Rindu
Ahad, Ogos 01, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:16 PTG
Hatiku terasa rindu
Rindu akan kedamaiannya
Rindu akan suasananya
Rindu padanya
Walau kini sudah ada penggantinya
Walau bukan ku cari penggantimu
Cuma keadaan yang memisahkan kita
Mungkin kau tidak merinduiku
Tapi aku amat merinduimu
Hari ini ku melepaskan rindu
Yang terbekam dihati ini
Yang memenuhi batin ku ini
Yang menjalar ke seluruh fikiranku
Tapi masih tersisa rindunya
Aku masih rindu padamu
Lain kali kitakan ketemu lagi
Untuk aku mengurangkan rindu ini
Sehingga aku tiada lagi di dunia ini
Hanya kau yang menjadi saksi
Betapa aku merinduimu...