Layakkah Aku??? (Siri 6)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:34 PG
Siri 6
“Benda ni kalu kita letak ais..pastu minum ngan straw mantap siot.” Kata Kak Huda sambil mengangkat sebotol cecair berwarna hitam pekat.
“Benda apa tu Kak Huda?” aku bertanya dengan penuh kehairanan. Aku nampak cam ubat batuk jer.. Tapi kalu ubat batuk mana best. Kalau aku batuk pun malas nak makan ubat.
“Laa…ni ubat batuk la…takkan kau x kenal?” kata kak Nadia menyampuk perbualan aku dan Kak Huda.
“Yer..saya nampak cam ubat batuk. Tapi kalu ubat batuk, x kan best” balas ku.
“Memang best…tak caye ko try la dulu.”Kak Huda melemparkan botol ubat batuk kepada saya.
“Tak nak la…Saya x suka… Lagipun takut nanti ketagih lak” aku menolak.
“Ko tak nak try tak per. Lain kali, kalu ko nak try ko bg tau kitaorang jer. Haa…Amy, terang la kat Si Mira ni apa patut dia buat” Kak Huda mengambil balik botol tersebut.
“Yer la Kak Amy… Saya pun dah tak sabar nak dengar ni”
“Ok…dengar betul-betul. Aku malas nak ulang. Sekali cakap jer” kata kak Amy
“ Ok..ok… saya dah buka telinga besar-besar ni” aku cuba buat lawak sikit untuk mengamatkan keadaan.
“First, nanti we all akan perkenalkan u ngan sorang dato ni…”
“Hah…pastu nanti sy kena jadi pelacur la. Tak nak la kalu macam tu. Maruah saya bukan untuk dijual beli. Baik saya hidup miskin daripada hidup kaya tanpa harga diri.”
“Ko ni potong line la. X habis lg apa aku nak cakap. Dengar dulu betul-betul…nanti habis baru ko cakap, boleh?” Marah kak Amy.
“Ok…saya dengar dulu.” Balas ku.
“ Ok..good. We all bukan nak jadikan u sebagai pelacur. Bukan we all nak jual u. We all just nak tolong u. U nak ikut ker tak nak terpulang kat u sendiri. Ok..kita sambung pasal tadi. Nanti, biasanya kalu dato tu minat kat u. Dia ajak u berkaroeke malam ni. U teman jer dia karoeke. U buat dia minat sangat kat u, sampai dia sanggup buat apa saje untuk u. Pastu u kikis la duit dia banyak2. Ikut suka u la nak banyak mana. Ni la cara paling senang nak kaya. Masa karoeke nanti…kalu dia nak barang u…pandai-pandai la u elak. Kalu u nak bagi pun kita orang tak kisah. Kalu u bagi, mesti u dapat duit lebey. Lagipun u kan fresh lagi. Kalu u x nak bagi pun, u boleh simpan asset tu untuk korek lagi harta dia. Semuanya terpulang kat u, we all hormat segala keputusan u. Tapi ingat nanti jangan guna saya, awk… cam kampung jer.. Guna I n U lagi mesra. Hehe…”
“ Ooo…Ok.. tapi takut juga ek. Nanti kena serang ngan Datin ker..” aku setuju tetapi sedikit takut.
“Yang tu, u jangan risau. Datin tu tengah sakit tenat. Sebab tu Dato tu kesunyian. Lagipun, kalu ada apa-apa berlaku. We all ada untuk protect u. ” Kata Kak Huda bagi menenangkan aku.
Kami menunggu kedatangan Dato tu. Aku rasa berdebar-debar. Betul ker keputusan yang aku buat ni. Layakkah aku menggunakan kecantikan yang tuhan berikan pada ku untuk mengoda suami orang dan mengikis duit lelaki tersebut? Layakkah aku untuk merosakkan rumah tangga orang lain yang dibina puluhan tahun? Tiada belas kasihan ker aku untuk menghiris hati seorang perempuan bergelar isteri yang mendambakan kasih seorang suami ketika dia sengsara menghadapi penyakit? Ahh…apa aku peduli dengan semua itu..yang penting impian aku jadi kenyataan. Aku nak kaya. Kalu bukan aku pun, orang lain pasti akan ambik kesempatan terhadap dato ni. Jadi dari melepas kat orang lain. Baik aku ambik.
“Hey.. Sape ni.. U all tak pernah kenalkan kat I pun. Beautiful..” teguran seorang lelaki tua itu mengejutkan lamunan ku.
“Her name is Amira. Just call her Mira. Dia ni fresh lagi Dato. Ni pun first time dia datang sini.”
“Good…Boleh tak I nak minta dia teman kan I berkaroeke malam ni. Tuan cantik, suara pun mesti merdu.” Dato menghulurkan tangannya mengajak ku ke bilik karoeke yang telah disewanya.
“ Yes…boleh dato…tapi karoeke jer la ek?” Aku menyambut tangan Dato tu dan mengikut jejaknya.
“Ok..nanti I bayar u Rm1000 boleh? Tapi jangan la panggil Dato. Just I n u jer..Mesra skit ” dato membuka pintu bilk karoeke tersebut.
“Ok..Dato…err…sorry silap..” aku tersalah
“Nah..Nanti tak ingat nak bagi plak …hehe..maklum la dah tua..” Dato memberikan aku wang tunai Rm1000.
Terbeliak mataku melihat yang sebanyak itu berada di tangan ku. Aku terus memasukkan wang tersebut dalam handbag ku. Hatiku gementar kerana aku belum pernah lagi duduk berdua dengan lelaki. Aku masih ingat kata-kata ustaz sekolah ku. Ada benda ketiga yang akan duduk bersama dua orang lelaki dan perempuan yang tiada hubungan sah iaitu syaitan. X per la..Kalu berlaku apa-apa pun. Dato tu dah tua aku mampu elak. Aku cuba kuatkan semangat. Aku melabuhkan punggung jauh sedikit dari Dato itu. Semakin lama aku rasa dia semakin dekat dengan ku. Aku cuba mengesotkan badan menghampiri dinding. Tapi tak lama kemudian bahu ku dan bahunya bersentuh semula.
“U.. boleh leh u duk jauh skit… I rimas la… Tak biasa..Lagipun kita nak karoeke jer kan.” Aku cuba memujuknya dengan nada menggoda. Walaupun aku tahu perempuan haram mengunakan nada suara tersebut untuk orang lain melainkan suaminya. Tapi demi duit…x per la…nanti tua skit kita taubat la.
“ Oo…sorry…I tak perasan tadi. Best sangat karoeke dengan u. Rasa macam tengah karaoke ngan artis plak.” Dato tersebut meminta maaf dan memuji ku.
Kami meneruskan karoeke kami. Aku rasa selamat skit. Dato tu dah tak dekat sangat dengan aku dah. Tengah aku asyik menyanyi part aku. Tetiba aku rasa sesuatu merayap dipaha ku. Aku lihat dibawah.
“U jangan nak raba I. U bayar untuk karoeke jer. Maruah I bukan untuk dijual beli.” Marahku.
Aku sangat marah. Aku cuba untuk keluar dari bilik tu sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Tetiba Dato tu menarik aku dan cuba untuk memperkosaku. Dia menjatuhkan aku keatas sofa. Aku perlu lari. Kalu tidak..hidupku musnah..harapanku punah….Aku dengan sekuat hati menendang anunya. Dato itu mengerang kesakitan. Aku mengunakan kesempatan ini untuk keluar dari bilik itu. Aku lari sekuat hati. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang dan terjatuh. Aku pandang ke belakang. Dato itu masih cuba mengejar aku. Mampukah aku untuk bangun semula dan terus melarikan diri. Layakkan aku menerimaan dugaan hidup seteruk ini? Aku rasa aku memang layak dapat layanan begini kerana ini adalah pilihanku bukan salah sesiapa.
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”