Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Si kecil itu

Selasa, Julai 26, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 11:43 PTG
Si kecil itu
Sungguh tabah hatimu
Sungguh kuat semangatmu
Sungguh tebal  imanmu
Kecacatan bukan penghalang bagimu

Si kecil itu
Biar kau susah bergerak
Biar tak mampu untukmu berdirĂ­
Kau sungguh berbeza
Si kecil lain sibuk bermain
Bergurau senda sesama taulan
Tetapi kau tetap fokus dengan amalmu

Si kecil itu
Bergerak perlahan dalam kepayahan
Di rumah Allah yang sungguh mendamaikan
Menunaikan solat bersama imam
Sedang ramai pemuda diluar sana
Sihat tubuh badan dan waras akalnya
Terus lena diulik fatamorgana dunia
Tidak malukah kamu pemuda?
Kau punya segalanya
Tapi kau lupa pada Yang Memberi

Si kecil itu
Aku sungguh kagum dengan mu
Kecacatan mu tidak menjauhkan dari Allah
Malah lebih mendekatkan mu denganNya
Kau mengajar aku erti sabar
Menempuh segala ranjau kehidupan
Kau mengajar aku erti syukur
Dengan segala apa yang kita ada

Si kecil itu
Kaulah pejuang mujahid harapan
Andai nanti aku dikurnia
Seorang putera penghibur hati
Moga ia seorang mujahid sepertimu...

Merindui Kehidupan Dulu

Ahad, Julai 17, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 8:27 PTG
Aku merindui sesuatu...
Sesuatu yang menjadi milikku dulu...
Ketenangan jiwa... keamanan hati...
Paling aku rindu kehidupan aku di matrikulasi...
Kehidupan yang penuh dengan budaya ilmu...
Tidak aku siakan walau sedetik waktuku...
Dari mata terbuka hingga terpejam semula...
Cerdas minda... cergas fizikal.. sihat rohani...
Di tengah malam lepak bersama rakan...
Minum air teh O bersama biskut kering berbual dan bermain...
Untuk menenangkan otak yang tegang belajar..

Bila masuk ke universiti...
Susah untuk aku mengamalkan kehidupan itu...
tapi syukur... setelah 2 lebih tahun hatiku gundah...
berjaya aku kembali mendamaikannya..
mungkin kerana adanya laptop ini...
kebebasan aku meneroka dunia tanpa sempadan..
Mungkin membuatkan aku leka  dalam dunia maya..

Aku memang tak mampu hidup tanpa kebahagiaan...
Telah 6 bulan aku merindui kehidupan universitiku...
Kerana telah 6 bulan aku memulakan hidup baru...
Hatiku meronta rindukan sesuatu...
Alhamdulillah... Cintaku tetap bersama aku...
Semalam rindu ku terubat...
Hatiku kembali tenang...
Moga hari esok masih ada untukku...
Melalui kebahagiaan dalam kehidupan...

Perlukah pendidik bergaya?

Rabu, Julai 13, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:58 PTG
Mula-mula saya nak minta maaf kalau post ni agak emosi sebab saya memang tengah emo masa menaip post ni. Aku tengah geram orang duk sibuk dengan beg pikul aku... ikut suka aku la nak pikul batu ker pikul beg... ker nak junjung beg... ada aku kisah dengan korang... aku pakai beg pikul orang kata aku ni macam budak sekolah... tapi kalau aku tak bersama beg pikul aku pun pelajar cakap aku ni macam budak sekolah menengah... dah awet muda nak buat macam mana...(berapa kali dah aku ulang ayat ni)... lain kali jangan duk sibuk sibuk lagi dengan beg aku... x kisah la korang nak anggap aku buat publisiti murahan dengan beg pikul aku ker... sekurang-kurangnya aku tak buat publisiti murahan dengan menjual maruah ada aurat aku... dah la... lagipun aku mana ada aset kecantikan nak buat publisiti murahan menggunakan penampilan yang gedik dan mengoda... masa sekolah dulu pun orang kenal aku sebab aku suka lari... jadi.. aku terima diri aku yang pelik... korang pun kena terima la kepelbagaian dalam kehidupan....ahhh... geram aku....

ahh... berbalik kepada tajuk... perlukah pendidik berpenampilan menarik atau pendek katanya bergaya.... pada aku... TAK PERLU... kita bukan nak tarik pelajar untuk melihat kita tapi kita nak tarik pelajar mencintai ilmu... itu lebih penting... kalau pendidik bergaya... adakah pelajar akan memerhati apa yang diajar atau apa yang dipakai oleh guru mereka... (tetiba teringat pula zaman belajar di universiti... duk tilik perut pensyarah lelaki... siap ambik gambar lagi perut buncit...hehe... jahat betul aku and the geng... )

tengok kepada  penampilan cikgu-cikgu sekarang... semua sibuk duk  bergaya kalah model-model... bak kata orang... biar papa asal bergaya... betulkah? antara sebab cikgu sibuk duk bergaya sebab takut kalah dengan student... aish... saya tak setuju... buktikan kecemerlangan kita dengan ilmu dan hasil kerja yang kita mampu lakukan bukan dengan penampilan dan gaya...

pada aku... kalau aku jadi pelajar... penampilan guru tu tak penting... asal dia banyak ilmu... banyak pengalaman ... bersungguh dalam mendidik... bersikap keibubapaan (prihatin)... itu sudah cukup baik... kalau cikgu tu bergaya... saya tak dapat apa2 manfaat pun sebagai pelajar... jadi apa guna? tambah-tambah kalau saya ni lelaki dan cikgu tu perempuan... bayangkan cikgu tu bukan main bergaya... pakai baju  ketat... pakai high heel bunyi pelepuk pelepak... jalan pulak tonggek kekanan kekiri... bayangkan masa cikgu tu menulis kat white board (kalau dulu blackboard)... angkat tangan kekadang terangkat nampak pinggang... uish... mengancam nafsu sungguh... nanti cikgu jadi bahan bayangan lucah untuk pelajar... maklumlah lelaki ni fantasi lucah dia tinggi....hati-hati yer pendidik semua...

mahu saya kata... pendidik bukan model lucah... pendidik bukan pelacur... pendidik adalah orang yang mendidik generasi pada masa hadapan... jadi pendidik hendaklah menunjukkan contoh terbaik buat pelajarnya... untuk memastikan generasi masa depan yang terbaik... untuk apa bergaya? untuk menggoda pelajar menjadi suami? tahukah anda... ada satu kes.. pelajar lelaki x boleh jawab exam sebab pelajar kat depan dia seksi... jadi agak-agak kalau pendidik yang seksi dan bergaya ada kat depan kelas... bolehkah pelajar lelaki menumpukan perhatian pada pelajaran atau hanya pendidik itu menjadi pelakon fantasi lucah pelajar? sila jawab soalan ini sendiri jika anda mahu berpakaian seksi ke kelas...

untuk menutup post ni.. saya tegaskan pendidik tidak perlu bergaya... hanya berserdahana dalam berpakaian... berakhlak dalam tingkah laku... bersungguh dalam mendidik kerana kita adalah cermin generasi yang akan datang... pesanan buat diri saya sendiri...

Pertemuan 2

Ahad, Julai 10, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:41 PTG
Sambungan dari  Pertemuan 1...

Dalam mengejar cita... kita dipertemukan...
Sebuah pertemuan menyimpul persahabatan,
Persahabatan terbina menjalin keakraban,
Keakraban kita penghubung ukhwah,
Ukhwah diperlihara hingga akhir hayat.

Bab 2 – Menjejak kaki


“Ada, tu la fakulti Ada nanti..” Kata Kak Aya sambil menujukkan sebuah bangunan putih tersergam indah dihadapan sebuah tasik...

“Wah, cantiknya... tak sabar Ada nak belajar kat situ.”

“ Tempat dah cantik... Ada kena la belajar rajin-rajin biar dapat result macam kak Aya kamu tu..” Abah menyampuk sambil terus memandu kereta menuju kolej Kak Aya untuk mengambil semua barangan kak Aya memandangkan kak Aya sudah menamatkan pengajiannya di UKM.

“Kak Aya grad dengan PNGK berapa?” Aku bertanya kerana ingin tahu lebih lanjut...

“ 3.03”

“Eleh... cukup-cukup 3 jer... ingatkan tinggi” aku menyindir...

“eh... Kak Aya punya pointer kat matrik lebih tinggi dari Ada tau... ingat senang belajar engineering? Nak dapat pointer atas 3 pun susah... dapat atas 3 kira ok la ni... Kamu jangan duk eksyen sangat... Kak Aya ni ambik elektrik... Kalau mekanikal entah-entah lagi susah... sebab kawan kak Aya yang ambik mekanikal biasanya result diorang kurang dari 3...” kak Aya mula membebel...

“Entah betul entah tidak kak Aya ni..”aku cuba menyemarakkan lagi api kemarahannya...

“Betul la... apa yang tak betulnya? Kak Aya ni rajin study... kawan kawan Kak Aya cakap... sejuk perut ibu mengandung..... sebab Kak Aya sangat rajin study... kalau kamu yang pemalas tu tak tau la macam mana nanti... ikut suka kamu la nak percaya ker tidak...” Kak Aya dah macam merajuk...

“tak nak percaya.... tak nak percaya...”

“ish... kamu 2 orang ni tak boleh ker sehari tak bertekak... macam anjing dengan kucing... asyik nak bergaduh jer... dalam kereta pun gaduh... rimas ibu....dah... dah..jangan duk naikkan angin kakak kamu tu Ada...” Marah ibu.... ayah sekadar tersenyum...

“ tu la ibu.. entah Ada ni... orang bagi nasihat dia nak main main pula...” kak Aya memerliku

“ala... orang main- main pun nak ambik hati... susah betul cakap dengan orang sensitive ni...” aku cuba menegakkan benang yang basah...

“Udah la tu.... kang ibu suruh abah kamu ni turun kan kamu berdua kat sini...” ibu memberi amaran... Serentak dengan itu abah memberhentikan kereta kerana sudah sampai di kolej kediaman Kak Aya...

“dah sampai pun ibu... mesti la kena turun... ibu dan abah tak nak turun ker? Tadi kata nak turunkan Ada dan Kak Aya jer... hehe” aku cuba mengenakan ibu...

“ish... kamu ni... ada jer idea nak menjawab...” sindir ibu sambil tersenyum...

Aku memang begini... seorang anak yang nakal... nakalku mampu membuatkan orang lain tersenyum....

Bersambung...

Mungkin kita ditakdirkan untuk bertemu
Untuk menggenal erti persahabatan
Melayari kehidupan remaja bersama
Kerana persahabatan itu sebuah perkongsian

Wajarkah bahasa inggeris?

Sabtu, Julai 09, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 10:49 PG
Sem ni Ketua jabatan dah bagi amaran awal-awal ... ajar dalam bahasa inggeris 100%... semalam... aku dapat jumpa anak-anak PA aku... suruh mereka isi borang maklumat diri... dalam tu ada keputusan SPM... aku baca la yang mereka punya kat pejabat... tengok2... ramai betul yang bahasa inggerisnya dapat D dan E... macam mana mereka nak faham kalau aku mengajar dalam bahasa inggeris... rasa nak menangis rasa... waaa... nak buka kolej sendiri... tak nak guna sistem pendidikan kerajaan yang memartabatkan bahasa penjajah dan menghancurkan anak bangsa tu....

Aku cuma letak mereka di tempat aku... aku dulu SPM... dapat B3 bahasa inggeris... dah terngucap-ngucap dah belajar kat universiti... tu pun pensyarah aku ajar campur-campur... bukan 100% bahasa  inggeris... sibuk aku cari nota lama yang bahasa melayu untuk fahamkan... aku kira ok lagi... asas sains aku kira Alhamdulillah kukuh la juga... kurang-kurang tak faham bahasa ingeris boleh faham sainsnya...tapi mereka ni... result subjek sains pun teruk juga... macam mana nak belajar?

Jadi aku tak heran la kalau ramai yang sangkut tengah jalan... kerajaan tak kesian ker pada anak bangsa sendiri? bila IPT nak guna bahasa melayu.... aku tak sanggup tengok anak bangsa ditindas di negara sendiri... moga Allah kuatkan semangat aku... aku nak cuba minta dengan KJ ajar campur campur atau ajar dulu bahasa inggeris mereka tak faham... terangkan dalam bahasa melayu pula...InsyaAllah.... aku mahu yang terbaik untuk pelajar-pelajar aku... kerana mereka ada hak mencari ilmu dinegara sendiri...

Siapakah aku 2 ?

Isnin, Julai 04, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:05 PTG
Siapakah aku? yang pertama dah merungkai siapa ibubapa aku.... sekarang  saja nak nilai balik diri aku sendiri pula.... Aku bukanlah seorang anak yang baik.... aku seorang anak yang selalu melawan kata dan sangat suka menjawab serta memberi alasan... mungkin kerana aku dibesarkan dalam suasana demokrasi yang membenarkan aku memberi pendapat dalam perbincangan keluarga aku...

kalau nak bandingkan aku dengan kakak kakak aku... aku ni la yang paling susah dididik... suka sangat buat jahat... suka sangat kacau kakak2 aku... biasa la... orang pun kata... nak didik anak perempuan ni lagi susah dari jaga sekandang lembu.... tambah tambah anak perempuan yang degil macam aku ni... pening kepala mak bapak nak besarkan.....anak yang jahat... tapi moga nanti aku jadi anak solehah yer... insyaAllah...

melalui penulisan aku pun rasanya orang dah tahu aku ni anti sikit dengan lelaki... mungkin sebab tak biasa dengan lelaki kut... sebab aku dari sekolah rendah sampai menengah aku sekolah perempuan sahaja.... adik beradik aku pun kan  perempuan jer...pastu masuk u selalu lelaki buli kalau kerja berkumpulan... sebab lelaki banyak yang malas kerja... apa tak nya aku benci lelaki...

aku juga tak suka perempuan yang emo... sebab aku ni kurang sensitif sikit dengan perasaan... kekadang cakap tu pakai  lepas jer... laser la juga... malas nak berlapik ni... remeh... just say the true... salah ker? selalu orang kata aku seorang yang terlalu jujur... tapi sebenarnya aku ni kuat juga menipu kat alam maya... kalau alam biasa pun pernah gak menipu sunat...haha... terukkan aku ni... jujur itu sikap mulia...

apa lagi nak cerita pasal diri aku ni? tak tahu lah... yang pasti aku ni banyak jahat dari baik... macam mana lah kalau mati tak sempat nak bertobat... dah la kekadang macam berlakon pulak... tengok macam budak baik jer... innocent tapi hakikatnya... masyaAllah... hanya Allah jer tahu betapa teruknya aku sebenar... macam mana nak dapat cinta Allah kalau macam ni... kucing pun tak ingin nak bercinta dengan aku...hahaha...

Siapakah aku?

Sabtu, Julai 02, 2011 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 6:45 PTG
tetiba hari ni aku nak bercerita siapa aku sebenarnya...
bukan untuk mendedahkan diri sebenar aku...
cuma untuk mengenali diri sendiri kembali... kembali kepada sejarah...
aku cumalah anak bongsu dari 3 adik beradik dan semuanya perempuan...

aku anak kepada seorang guru bahasa inggeris sekolah rendah...
ayah aku.... sebelum kawin dengan mak aku ada buat batik cop...
tapi lepas kawin entah kenapa dia tutup syarikat dia.... nak fokus pada keluarga kut...
jadi ayah aku kerja kampung jer...kalau dapat duit dia bagi kat mak aku...
kira mak aku punca rezeki utama keluarga....
kalau duit dia tak cukup... dia minta balik duit dengan mak aku...
kira mak aku penjaga akaun keluarga la...
bak kata mak ayah aku sharing is caring....
ayah pernah kata buat apa malu kalau nak minta duit dengan isteri...
kalau bagi semua duit kat isteri maknanya kita bagi sepenuh kepercayaan pada isteri...
kepercayaan itu bukti cinta...
lagipun ayah aku ... tak pernah aku tengok dia beli apa2 untuk diri dia sendiri...
dia belanja semua untuk keluarga....
kalau nak tengok ayah pakai baju baru... mak yang tawarkan pada ayah...
nak tak beli baju ni... masa jalan-jalan kat supermarket sama-sama...

dengan hanya emak pencari rezeki utama keluarga...
emak pun lepasan maktab perguruan jer...
berapa la sangat pendapatan keluarga aku kalau nak kira...
tapi apa yang aku nak semua aku dapat... maklumlah anak bongsu...
kalau tak dapat pun... mak akan pujuk baik punya.,...
mungkin sebab desakan kewangan... aku dah dididik untuk hidup sederhana..
aku dididik.. untuk pakai jer apa yang ada... makan jer apa yang terhidang...
aku juga diajar untuk menabung dari kecil...
duit raya tak pernah aku gunakan untuk beli benda lain selain menabung...

bagus juga ayah tak kerja tetap...
mak pergi balik kerja masa mengandung ayah boleh jadi driver....
masa mak pergi kerja tak payah upah pengasuh ayah yang boleh jaga...
kalu ada orang lain jaga kami... mungkin kami bukan kami yang sekarang...
kerana pengasuh tak mungkin menjaga kami sebaik ayah jaga kami...
kalau mak mengajar sekolah pagi... makan tengah hari ayah yang masakkan...
sebab tu walaupun saya adik beradik semua perempuan...
sorang pun tak pandai nak siang ikan....sahkan nak memasak...
kami bukan dilatih untuk jadi suri rumah...tapi dilatih untuk jadi perempuan bekerjaya...
mungkin sebab didik oleh ayah sejak kecil...
perangai pun ganas ganas sikit....
semua ambik bidang kejuruteraan...
yang sulong software engineering, yang tengah electrical engineering dan aku mechanical engineering
kepakaran cukup kalau nak buat sekor robot...hahaha...

Dulu mak pilih ayah pun sebab agama yang ada padanya....
bukan kerana rupa dan harta yang ada pada ayah...
kata mak... ayah bukan hensem... kurus kering masa dulu...haha..
mak pilih ayah sebab ayah lelaki baik... selalu ke surau...
bukan macam lelaki kampung yang lain selalu lepak di warung kopi...
Kalau boleh aku nak cari suami yang yang macam ayah..
beragama... pandai menguruskan rumah dan anak-anak...
biar mak dan ayah kawin di usia yang lewat...
mereka ditemukan juga melalui kenalan...bukan dengan cinta...
mereka membina cinta dan bahagia lepas kawin...
masa aku dilahirkan mak dan ayah dah menjangkau 40 tahun ...
biar  usia kami jauh berbeza... tapi mereka up to date ...wooo..
bila aku menginjak  remaja... mereka meletakkan aku sebagai kawan...
untuk berkongsi rasa berkongsi cerita... walau ada jurang dalam umur kami...
kami masih boleh main bersama... berkejar bersama...
bersms bersama pun boleh... kekadang aku sengih tengok hp tu...
maknanya aku tengah baca sms mak aku la...hahha...
mereka biar tua dilihat pada usia...
tapi mereka tetap peka terhadap perkembangan teknologi...
facebook.. blog.. semua mereka tahu... cuma mereka tak buka akaun jer...
sebab sakit mata nak menghadap komputer lama-lama...

yang iklan masjid kat atas tu...
ayah saya la yang minta tolong iklankan dalam internet...
saya tak tahu nak letak mana... letak kat blog sendiri pun boleh la...
jom sama-sama melabur untuk kehidupan kedua...
asyik duk labur untuk kehidupan pertama jer tak dapat apa-apa nanti mati...

kalau tadi aku cakap.... hidup kena jimat cermat...
pendapatan keluarga aku bukanlah besar mana...
tapi sekarang aku rasa mak ayah aku dah boleh beli la apa yang mereka nak...
sebab semua anak dah kerja... tak ada tanggunggan dah...
tapi kalau anak bagi duit... dulu-dulu dia masukkan dalam  bank anak balik..
aku tahu la... sebab aku kan anak bongsu....
tu yang aku cuak nak bagi duit kat mak ayah banyak banyak...
nanti tak pasal pasal masuk bank aku balik....
biasa raya baru akak2 aku bagi duit... nak bagi duit masa balik takut tak diterima...
tak sabarnya nak raya... nak bagi duit yang dah  aku kumpul kat mak ayah...
kali pertama ni... sebab baru jer aku start kerja kan....
maaf kami 3 beradik tak mampu jadi doktor macam impian mama...
sebab kami tak minat bidang tu...
nanti aku cuba cari doktor yer buat menantu mama... (haha.. berangan jer..)

sempena hari ibu dan bapa... aku nak ucap...
selamat hari ibu dan hari bapa buat mama dan baba...
mama dan baba la ibu bapa terbaik buat kami adik-beradik...
telah berjaya mendidik kami menjadi seorang insan...
insyaAllah kami berusaha menjadi anak solehah...
satu jer la impian mama dan baba aku belum laksanakan...
mereka nak tengok anak mereka kawin...
kata mereka kalau meninggal pun tak risau...
dah ada orang jaga aku....
tapi masa dan keadaan belum mengizinkan....
nanti aku jumpa jodoh aku... aku kawin yer...
terima kasih atas segala pengorbananmu membesarkan kami...
Kami sayang bangat sama kamu berdua...
mama dan baba dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai ibubapa kami...

Kita Khalifah???

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 5:29 PTG
Kita selalu sedar kita khalifah...
kita selalu sedar tugas khalifah untuk amal makruf nahi mungkar...
tapi kita selalu serahkan tugas itu pada orang lain...
pada geng-geng tabligh dan pejabat pejabat agama...
kita bukan sekadar serah tugas kita sebagai khalifah...
malah ramai antara kita yang amal mungkar nahi maaruf...
mengajak pada kemungkaran dan mencegah dari kebaikan,...
anda tak percaya? itulah realiti sebenar dunia akhir zaman...

kat pejabat saya... ada cadangan nak buat jaket...
lelaki yang minta... jaket untuk lelaki dan perempuan lain la design...
yang perempuan kena ikut bentuk body... 36, 24,36.....baru solid...
sedangkan perempuan senyap tak ada apa apa pun...
beginikah sikap lelaki yang sepatutnya memimpin perempuan...
mengajak perempuan mendedahkan aurat...
mengalak perempuan melakukan gangguan seksual buat kaum adam...
tu baru satu contoh....

bila ada yang pakai baju longgar...
nampak macam terlalu besar...
pasti ada jer yang tegur...
besar sangat la baju tu... tak sesuai....
tapi bila ada yang pakai baju yang kecil....
baju tak cukup saiz...
tak ada pula yang tegur... yang puji pun ada...
paling baik pun mengumpat jauh jauh...
badan tak cantik ada hati pakai baju fit...
tu contoh ke dua...

bila ada yang pakai tudung biasa macam aku...
belek-belek try tengok tudung yang besar sikit....
dik... tu tudung besar.... bukan saiz  biasa...
takut nanti besar sangat dengan adik...
patut bila tengok orang belek tudung besar tu...
cakap la.. ni bagus ni... cantik kalau pakai..,.
boleh tutup semua yang wajib ditutup...
kain dia pulak tebal... tak payah pakai inner..
adik pakai ni memang comel la...
baru semangat sikit orang nak beli...
ni macam orang tu tak layak jer nak beli tudung besar sikit...

ni tak masuk lagi yang mempersoalkan...
tak panas ker kalau pakai inner...
tak cantik la kalau pakai inner tudung...
susah la nak pakai inner...
kalau nak tegur pun...
guna inner jenis lain cantik sikit...
inner jenis ni kurang sesuai...
ok la sikit... tak menggungat orang nak pakai inner...

ni satu lagi situasi kat bengkel...
nak buat kerja tu... lipat la lengan jaket.. pakai inner...
inner tu tau dok ketat... tak lepas tutup aurat...
aku nak balas yang tu kang macam beriman sangat walaupun kurang beriman...
aku balas berlapik sikit la...
tak der pulak dengar orang cedera sebab tersangkut lengan jaket,..
nama pun jaket keselamatan untuk bengkel...apa da...
padahal kalau nak selak lengan jaket pun sebenarnya boleh...
sebab aku memang pakai inner.. tapi... tak best la...
nama pun bengkel... penuh dengan lelaki...

pakai la kasut tumit tinggi...
baru tak nampak macam budak budak...
bila nak pakai high heel....
insyaAllah.. selagi aku berpegang pada prinsipku...
selagi itu aku takkan terpengaruh dengan persekitaran...
sedarkah kita bila perempuan pakai high heel..
bila berjalan... buntut nampak seksi... kekanan dan kekiri...
nak goda siapa sebenarnya? lelaki jalanan kah?
lagipun high heel kurang elok untuk kesihatan tulang belakang...
tak pakai highheel pun tulang belakang aku dah sakit...
ni pulak kalau aku pakai high heel...
biarlah nanti aku pakai highheel dalam rumah jer... insyaAllah...
biar ayah aku sendiri suruh aku pakai high heel ...
akan aku tolak dengan alasan nanti sakit belakang....

ini baru beberapa kes...
banyak lagi kes yang sebenarnya...
banyak lelaki dengan senang mengajak perempuan berdating...
banyak lelaki yang mengajak perempuan berkapel...
lelaki begini kah yang mahu di buat suami...
lelaki yang mengajak kemungkaran inikah?
yang mahu dilantik menjadi pemimpin...
untuk memimpin kita di dunia membawa ke syurga...
silap langkah dipimpin kita ke neraka...

terlalu banyak untuk diceritakan disini...
betapa kita selalu mengajak kepada kemungkaran...
dan mencegah daripada kebaikan...
amal mungkar nahi makruf..
mari sama-sama kita koreksi kembali diri kita...
insafi diri kita...
kalau kita tak mampu nak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah...
pada saya cukuplah kita mendiamkan diri
dari kita mengajak pada kemungkaran dan mencegah dari kebaikan...
sesungguhnya kita hambaNya yang lemah...
dan selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati...

Ke Arah Satu Perjalanan

Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 1:29 PTG
Mula-mula... jom kita hayati lagu ni dulu...
mainkan clip video ni... nyanyi sambil hayati lirik dibawah ni...



HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah


Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Kenapa tiba-tiba aku minat lagu ni...
semalam aku tengok final imam muda dengan lagu tema lagu ni...
aku rentaknya rancak aku suka... aku cuba cari liriknya...
yeah... lirik dia cukup sesuai untuk aku jadikan lirik tema...
untuk aku mengejar impianku...
untuk menaikkan semangatku agar tidak aku putus asa...
biar mungkin bukan sekarang...
masanya akan tiba untuk aku realisasikannya...
kerana takdir menentukan segalanya,...
mungkin bagi orang lain perjuangan aku bukan apa2...
tapi bagi aku perjuangan ini adalah segala-galanya...
dalam perjalanan hidup aku ni...
mungkin aku tidak mampu menyumbang apa-apa pada mata orang lain...
cuma mengejar impian seorang insan biasa....
ya aku tak mampu mengangkat senjata memerangi musuh islam...
aku tak punya ilmu untuk berbahas tentang islam...
sedangkan aku sendiri masih berperang dengan nafsukan sendiri...
aku cuba sedaya mungkin menggunakan sebaiknya
ilmu dan minat yang Allah kurniakan kepada aku...
biar orang kata aku melawan fitrah seorang perempuan...
Biar hanya Cintaku yang mengerti....
apa yang tersirat dihati ini....
biarpun perjalanan ini bersimpang siur...
akan aku tetap terus...
Ke arah satu perjalanan...
yang aku tak tahu dimana penghujung...