Semangat
Selasa, Ogos 10, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 4:05 PTG
Membakar seluruh jiwa
Membina sebuah impian
Dalam sebuah perjuangan
Kini semangatku menghilang
Ditengah sebuah perjuangan
Entah kemana ia pergi
Aku tercari-cari
Lunturnya ia dalam diri
Cuba ku tiupkan semula
Tapi tidak semarak dulu
Mati kembali ditiup angin
Hilangnya semangat perjuangan
Hilanglah kekuatan aku
Untuk aku terus berusaha
Untuk aku terus berjaya
Ya Allah...
Kuatkan aku...
Moga aku terus dalam perjuangan ini
Bukan terkeluar dari landasannya
Bukan berakhir di tengah jalan
Wahai semangat juangku
Kembalilah kau kepada ku...