ayam tersebut tidak dilemahkan dahulu... sembelih dengan cara yang islam ajar... ayam tersebut tidak akan merasa sakit kerana ayam akan koma terlebih dahulu apabila kekurangan darah di otak... setahu saya... kalau silap tolong betulkan...haiwan hanya hidup sekali sahaja... iaitu di alam dunia ni...dalam kehidupannya yang sementara ni... biarlah dia hidup bahagia.... jangan sengsarakan mereka... kalau tidak anda akan sengsara di kehidupan anda yang kedua iaitu akhirat yang kekal selama-lamanya...kerana menyeksa binatang itu berdosa...
tapi saya tidak hairan la macam mana manusia yang sepatutnya berakal... tetapi tidak menggunakan akal... mendera binatang yang pada mereka tiada nilai...cuba kita lihat fenomena hari ini... hari-hari... berapa banyak bayi di bunuh dan dibuang oleh ibu mereka sendiri... itu tak termasuk yang digugurkan dalam kandungan lagi....sepatutnya ibu dan bapanya yang direjam sampai mati... atau disebat 100 kali... tapi anaknya pula yang tidak bersalah dibunuh.....tapi syukurlah bayi itu mati dalam keadaan bersih putih...tidak akan dihukum di hari akhirat...dan tidak sempat melihat dan mengenali manusia di atas dunia yang sungguh kejam ini...kerana mereka adalah salah seorang dari mangsa kekejaman....sedangkan haiwan cukup menyayangi anaknya... anaknya... dilahirkan dan dibesarkan sehingga dewasa... cuba lihat sahaja kucing... walaupun mereka ibu tunggal(kucing jantan tidak akan menjaga anak mereka)... mereka melindungi anak mereka daripada dibunuh kucing jantan...mereka memberi susu dan membersihkan anak mereka setiap hari...cuba lihat pula burung... mereka sanggup pergi mencari makanan dan dibawa pulang untuk disuapkan kepada anak2 mereka...
lihat... lihat.... buka mata seluas-luasnya.... cuba renungkan sikap manusia hari ini dan sikap haiwan.... cuba jawab persoalan saya... Manusia atau Haiwan kah yang BerAKAL?