Andai kita tahu...
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:59 PG
siapa jodoh kita...
bila ia akan menjelma...
dimana kita menemuniya...
bagaimana kisahnya permulaanya..
pasti tiada risau dihati kita...
tetapi...
jodoh adalah rahsia tuhan...
Andai kita tahu...
Pasti zina akan berleluasa...
tiada lagi gadis suci...
yang menjaga maruah dirinya...
kerana mereka akan menyerahkan kesucian...
pada lelaki yang menjadi jodoh mereka...
tiada yang perlu mereka risaukan...
kerana pasti lelaki itu akan mengahwini mereka...
Andai kita tahu...
Bila ajal menjemput kita...
Bagaimana nyawa kita diambil...
Dimana kali terakhir kita bernafas...
Tetapi
Maut juga rahsia tuhan...
Andai kita tahu...
Mati kita esk hari...
Pasti kita akan bertaubat..
Tidak memikirkan tentang dunia...
Andai kita tahu...
Mati kita sedekad lagi...
Pasti kita terus mengejar dunia..
Sehingga kita lupa pada pencipta..
Andai kita tahu...
ajal kita di dalam kereta...
sudah pasti kita tidak akan naik kereta...
kerana takut nyawa diambil...
Andai kita tahu
Rezeki kita...yang menjadi rahsia tuhan..
Pasti kita malas berusaha...
hanya hidup menggoyang kaki...
Sedarlah manusia...
Andai kita tahu...
Segala takdir keatas kita...
Segala rahsia tuhan...
Dunia pasti berantakan...
Kerana setiap manusia sudah tahu penghujungnya...
jadi...
Biarlah rahsia itu tetap menjadi rahsia...
Kita cuma akan tahu...
Bila tiba saat dan tikanya...