Catatan Warna Warni Kehidupan
Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...
Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...
bila baca macam-macam komen pasal kenaikan harga ni... saya pun rasa nak komen sekali... nak bagi pendapat saya yang tak bernilai mana ni... mula-mula saya nak sentuh dulu tentang sebab kenaikan harga barang kemudian baru kita pergi pula kepada akibatnya.... kenaikan harga gula dan kenaikan harga makanan dikatakan untuk menjaga kesihatan rakyat... tapi saya minta pihak kementerian kesihatan menkaji balik hal ini... saya rasa ramai yang mendapat diebetis dan obesiti bukan kerana harga makanan yang murah... tapi akibat tidak cakna tentang pemakanan sihat... ramai yang terkena diebetis bukan kerana makan terlebih gula... tapi mereka banyak minum minuman bergas dan susu pekat manis... saya mohon kajian dilakukan pihak berwajib... mungkin kita tak perlu naikkan harga gula yang menjadi keperluaan asas... tetapi naikkan harga susu pekat manis dan minuman bergas... lagipun sememangnya membahayakan kesihatan... saya sokong kerajaan menaikkan barang yang memberi kesan negatif kepada kesihatan seperti makanan ringan... kerana sebenarnya inilah punca obesiti dikalangan rakyat malaysia...
Dari komen yang saya dapat lihat... ada meminta untuk melihat situasi kenaikan harga ini dengan pandangan yang positif... yer kita boleh tengok secara positif... bagi yang berpendapatan sederhana ataupun tinggi... benar pandangan anda... kita boleh tangani masalah ini dengan bekerja dengan lebih keras untuk menambah pendapatan sampingan... segalanya di tangan kita... tapi pernahkah kita melihat pada rakyat malaysia yang mempunyai pendapatan yang rendah... di bawah taarif kemiskinan... pendapat bawah RM900... mungkin ada yang berkata ada orang berpendapat 200 pun boleh hidup... anda pernah rasa macam mana hidup dengan bajet 200 sebulan?
Jangan pernah bercakap kalau anda tak pernah rasai... kepada yang berada di atas sana... cuba rasa apa yang dibawah rasakan... saya bercakap berdasarkan pengalaman saya... saya pernah berbajet 200 sebulan untuk hidup seorang 5 tahun lepas... semasa saya masih bergelar seorang pelajar.... hanya bersarapan biskut tawar... lunch dengan roti 50 sen (saya rasa zaman sekarang dah tak ada roti 50 sen)... dan makan malam dengan nasi bersama telur berkongsi dengan roomate ... dapat la harga RM1... air yang saya minum hanyalah air percuma dari watercooler...saya bermotor ke kelas dengan perjalanan pergi balik 3km sehari ataupun hanya sekadar berjalan kaki... boleh pak-pak menteri atau lebih mudah golongan pertengahan cuba hidup macam saya?
Itu saya seorang pelajar yang tidak mempunyai tanggungan... bagaimana pula kehidupan seorang bapa yang mencari rezeki untuk keluarga... bukan seorang diri... tapi beberapa orang insan... mohon golongan tengah dan atasan cuba selami hidup mereka? adakah mereka malas bekerja? Mereka sanggup bekerja dari pagi sampai malam hanya mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka. Kadang-kadang sehingga masa dan kasih saya untuk keluarga mereka... Mohon jangan terlalu mendongak ke langit tinggi... sungguh masih ramai lagi rakyat malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM900... saya sendiri terfikir... macam mana mereka nak menghadapi perkara ini... kata bijak agama senang... Allah akan cukupkan ... berserah pada Allah... tapi mana usaha kita?
Kepada golongan atasan dan pertengahan... kalau anda makan maggi... entah2 anda akan makan maggi kari big punya ... (saya bukan nak iklan maggi)... tapi tahukah anda... ada yang kurang bernasib baik... makan maggi yang dikira makanan paling murah pun tak mampu... satu mangkuk maggi dikongsi beberapa orang hanya untuk mengalas perut sahaja... (saya tak pernah alami... tapi ini kisah pelajar saya...)... macam mana mereka nak belajar dengan keadaan yang baik... apatah lagi selepas kenaikan kos hidup ini.... cuba fikir-fikirkan....
Oklah... bak kata golongan pertengahan ni... positifkan minda... saya cuba positifkan minda sambil melihat golongan atasan dan golongan bawahan... kemungkinan kenaikan harga barangan ini mampu menyatukan mereka... kenapa saya kata begitu? kerana kenaikan harga barang ni mungkin memberi peluang kepada golongan atasan untuk lebih banyak menderma kepada golongan bawahan... eh... nanti terbudaya pula budaya minta sedekah dan mengharap bantuan... tapi bukankah islam mengajar kita... yang mempunyai pendapatan tinggi hendaklah berzakat dan bersedekah membantu yang kurang mampu... kitakan hidup bersaudara sebagai rakyat malaysia yang hidup aman makmur berbilang bangsa... jom golongan atasan dan pertengahan... ayuh kita menderman membantu golongan bawahan...
tapi macam mana kalau mereka tak nak saling membantu... apa akan jadi... apa akibatnya pada golongan bawahan ini dikala hidup mereka semakin didesak... manusia mungkin hilang pertimbangan dan kewarasan apatah lagi jika tidak mempunyai pegangan agama yang kuat... manusia yang baik pun boleh berubah menjadi penjenayah apabila sudah terlalu terdesak...desakan kenaikan harga barangan ini mungkin menyebabkan kes jenayah semakin bertambah... golongan atasan dan pertengahan juga yang akan diancam bahaya akibat daripada kenaikan harga ini... kepada golongan atasan dan pertengahan ... bersediakah anda untuk mati dibunuh dan dirompak??? Malaysia tidak lagi aman... andai rakyat marhean hidup tertekan...
Labels:
PeDoMaN
hmmm... saya agak pelik dengan masyarakat kita hari ini... bila timbul isu remaja hilang di Villa Nabila kononya diculik makhluk halus... semua sibuk bercerita... semua orang nak ambil tahu... Siap polis datang cari... semua kisah hantu muncul kembali...
Tetapi apabila timbul yang remaja itu sebenarnya tidur di flat girlfriendnya... semua sudah tidak pedulikannya lagi... sebenarnya mana yang lebih menakutkan antara remaja diculik hantu atau remaja kita rosak akhlaknya? itulah persoalan yang timbul di benak saya... semua orang sudah tidak ambil kisah... lantaklah kau nak jadi apa... seolah pergaulan bebas tu perkara biasa... BIASA KER BF TIDUR RUMAH GF??? Kalau remaja tu bukan remaja ISLAM saya tak hairan...
Mana pihak berkuasa? Mana pihak jabatan agama? Atau ini hanya kes yang boleh dianggap remeh oleh semua pihak? Fikirlah demi masa depan Malaysia dan Islam... mana yang sebenarnya lebih perlu kita risaukan,...
Labels:
PeDoMaN
Dalam perjalanan mencari cinta... kekadang manusia lupa dan alpa....
Kadang-kadang kita ni sibuk mencari cinta manusia sehingga lupa akan cinta Maha Pencipta
Sebenarnya... kalau kita fikir jauh2 dari kita sibuk mencari jodoh ...
Lebih baik saya kembali mencari cinta sempurna... cinta yang kekal abadi...
Jodoh untuk kita ni belum tentu lagi ada di dunia ni... mungkin kita akan menemuinya di syurga nanti...
Tu pun kalau kita masuk syurga... kalau masuk neraka tak merasa la kita...
Bertitik tolak dari itu lebih baik kita fokuskan pada mencari cinta Allah...
Cinta itu pasti akan kita dapat andai kita mengejarnya... bukan saja dapat cinta Allah...
Tapi dapat jumpa jodoh kita di syurga nanti kalau kita ditakdirkan tiada jodoh di dunia...
Yang penting cinta itu mampu membawa bahagia kepada kita dunia dan akhirat...
Saya mahu cari cinta Allah... sebab saya percaya... bila kita sibuk cari cinta Allah...
Allah akan hadirkan teman untuk membimbing saya mencari cintaNya andai ada jodoh saya di dunia ini...
Pulang ke pangkal cinta untuk mencari cinta yang Maha Agung...
Cinta tulus yang langsung tidak akan menyakitkan hati... malah menenangkan hati...
Cinta yang pasti ada untuk saya andai saya mengejarnya....
Moga nanti hati saya tak lagi sunyi sendiri...
Kerana ia terisi dengan cinta hakiki...
Labels:
Cinta
Salahkah aku untuk setia
Dengan cinta yang tak kunjung tiba
Dengan kasih yang tak tahu dimana
Dengan dia pemilik tulang rusukku
Salahkah aku untuk setia
Menanti hadirnya dia
Dalam hidup yang kian sunyi
Menanti masanya tiba
Dalam menghintung baki masa
Salahkah aku untuk setia
Tapi sampai bila mampu ku setia
Tapi sampai bila mampu ku bertahan
Kian hari kian goyah
Kian hari kian bosan
Menanti yang tak kunjung tiba
Labels:
PuiSi
Saya ni makan gaji... tiap-tiap bulan cucuk kad pada dinding pasti keluar duitnya... tetapi kekadang kerja banyak sampai hampir tak terbuat... letih tak termampu rasanya...di pejabat dari 8-5 tanpa rehat tengah hari... naik solat jer sekejap... lepas tu hujung minggu pun duduk office..... kadang-kadang tak ada kerja sangat.... masa tak ada kerja ni la rasa nak mengular saja... masuk office jam lapan... jam 11 dah naik atas tidur dan solat sampai pukul 3.... jam 5 balik... macam mana rezeki nak berkat... adeh... tapi duduk ofis tak ada kerja nak buat pun bosan juga.... kalau gaji ikut masa kita kerja kan best... tak ada lah rasa bersalah makan gaji haram.... sebab gaji tetap akan dibayar walaupun waktu kerja kita mengular... kalau kita dapat punch kad ikut waktu bebas yg kita kerja dan gaji dibayar ikut jam kita bekerja kan best... tak ada la kita termakan duit haram kecuali kita menipu... hanya ada 1 cara kita nak pastikan gaji kita halal.... kita catatkan masa kita ponteng kerja... dan kita gantikan di waktu lain... pastikan kita tidak berhutang waktu kerja... insyaAllah rezeki yang kita dapat setiap bulan tu halal dan berkat....
Terfikir best juga kalau dapat kerja kais pagi makan pagi...kita ni manusia... ada mood nak kerja ker malas...kalau kerja sendiri...ikut kerajinan kita la... boleh adjust sendiri... ikut suka kita.... jadi nelayan ker... pekebun ker... peniaga ker....rasa rajin kita kerja lebih... rasa malas... kita rehat jer... gaji kompom halal sebab atas usaha kita...bebas... tak perlu fikir banyak... tak terbeban dengan tugas yang terpaksa dipikul... cuma tak boleh hidup mewah jer la... mewah ker saya sekarang? (tak ada la mewah... cuma tak ada masalah kewangan dan tak perlu fikir pasal wang.... )
Bahagia ker ada banyak duit tapi terpenjara dalam tugas? Kebebasan adalah sesuatu yang berharga yang lebih bernilai dari wang ringgit... tak boleh dibeli... tapi kalau kais pagi makan pagi ni satu jer masalah... terhimpit dari segi kewangan.... susah nak rancang pelan kewangan... tak suka juga kalau hari-hari terpaksa fikir pasal duit... kalau semua benda tak suka... tak payah hidup la... hidup bukan untuk suka-suka tapi untuk diuji...
Saya ada baca 1 cerita... ada orang kaya ni... dia kerja kuat... sehingga kadang2 tiada masa dengan keluarga... dia berbual dengan seorang nelayan yang kais pagi makan pagi ni... nelayan tu tanya... apa yang awak cari sebenarnya dalam hidup ni.... si kaya kata dia nak bagi kebahagiaan kepada keluarga dia... si nelayan kata... macam mana si kaya nak bagi kebahagiaan kepada keluarganya sedangkan masa pun dia tak mampu luangkan untuk keluarga dia... dia hanya mampu bagi material tapi tak mampu bagi kasih sayang dan perhatian.... sedangkan si nelayan mampu meluangkan masa memberi perhatian dan kasih sayang kepada keluarganya sehingga dapat membahagiakan keluarganya walaupun sekadar mampu memberikan sedikit material kepada keluarganya... agak2 keluarga siapa yang lebih bahagia... saya tinggalkan disini untuk anda fikirkan sendiri....
Labels:
PeDoMaN
Bila orang sibuk bicara pasal racist ni... saya pun nak cakap pasal racist juga... ikut perkembangan semasa la nak dikatakan... dibesarkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya... ini saya luahkan pandangan saya sebagai orang Melayu disini...
Sebelum itu... saya ceritakan dulu sejarah saya... Saya dibesarkan dalam keluarga melayu... ada sorang sepupu kawin dengan cina... masa tadika saya tak ada kawan lain bangsa sebab saya belajar di tadika islam... Tapi sejak darjah 1 hinggalah berkerja saya telah bercampur dan berkawan dengan pelbagai bangsa dari seluruh pelusuk malaysia....opps... lupa... saya asal dari kelantan yang majoritinya adalah melayu...
Hari tu masa anak kepada sepupu saya yang maknya cina tu kawin... ramai sanak saudaranya datang melawat sambil menolong memandangkan kerja kenduri ni 'bekwoh' (big work)... tiada masalah kami bersama di dapur memasak... bersama di ruang tamu berbual meraikan pengantin...yup tiada racist disini walaupun kami berlainan agama dan bangsa...sekarang anak sepupu saya tengah tunggu hari jer untuk melahirkan anaknya yang sulung...
Masa zaman sekolah mungkin saya kurang rapat dengan bangsa lain kerana mereka terlalu sedikit... sebab saya kan berasal dari kelantan...saya cuma bertegur sapa sahaja... ohh.. teringat masa darjah 3... rakan sekelas yang berbangsa cina taja Aiskrim untuk 1 kelas pada jamuan akhir tahun... best....masa di matrikulasi dan PLKN pun saya juga tidak terlalu rapat dengan bangsa cina sebab mereka tak ramai hanya mungkin 10% sahaja...
Saya mula rapat dengan bangsa cina ni masa saya belajar di universiti... maklumlah kerja kumpulan kena buat berbilang agama, bangsa dan jantina... itu syarat dari pensyarah untuk menyatukan kami anak Malaysia... saya sangat suka berkerja dengan bangsa cina ni berbanding dengan bangsa melayu itu sendiri... ini semua masalah sikap... nama jer Melayu dan Islam tapi tak bertanggungjawab dan tidak menepati masa.... orang melayu jangan marah.. ini realiti... kita sendiri yang kena ubah....
Realiti yang sebenar kenapa sampai sekarang melayu masih dibawah.... melayu perlu akui... ini semua salah kita bukan salah orang lain... cuba lihat... berapa ramai orang kita jadi sampah masyarakat... ini salah kita bukan salah orang lain... kita yang menentukan hidup kita... kita kena usaha... kita ada Allah untuk berdoa... kerana doa itu senjata muslim... solat dan aurat sendiri pun tak terjaga macam mana nak jaga agama kononnya...
cuba kita periksa diri kita sendiri... kenapa kita hanya disini... cuma tengok kerjasama dikalangan orang melayu,.. benda kecil pun boleh gaduh besar... cuba tengok dengan janji melayu... saya hairan macam mana orang melayu boleh bangga dengan janji melayu yang langsung tak beretika kerana tidak menepati masa... cuba tengok amanah yang diberikan... adakah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan baik... kita nilai sendiri kenapa kita terus ditindas di negara sendiri... kerana kita yang menindas diri kita sendiri... selesa berada di zon selesa...
saya nak kongsi pengalaman saya semasa belajar... kenapa orang cina ni boleh berjaya... sebab mereka ada sifat kerjasama... diorang bersatu... diorang akan tolong kawan dan junior diorang yang lemah... diorang sangat rajin...kerja dengan sangat bersungguh-sungguh kalau buat projek berkumpulan dengan diorang tak perlu lah risau kerana mereka akan memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk menyiapkan projek tersebut... kalau buat mesyuarat memang datang tepat pada masanya.... bukankah ini semua nilai yang diajar oleh islam... kenapa kita melayu yang beragama islam tak mengamalkannya... lepas tu salahkan cina bila mereka berjaya...
bila saya kerja sebagai seorang pendidik... saya mendidik pelajar dari pelbagai bangsa dan agama sebab saya mendidik anak bangsa di seberang laut...saya dapat lihat dengan jelas sikap pelajar islam sangat berbeza dengan pelajar bukan islam... pelajar bukan islam sangat rajin berusaha... mereka nak keputusan yang cemerlang... tapi malangnya pelajar islam hanya target nak lulus saja... mereka bukan lemah... tapi mungkin kurang motivasi... dan pendedahan tentang kepentingan ilmu
saya masa kecil sebenarnya agak racist... kenapa cina nak rampas hak orang melayu... kenapa melayu gagal ditanah sendiri dan ditindas orang cina... hanya menjadi pekerja bawahan... tapi bila dah belajar tinggi... bergaul lebih rapat dengan mereka... saya tahu... mereka berjaya kerana sikap mereka... kita gagal kerana kita gagal mengubah sikap kita... sampai bila kita nak terus begini?
mereka bukan musuh kita... salah satu ayat dalam al-Quran... kita diciptakan dari perbagai bangsa untuk saling mengenali... bukan untuk saling bermusuhan... mungkin kebanyakkan dari kita yang berbangsa melayu ini beragama islam... dan mungkin kebanyakan dari mereka itu beragama lain... bergaul dengan mereka dengan sikap yang baik mungkin itu adalah salah satu jalan dakwah bagi kita untuk mendekatkan mereka dengan agama fitrah ini...
tolak titik perbezaan carilah titik persamaan... bukan bermaksud kita menerima agama mereka... tapi kita terima mereka sebagai sama-sama rakyat Malaysia yang sangat dicintai ini... Keamanan untuk Malaysia... Kami sayang Malaysia...
Labels:
PeDoMaN
Ramai orang akan rasa rendah diri apabila dipandang rendah oleh orang lain... seterusnya mereka akan hilang motivasi diri... saya dari kecil lagi selalu dipandang rendah oleh orang lain... mungkin sebab saiz badan yang kecil dan bersikap keanak-anakan... tapi biasanya saya tak terkesan dengan situasi ini sebab saya mempunyai motivasi diri yang tinggi... (berlagak...hehe...)
Masa sekolah saya tidak pernah dilantik memegang apa-apa jawatan ... masa kerja orang tak berani bagi subjek susah pada saya...mungkin sebab orang pandang rendah kepada saya... namun serendah mana pun orang pandang kita ... pandangan orang kepada kita akan berubah apabila kita mampu menonjolkan siapa diri kita... post ini saya tujukan kepada orang-orang yang senasib dengan saya yang selalu dipandang rendah...
Orang yang belum kenal siapa saya memang akan pandang rendah kepada saya... mungkin kerana penampilan saya yang agak selekeh ... tapi janganlah nilai buku itu dari kulitnya... biarlah orang nak nilai saya ni macam mana pun... asal saya tahu siapa diri saya yang sebenar... dan orang boleh tahu siapa saya dari hasil kerja yang saya lakukan....
Sebenarnya ada kelebihan bila orang pandang rendah kepada diri kita... ia akan menjadikan diri kita orang yang rendah hati... lansung tak pandai nak sombong atau meninggi diri... tapi hati2 jangan sampai diri sendiri pun pandang rendah pada kita... dan satu lagi orang tak akan overestimate kita dan takkan kecewa dengan kita....
Labels:
PeDoMaN
Dah lama saya nak post pasal benda ni... tapi saya nak juga post benda ni bila mana masa mengundi semakin tiba... saya nak kongsi pengalaman pertama saya mengundi... bukan mengundi untuk pilihanraya umum tapi hanya mengundi untuk pilihanraya kampus... tapi pandangan pertama mengubah segalanya... betul tak?
Masa mula2 nak undi untuk pilihanraya kampus memang tak sabar rasanya nak jadi pemilih... biarpun pilihanraya kecil... kali pertama nak dikatakan... tapi apa yang mengecewakan saya... malam sebelum mengundi tu datang orang dari salah satu parti mengancam... dan memaksa.... "Kamu kena undi calon nombor sekian... sila hafal nombor calon... jika kamu undi yang lain kamu akan di buang kampus..."
Setelah dapat amaran ini... secara terus saya jadi 'down' untuk mengundi.... kata ni negara demokrasi... kenapa harus dicemari dengan paksaan ... kalau begitu baik tak payah buat undian... lantik jer calon yang dikehendaki... habis cerita... kalau kami tak diberi hak untuk bersuara...
Kemudian... saya simpan sahaja manifesto calon yang menang sehingga akhir tahun tersebut... satu pun tak di laksanakan... hahaha... semuanya penipu dan temberang... manifesto yang hanya manis di bibir... hanya untuk memancing undi...
Kalau beginilah kisahnya... adakah perlu saya jauh balik mengundi... menghabiskan duit dan masa... sedang mungkin hasilnya sama dengan pengalaman pertama saya yang mengecewakan.... saya rasa tak perlu untuk saya kecewa buat kali kedua....
Berikut adalah sebab untuk memungkinkan saya tidak balik mengundi... kos yang tinggi... masa mengundi adalah masa untuk saya menanda kertas peperiksaan... cuti saya dah habis... saya sayang jari saya dari calit dakwat kekal... saya tak perlu mengundi calon yang saya tak kenal dan tak akan menjadi pemimpin saya sebab saya tak tinggal tempat saya mengundi... biarlah penduduknya sendiri yang menentukan pemimpin mereka.... tapi yang paling utama sekali... saya tak nak dipermainkan lagi.... (tapi kalau dapat tiket free dan cuti tu nak jer saya balik mengundi...hehe...)
Suatu malam lepas saya dengar perbincangan pasal isu dakwat kekal... saya bermimpi di hari mengundi berlaku kekacauan yang amat dasyat.... saling berbunuhan bukan setakat membuang undi... tapi bertanding siapa lagi hebat... siapa lagi bijak mengatur strategi untuk menang... saya harap mimpi saya tu tak jadi kenyataan dan Malaysia akan terus aman damai...
Nota tambahan: Akhirnya saya balik mengundi kerana saya dapat tiket free... namun malangnya perjalanan saya jadi kucar kacir kerana ada pihak yang menyekat kenderaan kami... akhirnya terpaksalah balik dari KL ke KB dengan duit sendiri... Saya tak akan lupakan perjalan balik mengundi ini sebagai satu kenangan dan pengalaman dalam hidup saya... jem dari KL ke KB (keseluruhan perjalanan lebih hampir 24 jam)... dan yang paling teruk jem di bandar kb... perjalanan hampir 2 jam untuk jarak yang biasa hanya menggunakan 10 minit...
Labels:
PeDoMaN
Akhir akhir ni.... ramai orang di sekeliling aku dah berubah ke arah kebaikan... yang tak pakai stokin dah pakai stokin... aku jer masih di takuk yang lama... tak cuba untuk berubah... kalau berubah pun setakat hangat-hangat tahi ayam.... dah cukup sempurna ker aku ni? mesti lah tidak... jauh sekali...
Aku pun nak berubah jadi lebih baik dari hari ke hari... ya Allah kuatkan aku untuk istiqomah... biarlah perubahan tu sedikit... asalkan berterusan hingga hujung nyawa... pakaian aku akhir2 ni dah makin ketat... aish... tu yang aku nak suami yang boleh menegur aku... aku nak pakai baju lepas punggung la lepas ni... nak borong banyak2 kat bandung nanti...
Tapi aku pening juga nak buat apa baju yang aku ada? nak bagi orang baju dah buruk.... nak pakai tak boleh sebab aku nak tukar imej jadi lebih baik... nak beli tudung turkey bidang 50 atau pahminabanyak2... nak guna bidang 60 atau tudung bulat tak cukup berani lagi... tapi kena tunggu tudung sedia ada tu betul2 buruk la...
Bila kita betul2 nak jadi baik ni... Allah akan hantar orang untuk bimbing kita... tapi jangan silap niat pula...Nak jadi lebih baik dari hari ke sehari kena kuatkan semangat... hati mesti teguh baru boleh berjaya...baru boleh berubah ke arah kebaikan...
Labels:
PeDoMaN
Assalamualaikum,
Dari saya mengenal apa itu cinta... apa itu kapel .... masa zaman plkn dan matrikulasi... hampir satu dekad yang lepas... sehingga sekarang saya percaya kahwin tanpa kapel masih releven dengan zaman sekarang... apa yang saya maksudkan dengan kahwin tanpa kapel... satu pasangan tu tertarik hati... lalu berkahwin dan kemudian baru lah bercinta dan berkapel... setelah ada ikatan yang sah.... itu sebenarnya yang saya cari...
Kenapa tetiba saya nak tulis pasal ni... dah kemaruk nak bercinta sangat ker? atau dah gersang sangat nak kawin?... tak adalah... saya cuma mahu berkongsi.... sesuatu yang saya tak pernah terfikir berlaku kepada rakan baik saya... berkaitan dengan apa yang saya bincang ni...
Pada suatu pagi... tiba2 ada orang letak nota dan makanan di atas mejanya.... nota bukan sebarang nota... tapi nota untuk memetik bunga di taman yang sungguh puitis... tak perlu saya tulis balik isi nota tersebut disini.... cukuplah saya katakan lelaki tersebut adalah seorang yang agak alim... mungkin dia pegang kahwin tanpa kapel... kerana sebelum ini walaupun sama pejabat hanya 2 kali dia bercakap dengan kawan saya yang dilamarnya itu.... hmmmm....rupanya masih ada lelaki begitu....
Namun pada pandangan orang lain yang bercinta dulu sebelum kahwin... tindakan lelaki tersebut tidak relevan.... terlalu gelojoh...mana mungkin seorang wanita akan setuju berkahwin tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu.... tapi salahkah tindakan lelaki tersebut? pada saya tak salah sebab dia cuba menjaga perhubungan tersebut... atau saya yang terlalu jumud?
Apa sebenarnya patut seorang perempuan buat apabila mendapat lamaran sebegitu? semestinya solat ishtikarah... tapi takkan nak terus menerima lelaki tersebut... tanpa langsung mengenal siapa lelaki tersebut... islam pun suruh pilih... macam mana nak pilih kalau tak kenal kan? tapi macam mana nak kenal... pada saya... perempuan tersebut perlu berikan kertas berupa soalan untuk mendapat maklumat yang perlu diketahui dari lelaki tersebut ataupun membuat satu sesi taaruf yang ditemani rakan atau orang yang boleh dipercayai untuk mengenali antara satu sama lain... dan seterusnya perbincangan keluarga bagi mendapat restu,... barulah ikatan yang sah di metrai dan ... yang dua menjadi satu... boleh lah bercouple dan bercinta tanpa mengundang dosa.... untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih dekat....
Labels:
PeDoMaN
Apa nak jadi dengan dunia kita hari ini? Gambar sebelah kiri adalah gambar di majlis tilawah al-Quran manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar di festival muzik... gambar ni pernah sy uploadkan di post Ekslusif : Adakah ini muzik?....
Cuba tengok gambar di kiri terlebih dahulu... kerusi kosong yang ada hanyalah orang tua sahaja... yang dah rasa hidupnya semakin singkat... manakala gambar di sebelah kiri menunjukkan gambar golongan muda yang sibuk berhibur seakan lupa kita masih ada akhirat....
Kalau keadaan kita terus begini... apa nak jadi dengan masyarakat kita pada masa akan datang... kita tak boleh biarkan benda ini berterusan... tapi apa yang mampu kita buat... sedang masyarakat kita semakin hanyut dalam arus sosial yang tak berbatas lagi....fikir-fikirkan... ini masalah ummat...
Isu lahad datu... suka juga aku mengikuti perkembangan semasa berbanding perkembangan politik negara yang sibuk menfitnah antara satu sama lain... saya bukan orang sabah... jadi saya tak layak nak cakap banyak2 pasal isu ni... saya cuma nak ulas sikit2 apa yang saya tahu....
Masa awal2 berita tentang ada datang pengganas sulu ke Lahad Datu saya tak ambil kisah sangat... kedatangan rakyat sulu ke lahad datu pada pandangan saya bukanlah sesuatu yang pelik... rakyat kelantan dan siam pun biasa menyeberang sungai golok tu sesuka hati tanpa passport... hehe...
Bila timbul isu ni... saya cuba tanya pelajar saya yang berasal dari Lahad Datu... apa pandangan anda tentang kedatangan pengganas sulu ke lahad datu...sambil saya buat mock interview dengan pelajar saya... mereka jawab "biasa saja tu... politik semua tu... ndak ada apa2... lepas pilihanraya balik lah mereka tu"... jadi saya rilek2 saja... sebab memang saya ndak mau ambil kisah tentang politik ni...
Tapi yang mengejutkan saya... tiba2 berlaku serangan sehingga 2 anggota polis terkorban... semua pihak saling menuduh antara satu sama lain antara parti politik... satu pihak menuduh pihak lawan yang membawa pengganas sulu... satu pihak lagi menuduh ini semua lakonan semata-mata.... mana mungkin keamanan negara jadi cagaran... mohon orang politik bersatu mempertahankan negara... jangan sekadar tahu menyebarkan fitnah sahaja... macam ni ker nak jadi pemimpin negara?
Sayangnya... pengganas sulu pun islam... polis kita pun islam... saling berperang... ahli politik saling menyalahkan... nampak tiada perpaduan... harap2 tidak ada masuk campur tangan asing nanti... kalau dulu pelajar saya kata politik... tapi sekarang orang lahad datu pun risau keselamatan keluarga mereka.... bukan setakat lahad datu... tapi seluruh negeri sabah....
Untuk pengetahuan semua... kebanyakkan orang sabah ni tinggi budi bahasanya... pandai mereka menghormati orang lain... periang orangnya... dan yang paling penting ramai yang kuat pegangan agama mereka... kerana mereka semua bukan senang nak dapat islam tu... tak semua lahir dalam keluarga islam dan dibesarkan dengan cara islam... diorang cari islam dengan inisiatif mereka sendiri... Saya sangat senang bergaul dengan sabahan ni... Satu lagi... sabah ni mempunyai banyak khazanah alam yang cantik... taman laut yang sungguh indah...Sangat rugi Malaysia kalau kehilangan negeri Sabah...
Bila dah jadi keaadaan begini... pelajar2 saya yang berasal dari sabah pun belajar tak tenang... memikirkan keadaan keluarga di kampung halaman...Semoga lahad datu dan sabah keseluruhannya...nanti kembali aman seperti sedia kala... Peace No Wars LD...
Labels:
PeDoMaN
Saya rasa masyarakat sekarang memang suka hidup mewah... Prinsip aku... hidup sekadar apa yang perlu... tak perlu mewah... berpada-padalah dalam hal keduniaan... buat apa hidup mewah kalau akhirnya kita tinggalkan juga apabila maut menjemput?
Banyak orang suka pakai kereta besar... 700-800 sebulan untuk bayar ansuran kereta sahaja... tu yang biasa.. kalau yang lagi mewah lebih 1000 bayar kereta untuk setiap bulan.... anda rasa berbaloi ker? mungkin orang komen memang berbaloi untuk keselesaan... tapi pada saya tak berbaloi langsung kut... cukup sekadar boleh bawa kita ke mana yang perlu sudah la... sebab tu saya beli kereta viva manual sahaja... patut ker orang yang mampu bayar kereta sampai 800 sebulan cakap tak mampu nak pergi haji? pada saya tak patut... duit yang dia boleh bayar untuk kemewahan hidup tu sebenarnya kalau dia simpan betul2 boleh buat jadi tambang haji... minta fikir2 kan...
Banyak perempuan suka pakai pakaian mahal... hairan saya bila melihat kaum wanita ni bershopping... sanggup berhabis beratus ringgit untuk beli handbag dan purse... bukan penting sangat pun benda tu pada saya... memang la nak benda yang berkualiti supaya tahan lama... tapi... macam nonsense... sebab benda tu pakai lama2 rosak juga... kalau kasut tu mungkin untuk keselesaan dan kesihatan.... pasal baju pun hairan... mampu menggeleng kepala jer apabila ke kedai pakaian tengok pakaian sampai beratus harga... baju dan tudung tu beli mahal2 pakai lama mana sangat... dah la jenis perempuan ni tak suka pakai benda sama... bosan katanya... padahal banyak lagi pilihan lain yang murah dan menutup aurat... tapi kenapa perlu pilih yang mahal yer? mungkin sebab cantik... entah la... pening kepala kalau fikir pasal perempuan ni...
Banyak lagi benda lain sebenarnya yang orang suka bermewah... beli peti ais besar... tv besar... perabot mewah... hmmm... memang nampak macam rumah orang kaya la... rumah besar tak apa la... untuk keselesaaan anak2... mungkin sebab saya dibesarkan untuk hidup dalam keadaan yang serba sederhana... jadi saya rasa kemewahan tu tak perlu walaupun ada antara kita yang mampu...
Mungkin orang akan kata saya ni jenis kedekut... ha'ah... saya memang kedekut... dengan diri sendiri pun saya kedekut... bukan apa saya fikir... kalau saya belanja mewah2... nanti di soal di akhirat... saya guna duit saya untuk apa? takkan saya nak jawab untuk bermewah... lagipun saya fikir duit tu banyak lagi saya boleh buat untuk belikan kebahagiaan di akhirat... dari saya bazirkan sahaja untuk diri saya... duit saya boleh saya kumpul untuk kawin... pergi mekah... tolong orang susah... cari ilmu... benda-benda tu lagi bermanfaat kepada saya dari saya beli barang entah apa2... baik saya bagi duit untuk mak ayah saya...
Satu lagi saya nak kongsi... saya guna tilam murah saja yang terasa katil bila tidur diatasnya... (kedekut kan?) sebenarnya beli tilam ni untuk sementara... duit tak ada... baru dapat kerja masa tu... gaji kena gantung 3 bulan... lepas dapat gaji ingat nak beli la tilam yang selesa... tapi bila fikir balik... teringat kisah nabi Muhammad... nabi Muhammad pun tidur atas alas yang berbekas di belakang baginda... takkan aku nak beli tilam empuk... nanti lagi susah bangun subuh... jadi niat dulu dibatalkan terus...mungkin tilam murah ini akan mengingatkan aku akan baginda... mengejutkan aku dikala subuh... sungguh hidup ini hanya sementara... yang dimiliki di dunia akan ditinggalkan jua akhirnya... carilah kemewahan di akhirat... kalau rasa nak itu ini... fikir balik... kalau aku dapat itu di dunia... belum tentu aku dapat itu di akhirat nanti... apa kata aku pujuk hati aku... tak perlu lagi benda tu kat dunia... usaha betul2 biar dapat benda tu kat akhirat nanti... insyaAllah... .itu saja bebelan dari saya... jom kita hidup secara sederhana...
Labels:
PeDoMaN
Kalau Mampu ku Berkata....
Aku akan ceritakan kepada anak didik ku...
Saya bukan seorang yang pandai... Tapi saya punya cita-cita yang tinggi...
Saya bukan anak orang yang kaya... Tapi saya akan pastikan impian saya menjadi nyata...
Namun takdir yang menentukan... yang terbaik untuk kita semua...
Pertemuan antara kita... impian kita menjadi satu
Saya nak cerita kisah saya sebelum saya berada disini.... bukan senang untuk saya berada di sini... saya bukan seorang budak yang pandai... masa saya di sekolah rendah saya selalu dapat nombor terakhir dalam kelas... dalam kelas tu ada 40 orang... saya selalu dapat tempat ke 40, 39, 38... paling tinggi saya mampu dapat 28 kut... hmmm.. tapi saya tetap dengan cita-cita saya... saya nak jadi seorang pensyarah... kini impian saya tu dah jadi nyata... Alhamdulillah... tapi masih ada impian saya lain yang masih terbengkalai sampai sekarang... saya nak belajar tinggi-tinggi sampai dapat phD...
Pernah... saya duduk sebelah kawan saya yang biasa dapat no 1,2,3 dalam kelas... kami bandingkan buku latihan kami... buku saya kosong... sememangnya saya seorang yang pemalas... saya tak suka menulis... saya tak suka membuat latihan... tapi buku kawan saya tu... penuh dengan latihan yang dia dah buat... memang patut dia boleh berjaya sebab dia rajin... dan memang patut saya gagal sebab saya ni pemalas... apa yang saya tahu... saya punya impian yang tinggi melangit... saya kena usaha kalau nak dapat apa yang saya impikan...
Saya bukan anak orang kaya... ayah saya hanya kerja kampung... pendapat 200-300 jer sebulan... mak saya dah tak kerja lepas saya masuk tingkatan 1... dari kecil saya belajar menabung... sejak dari sekolah rendah lagi saya menabung... dulu masa sekolah rendah... masa rehat saya hanya makan keropok atau aiskrim lolipop sahaja... mak saya bagi rm1... saya belanja 10sen... 90sen lagi saya simpan untuk masa depan saya... saya tahu saya kena simpan duit banyak2.... kalau saya nak capai impian saya... masa sekarang perlukan duit walau sekadar untuk mendapatkan ilmu...
Lepas habis sekolah ... saya masuk ke pusat matrikulasi... di pusat matrikulasi... dengan hanya 1000 satu sem yang kerajaan bagi... saya guna duit itu sahaja tanpa minta dari mak ayah saya... makan malam saya cuma rm 1... sy beli goreng pisang... atau goreng cempedak... ataupun saya beli nasi dan minta kuah nasi ayam bersama leher ayam untuk santapan...di matrik saya mula belajar bersungguh-sungguh sebab saya nak pastikan saya dapat kursus yang saya minat di universiti nanti kerana saya tahu saingannya sangat sengit...
Alhamdulillah... akhirnya saya dapat apa yang saya nak... saya sambung belajar di bidang kejuruteraan mekanikal di ukm... impian saya bukan sekadar disitu untuk mendapat segulung ijazah.. impian saya jauh lebih besar dari itu... saya nak ada master dan phD... saya tahu saya bukan seorang pelajar yang pandai untuk dapat first class dan dapat sambung belajar phD dengan percuma... saya kena usaha sendiri... saya kena kumpul duit dengan lebih serius... dan saya kena belajar betul-betul...
Salah satu cara saya untuk menjadikan impian saya satu kenyataan... saya ambil biasiswa dari kptm yang menjanjikan untuk taja saya belajar master sebelum melantik saya menjadi pensyarah di poli... saya tahu saya tak kaya,... saya kena ambil peluang ni... selain tu saya juga perlu berjimat cermat... makan malam saya... beli sebungkus nasi yang padat... kongsi dengan roomate saya... dan beli telur dadar goreng sahaja... harganya tak sampai rm2... tengah hari pun saya biasa makan roti 50sen jer... bukan semata-mata nak jimat tapi juga nak kejar masa... banyak kerja yang perlu disiapkan... impian adalah perkara no 1 dalam hidup saya... saya sanggup buat apa sahaja asal ia menjadi nyata....
Masa di universiti... saya selalu berkejar-kejar untuk ke kelas... sangat jarang saya berlenggang ke kelas kecuali masa masih terlalu awal... saya akan pastikan saya menepati waktu... di universiti juga saya selalu bereksperimen dengan kehidupan... apa yang saya dapat lihat... kalau subjek tu saya hanya meniru assigmentnya... saya akan dapat result rendah... tapi kalau subjek tu saya buat sendiri... mesti result akhir saya dapat tinggi....pesan saya kepada anda pastikan anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna...lakukan tugas anda dengan sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh... kerana anda akan merasai sendiri manisnya sebuah kepuasan hasil dari usaha kita sendiri... orang-orang di sekeliling anda juga akan menyukai anda... berebut kawan anda nak jadi ahli kumpulan anda...
Untuk pengetahuan korang.. saya bukan seorang yang pandai dalam bidang matematik... saya hanya seorang yang sangat meminati bidang fizik... sepanjang pengajian saya di universiti.. saya tak pernah dapat A subjek matematik... untuk berada di bidang mekanikal ni... kita tak perlu hebat dalam semua cabang matematik... tapi kita perlu paksa diri kita untuk memahami kaedah matematik yang perlu digunakan oleh kita dalam bidang kejuruteraan... sesungguhnya bidang kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan matematik... perlu buat pelbagai latihan untuk mengenali pelbagai jenis permasaalahan...
Setiap manusia pasti akan buat silap... begitu juga saya... 2 kali saya buat silap dalam proses pembelajaran saya... saya harap tiada kali yang ke 3... kes-kes ini berlaku untuk kertas terakhir untuk final exam... mood nak exam dah hilang diganti dengan mood balik kampung... kesalahan yang pertama saya pusing KL dengan kakak saya sehari sebelum exam.... kes ke 2 saya taip cerpen sehari sebelum exam tanpa belajar betul2.... dalam ke 2-2 kes ini saya mendapat C subjek tersebut.... dan pada kedua-dua semester tersebut saya mendapat pnm kurang dari 3... dan ia juga menjatuhkan hpnm saya dengan sangat banyak.. subjek ini membawa jam kredit yang banyak... jadi ia sangat mempengaruhi pnm dan hpnm anda... saya tak nak anda menyesal seperti saya...
jangan cepat mengalah... saya nak kongsi cerita berkenaan ini... ada satu subjek tu... subjek teori yang banyak menghafal... dan lecturer ajar dalam bahasa inggeris sepenuhnya... saya tak faham pun apa yang lecturer ajar... duduk berbual jer dalam kelas tu... tapi saya tak pernah ponteng kelas tu... masa kuiz last... saya dapat 1/10 jer sebab tiru kawan... tapi saya tak putus asa... masa study week saya belajar betul2... akhirnya saya berjaya subjek ni... yang penting doa... yakin kepada diri sendiri... dan jangan putus berdoa... bersangka baiklah kepada Allah...
dekatkan diri kepada agama... dekatkan diri kepada Allah... kejarlah akhirat... nescaya dunia akan mengejar anda... jika di siang hari anda puas belajar tentang ilmu keduniaan... di malam hari... carilah ilmu bekalan untuk anda ke akhirat... tapi kalau anda mengejar dunia... hanya dunia yang anda akan dapat... saya ada pengalaman tentang ni... bila saya dekatkan diri kepada agama... saya punya result tak pernah jatuh bawah dari 3.40...
masa degree saya dapat tahu... biasiswa saya hantar surat cakap diorang tak akan tanggung saya belajar di peringkat master... apa boleh buat... kita hanya merancang... Allah yang menentukan... Alhamdulillah... bila dah habis degree tu cukup la duit simpanan saya untuk saya sambung master... tapi saya sambung master dalam penyelidikan sebab nak dapat elaun.. mungkin duit yang saya simpan tu boleh guna untuk phD pulak... saya sambung master sebaik sahaja dah habis degree... sebelum dapat elaun... saya guna duit sendiri dulu... bila dah dapat elaun... elaun saya 1600 sebulan... saya hanya guna 600 sebulan... 1000 lagi saya simpan untuk sambung belajar di peringkat phD nanti....
Namun dikala saya sibuk mengejar impian.... kita hanya merancang... Allah telah menentukan segalanya.... impian saya hancur berkecai... saya dipaksa datang bertugas di sini... kalau tak saya dianggap melanggar perjanjian biasiswa.... apa boleh buat... saya bukan anak orang kaya untuk bayar denda 100K untuk langgar perjanjian... saya perlu turutkan sahaja... takdir yang telah ditentukan untuk saya... yang menemukan kita disinii...
Pernah dengar? kita tak mampu nak mengubah arah angin... yang kita mampu ubah hanyalah sayap kita... saya tak mampu ubah takdir ini... biarpun ia bagai meranapkan impian saya... saya hanya mampu mengubah impian saya... nekad... impian saya yang baru... biarlah impian saya seorang sahaja yang musnah... tapi saya akan pastikan impian anda semua menjadi kenyataan... macam santa claus pula...hehe.. impian saya sekarang adalah melihat impian anda semua menjadi kenyataan.... sebenarnya... saya boleh sambung master saya secara jarak jauh dan sambilan... tapi kalau saya sambung master saya/... saya tak mungkin dapat memberi khidmat terbaik untuk anda semua... saya pasti akan sentiasa sibuk...
saya putuskan saya betul2 berhenti mengejar impian saya buat sementara waktu... biar saya fokus dengan kerja saya dahulu... insyaAllah... ada rezeki saya kembali sambung mengejar impian saya.... saya tak akan mengalah dan berhenti disini... minta tolong doakan saya sekali...
jadi sekarang anda semua dah tahu kisah hidup saya dan impian saya... saya nak awak juga tahu... saya sanggup buat apa sahaja untuk melihat impian anda semua menjadi nyata... saya tak kisah andai saya tak dapat makan tengahari.... saya tak kisah saya tak dapat bercuti di hujung minggu... asalkan impian kita semua menjadi kenyataan... saya hanya mampu memberi komitmen dan masa saya untuk anda... tapi hanya anda yang mampu menentukan impian anda benar-benar menjadi kenyataan atau tidak...saya akan sentiasa dan terus mendoakan anda semua....
Labels:
Dunia Pendidik
Hari ni dapat 1 sms... sms iklan politik... rasa nak balas jer sms tu... tapi tak cukup keberanian... sebab saya ni pengecut... jadi saya balas di sini la ...untuk memuaskan hati saya sendiri... antara yang dijanjikan dalam propaganda tersebut adalah...
1. 3000 Rumah rakyat
Jawapan: setakat 3000 rumah rakyat tu.... bukan saya dapat pun... orang lain yang dapat... tak ada kena mengena dengan saya... nak bantu orang bantulah mereka mendapat sumber pendapatan... bak kata orang... bagi pengail bukan bagi ikan...ok? Lagipun rumah rakyat biasa memerlukan geran tanah untuk memohon dan orang yang betul2 miskin biasanya tidak mempunyai geran tanah... minta bagi perhatian...
2. Uitm KB
Jawapan: Uitm KB... bukan kat tengah bandar KB tu dah ada ker UiTM KB? ker apa ke benda tu? ker nak perbesarkan? tulis la betul-betul... hmm... tapi nak komen IPT kat kelantan biasa tawar kursus sastera dan benda kebudayaan tu... jarang yang tawarkan bidang kejuruteraan dan sains teknologi... kenapa yer? tak nak orang kelantan maju ker?
3. Lebuh raya KB-K. Krai
Jawapan: Kalau setakat buat lebuhraya lepas tu kena bayar tol... baik tak payah... lagipun sekarang ni jalan KB ker Kuala Krai dan baru dan cantik... buat apa la nak membazirkan duit buat lebuh raya lagi... nanti bertambah kemalangan bila orang bawa kereta laju di lebuh raya...
4. Masjid Terbesar
Jawapan: Buat apa nak buat masjd besar-besar? nak bangga diri? nak buat jadi tempat pelancongan macam masjid kristal tu? tak payah la jadikan masjid tu barang untuk dimegahkan... masjid yang dah ada pun kosong.... nak buat masjid baru yang besar? boleh blah... tolong la.... imarahkan masjid dulu... pastikan masjid yang dah ada tu penuh dulu... cuba guna duit yang nak buat masjid besar tu untuk buat program mendekatkan anak muda dengan masjid... buat aktiviti yang mampu menarik perhatian anak muda untuk pergi masjid... ni buat masjid besar... yang tua nak ke kubur jer pergi... untuk anak muda korang rosakkan akhlak mereka dengan hiburan semata-mata... aduhai....
5. Stadium baru
Jawapan: Nak buat stadium baru nak buat apa... saya pasti ni kes nak bermegah juga... tahu la penyokong red warrior ramai... tapi.. rasanya pembangunan stadium baru hanyalah satu pembaziran... dari buat stadium baru,... baik taja jersi baru untuk pemain bola yang menutup aurat... dapat pahala... boleh la kalau pemain bola nak sujud syukur lepas menang... tak ada la berlaku kes sujud syukur tanpa menutup aurat... ataupun sediakan tempat solat yang besar di stadium untuk penyokong sama-sama dapat solat berjemaah bersama sebelum menonton aksi bola... ingat... akhirat itu jauh lebih penting dari keduniaan...
6. Bas rapid kb
Jawapan: Cara nak buat bas rapid kb tu macam kb tak ada bas... kan transliner dah ada... tak perlu la rasanya rapid kb...kalau ada rapid kb kang mampus pula syarikat transliner tu... syarikat orang melayu islam perlu kita sokong... tak perlu lah nak tambah macam2 jenis bas bandar...
7. Air bersih
Jawapan: Air bersih? haha... selama ni tak cukup bersih ker air? negeri lain bersih ker airnya? saya tak guna air bekalan ni... saya guna air telaga... begitu juga kebanyakan orang kelantan... kami guna air telaga atau unjang... air paip mungkin hanya digunakan di kawasan yang betul2 bandar sahaja... yang tak boleh nak cari sumber air lain... saya rasa selagi nama air proses yang dihantar... susah nak capai piawaian bersih tu....
Saya sebenarnya tak memihak kepada mana-mana parti politik... cuma sms ni membuatkan saya tergelak... dah la sms ni tahu nama penuh saya... dan dihantar ke dua-dua nombor handphone saya... Saya cuma berharap.... lain kali nak buat manifasto... jangan terlalu materialistik... tolong lihat macam mana nak bangunkan manusia buat teknologi semata-mata... kena masyarakat sekarang semakin runtuh dihempap kemajuan teknologi yang disalah guna.... bila masyarakat runtuh... negara juga akan musnah nanti... Saya sayang negeri dan negara saya.....
Kekadang kesunyian mencengkam diri... tiada insan disisi untuk berkongsi rasa... hanya mampu dipendam di hati atau menangis sendiri di malam hari... di kala insan lain punya teman... tempat mencurah kasih sayang... memang diakui saya cemburu melihat mereka... terfikir bila saya akan bertemu dengan jodoh saya...
Ditambah pula bila sahabat disisi telah punya calon... calon bukan sebarang calon... lelaki yang selalu menasihati ke arah kebaikan dan kaki masjid... bukan senang nak cari kaki masjid zaman sekarang ni... nak cari yang solat cukup 5 waktu dan menjaga aurat pun susah...tapi terfikir juga... beruntung saya tak ada calon lagi... insyaAllah saya akan jaga diri saya supaya tiada dating sebelum kawin...
Terfikir juga... teruk sangat ker saya ni? tak layak untuk menerima mana-mana lelaki... dan tak pernah seorang pun lelaki minat pada saya... hmmm... hodoh sangat ker saya ni? kasar sangat ker saya ni? buruk sangat ker penampilan saya? tiada lelaki yang berani dekat... apatah lagi untuk cuba mencuri hati ini...
Bila lama-lama fikir... saya teringat kenangan masa lalu... semasa usia baru menginjak remaja... semasa saya mula mengenal apa itu cinta...(bukan saya bercinta... tapi mula melihat orang lain bercinta)... saya pernah berdoa... agar tiada lelaki yang akan jatuh hati kepada saya... selain suami saya.... kerana saya takut dikecewakan cinta dan mengecewakan hati orang lain... mungkin kerana itu... selagi saya belum bertemu teman hidup saya... saya tak akan dicintai mana-mana lelaki... Alhamdulillah... Allah telah memakbulkan doa saya itu...
Tambahan pula...hati saya ni terlalu rapuh... mudah sangat pecah dan terluka... mungkin sebab itu Allah tak nak memberi ujian cinta kepada saya sebab Dia tahu saya tak akan mampu menanggungnya... Dia hanya akan memberi beban yang mampu ditanggung hambaNya... Pasti hati saya akan pecah berderai andai saya putus cinta... sebab kalau perkara kecil pun dah boleh terluka.. inikan pula perkara yang melibatkan hati dan perasaan yang paling dalam...
Tapi bila fikir dalam-dalam...secara positif... saya ni bukan seorang perempuan yang baik... kawan saya yang dah ada calon tu memang jauh lebih baik dari saya... dah la pandai memasak... pandai bergaul... walaupun dari luaran mungkin nampak saya macam seorang yang baik... hati saya hanya Allah yang tahu... selalu berperang dengan nafsu sendiri.... ramai yang tertipu... maaf saya bukan sengaja... jadi untuk dapat jodoh... saya kena ubah diri saya untuk jadi lebih baik...
Sebab lain yang menyebabkan saya masih belum bertemu jodoh adalah... Allah nak saya betul-betul membahagiakan ibubapa saya dahulu... kalau saya kawin nanti... pasti masa saya bersama ibubapa saya akan terbatas... saya patut bersyukur dengan peluang dan ruang yang Allah beri untuk saya mengembirakan ibubapa saya... Alhamdulillah...
disaat sekarang dengan statistik penceraian yang meningkat... perkahwinan juga akan menjadi perkara yang membimbangkan... bila dah kawin.. mesti nak bahagia sampai syurga kan? kurang-kurang saya tak perlu bimbangkan perkara ini kerana mana mungkin saya bercerai kerana saya belum pernah berkahwin...
Untuk mendidik anak-anak juga bukan tugas yang mudah di akhir zaman ini... bila jadi pendidik kurang-kurang saya dapat pengalaman mendidik anak-anak remaja... seringkali hati terluka... saya harap sangat supaya saya tak akan mendoakan perkara buruk kepada anak didik saya... ya Allah... berilah saya kesabaran...
Saya juga perempuan biasa... ada hati... ada perasaan... ada nafsu... seringkali hati tertanya sampai bila penantian ini berakhir.. sampai bila saya akan hidup sendiri... meredah gelora kehidupan yang tak pernah tenang... siapa dia? mampukah dia membahagiakan saya? atau mungkin saya biarkan saja... ketentuan Allah memberi jawapan...
Bukan saya tak usaha... telah saya usahakan mana yang saya mampu... terkadang saya tertanya pada diri sendiri... betulkah jalan yang saya pilih? halalkah cara saya ini? hati saya jadi keliru.... saya mahu dia hadir dalam hidup saya dengan cara yang halal... dan kami disatukan dengan cara yang halal... dengan tujuan mencari Cinta Nan Satu... Yang Maha Memberi Cinta... moga saya dan dia mampu membahagiakan satu sama lain sampai ke syurgaMu...
Alahai... bila mak saya nak kawinkan saya secara paksa... itu adalah perkahwinan idaman...haha... biar orang lain tak nak... tapi saya nak... sebab saya ni UNIK... Mama... saya sunyi sendiri... hidup sebatang kara di seberang laut... cepatlah cari calon untuk saya...haha... (kalau lah mampu mama dengar luahan batin ku ini...)
kini telah genap 2 tahun saya menjadi pendidik... genap 2 tahun juga la saya meninggalkan impian saya... dan membina impian baru untuk menjadikan impian orang lain 1 kenyataan... eh... tugas pendidik ni agak-agak macam santa claus pula... menunaikan impian orang lain... tidak... santa claus tu hanya karut marut kristian... tiada di alam nyata... tapi pendidik hidup di alam realiti... ini bukan tugas mudah....
2 tahun saya menjadi pendidik.... banyak benda yang saya pelajari... baru saya benar-benar faham apa perasaan seorang guru... betapa susahnya menjadi seorang guru... betapa susahnya mendidik pelajar untuk berjaya dan mencintai ilmu itu... realiti yang dapat saya rasa mendidik pelajar untuk lulus jauh lebih susah berbanding memastikan diri sendiri dapat anugerah dekan....
Pendidik bukan sahaja perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk mengajar... tapi perlu mempunyai kekuatan dari segi fizikal... mental dan spritual... serta emosi...Fizikal untuk berkejar ke kelas dengan menepati masa.... mental untuk tahan dengan tekanan kerja yang banyak... dan emosi untuk mampu menahan marah dengan pelbagai kerenah pelajar...
Saya akui... sejak jadi pendidik ni... hampir setiap malam saya menangis... mengenangkan pelajar-pelajar saya... saya ingin melihat mereka berjaya... ingin melihat mereka mencapai impian mereka... tapi kekadang mereka ni tidak bersungguh-sungguh.... kadang-kadang saya lebih bersungguh dari mereka untuk melihat mereka berjaya... ini memang menguji kesabaran saya...
ada masa saya rasa saya bukan pendidik yang baik... yer... saya tak mampu menarik minat pelajar saya untuk mencintai ilmu yang saya ajar... hingga kekadang saya akan menyalahkan diri saya jika pelajar saya ponteng atau gagal... saya akui... saya langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam pendidikan... ilmu dari segi kaunseling... saya hanya cuba jadi pendidik impian saya... saya memang tak mampu nak didik pelajar dalam bilangan banyak kerana tak mampu nak beri perhatian kepada semua pelajar... mungkin saya hanya mampu mendidik pelajar dalam kelompok kecil... sebab saya dah biasa buat study group dalam kelompok kecil masa saya di universiti dulu.... saya benar-benar berharap pelajar saya dapat maafkan saya atas kelemahan saya ini...
Kini saya lebih menghargai jasa pendidik-pendidik saya... terima kasih kepada semua yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak langsung... jasa anda semua memang tidak mampu untuk saya balas....
Labels:
Dunia Pendidik
Setelah lama saya membisu.... saya nak cakap pasal unik.... kenapa saya pilih tajuk ni? sebab saya sememangnya seorang yang unik... tak percaya... boleh tengok gambar di atas.... apa keunikan yang ada? tengok saja pada bulatan merah.... baju yang orang perempuan sekarang anggap kolot.... tak sesuai dibawa jalan2 bersiar ditempat hiburan dan pusat membeli belah... mungkin hanya sekadar uniform kerja... tu pun terpaksa.... inilah pakaian kegemaran saya... selesa dan bebas... boleh jer saya pakai pergi kelas dan makmal walaupun saya berada di bidang mekanikal...
saya sebenarnya nak cakap pasal unik.... bukan pasal baju... jadi kita beralih ke tajuk asal kita... U.N.I K... unik sebenarnya bermaksud lain dari yang lain... kenapa orang pandang pelik kepada orang yang unik? kerana mereka lain daripada manusia lain... kadang-kadang orang yang unik ni dipandang macam makhluk asing....pada saya tak salah kita jadi seorang yang unik... asal kita tak melanggar hukum Allah...
Ingat balik sejarah kedatangan islam.... Islam dari sebagai agama yang asing... dan di akhir zaman juga islam akan dianggap asing... cuba saja kalau kita makan menggunakan tangan... pasti ada yang bertanya... kenapa makan guna tangan... tak guna sudu? kalau cerita dalam tv... perempuan yang makan dengan tangan di tunjukkan sebagai seorang yang gelojoh... tergamak kita menganggapnya begitu... lupakah kita cara Rasulullah s.a.w makan? Baginda makan menggunakan tangan.. jadi sunnah baginda dianggap kolot?? Ah... mungkin mereka ini lupa... atau jahil (jahil bermaksud tak tahu)... banyak sebenarnya kelebihan makan menggunakan tangan... salah satunya makanan akan mudah hadam... (padan la saya ni mudah lapar...hehe...)
Unik bukan sahaja dari segi cara makan atau pakaian... tapi juga dari segi pergaulan... kolot kan perempuan tu kalau belum pernah bercouple? haha... perempuan tak laku... jual mahal sangat... padan muka... dengan lelaki cakap mahu serius saja... mana ada yang tak takut... itu semua salah... realitinya orang yang tidak pernah bercouple bukan sebab tak laku... tepi mereka sememangnya seorang yang sangat setia... setia menanti yang halal datang dalam hidup mereka....
Cara membaca saya pun unik... saya akan membaca sambil berbaring di atas katil.... kalau orang lain mungkin boleh tertidur... tapi tidak bagi saya... membaca sambil berbaring terutamanya kalau menghafal jadi lebih berkesan... hipotesis saya ....ini terjadi kerana apabila oksigen akan mudah sampai ke otak semasa kita berbaring berbanding semasa kita duduk disebabkan pusat graviti otak yang lebih rendah apabila kita berbaring....
Unik sebenarnya adalah istimewa.... bosan kan kalau semua sama sahaja... tiada variasi...