Maafkan Aku
Khamis, Ogos 12, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:47 PTG
Aku hanya insan biasa
Tak lepas dari membuat silap
Tak mampu untuk menjadi sempurna
Maafkan aku
Hatimu aku lukakan
Perasaan mu aku sakiti
Sesungguhnya bukan ku sengaja
Tapi kerana kekhilafanku sendiri
Maafkan aku
Memang silapku
Memang salahku
Tak adil pada mu
Tak memahami dirimu
Tak matang dalam berfikir
Kerana aku baru belajar mengenal dunia
Kerana aku baru belajar memahami kehidupan
Tunjukkan aku bila aku silap
Nasihatkan aku bila aku salah
Aku perlukan tunjuk ajarmu
Bukan hukuman darimu
Maafkan aku
Aku cuba jadi terbaik yang ku mampu
Aku mahu cuba jaga hatimu sebaiknya
Itulah janji ku
Aku sanggup buat segalanya
Asalkan dirimu mahu memaafkanku
Selagi dirimu tak memaafkanku
Selagi itu aku memohon maaf darimu
Tanpa kemaafanmu
Jiwaku tak mungkin tenang
Segala yang ku lakukan rasa tak kena
Maafkan aku
Aku benar-benar memohon darimu
Maafkan aku....