Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Layakkah Aku??? (Siri 15)

Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:43 PG
“ Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun. Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang. Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut. Mungkin itu perangkap samar untuk kita. Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini.”

Siri 15

Pemuda itu membuka helmetnya. Ya…aku kenal pemuda ini… dia rakan sekuliahku… Khairul Azhar… seorang pelajar yang sangat pendiam..tetapi pintar. Walaupun sekuliah kami belum pernah berbicara walau sepatah pun. Dia memang sangat menjaga pergaulannya. Aku kagum dengannya.

“Assalamualaikum.. ni beg anti… boleh ana bantu??”

“Terima kasih banyak-banyak sebab tolong Mira.. Mira x boleh nak jalan.. Kaki mira terseliuh…”

“Apakata anti telefon sahabat anti… Mana tau mereka boleh tolong… Ana nak tolong pun.. ana ni lelaki.. Maafkan ana… x dapat nak bantu..”

“Betul juga… ok…terima kasih bebanyak… Khairul pergi la kelas dahulu… kelas dah nak mula ni.”

“Kalu ana pergi.. ana takut ada apa-apa terjadi kepada anti.. anti pun masih x mampu berjalan… biar ana tunggu anti disini… sampai kawan anti sampai…”

Belum sempat aku menelefon… Aku ternampak kawanku yang berkereta..Aku meminta khairul untuk menahan mereka…Aku menaiki kereta itu dibantu kawanku.. Khairul terus memecut motornya untuk ke kelas..

*****************************

Petang itu… tetiba Maz datang ke bilikku…

“Salam… apa khabar ko?”

“Aik..macam tau-tau jer ko ni… tertiba datang terjah bilik aku… kaki aku ni terseliuh… kena ragut pagi tadi ”

“Hahh…kena ragut?? Kesiannya.. Macam mana boleh jadi… Padan la aku rasa cam x sedap jer… Tu yang aku datang cari ko..”

“Tengah aku jalan gi kelas…Tetiba ada orang tolak aku dari belakang.. pastu aku jatuh dan beg aku kena ragut…Nasib baik ada budak kelas aku yang tolong aku… dia dapatkan balik beg aku tu… Nasib baik ada dia.. dah la baik budaknya… walaupun aku dah nekad membenci lelaki dan x nak jatuh cinta lagi sejak kejadian sem lepas.. tapi aku rasa aku dah jatuh hati dengannya…dia berjaya membuka hatiku balik…heheh”
“Apa nama budak tu? Mesti baik sangat sampai ko pun dah minat dia…”

“Nama dia Khairul Azhar… budaknya baik… pendiam… bijak plak tu…pastu selalu aku tengok dia gi masjid lepas habis kelas… memang beruntung sape dapat jadi isteri dia… Tapi aku ni dah kotor.. X layak untuk dia.. X mungkin dia nak kat aku...”

“Ishh…ko ni… jangan cakap camtu… ko kan dah berubah.. Mana tau suatu hari nanti kau akan jadi milik dia.. kita x tau pasal jodoh ni… dah ditetapkan tuhan semuanya…”

Layakkah aku untuk mendambakan lelaki yang sempurna seperti khairul sedangkan aku hanyalah perempuan yang penuh kekurangan…Bagai langit dengan bumi..Walaupun begitu… dengan semangat dari Maz.. aku cuba mendekatkan diri dengan khairul… Aku berjaya mendapatkan nombor telefon dan emailnya.. Hubungan kami juga semakin rapat…khairul menerima aku seadanya… kami selalu berym dan bersms tentang pelajaran. Tiada ungkapan sayang dan cinta dalam perbualan kami. Kami juga tidak pernah keluar berdua… aku semakin mudah memahami pelajaran apabila diajar oleh khairul… ini membuatkan rasa cinta aku kepadanya semakin menebal. Cuma satu yang aku hairan… aku semakin tidak dapat menumpukan perhatian semasa didalam kelas ketika pensyarah sedang mengajar… mataku selalu sahaja terarah kepada khairul… bukannya slide dihadapan kelas… hatiku juga sering teringatkan dia… adakah ini dikatakan cinta??

**************************************

Kini setahun sudah berlalu… Akademikku sudah semakin meningkat… Kini aku berada di tahun akhir… Segala rasa cinta dihati aku kepada khairul selama ini… aku luahkan kepada Maz dan Fatimah…Fatimah ada menasihati aku…

“Mira… imah nak tanya… mira dah bersedia untuk dilambung ombak”

“apa maksud imah… mira x faham…”

“bak orang kata…kalau takut dilambung ombak… jangan berumah ditepi pantai… Mira… kalau rasa kapal belum cukup kukuh… jangan cuba belayar di lautan ganas… sedangkan titanic pun tersungkur dilautan…inikan pula kapal-kapal kecil…”

“Berpuitis plak imah ni… imah maksudkan apa?”

“tentang mira dan khairul… jangan cuba ditagih cinta manusia… andai diri belum cukup kuat untuk menerima kekecewaan… hanya cinta sempurna dari Allah yang tidak akan memberi kecewaan… cinta manusia hanya sementara…dan mungkin berubah… bukan cinta yang hakiki dan abadi…”

“jadi???”

“Ana tengok anti dengan khairul tu dah semakin rapat… ana rasa… baik anti hati-hati.. jangan dekati zina.. jangan biarkan syaitan mempengaruhi anti”

“Zina…Nauzubillah.. Imah… x mungkin sy nak buat… keluar berdua pun x pernah… inikan pula nak buat benda terkutuk tu…”

“Ana bukan kata zina tu… tapi perkara yang menuju kearah zina..”

“kami x pernah cakap benda-benda yang berkaitan hati dan perasaan.. kami hanya bincang pasal pelajaran jer bila jumpa… bersentuh pun tidak… bergayut pun tidak.. Kami x buat apa yang diharamkan… kami tahu batas pergaulan itu dan kami jaga batasnya… Mira pun selalu keraskan suara bila cakap ngan dia…salah lg ker hubungan kami… kami jaga segala batas kami mengikut Islam”

“Memang la dari segi luaran x nampak… tapi dari segi hati macam mana??? Mungkin bukan zina lain… tapi zina hati macam mana… susah nak elak kalu mira kawan rapat macam tu… x der ker kawan mira yang perempuan yang boleh mira ajak wat study group bersama dan bincang pasal pelajaran?? kenapa mira perlu pilih dia… dia lelaki mira… mira pun tahu antara lelaki dan perempuan… ada syaitan di tengahnya.. yg sentiasa menghasut manusia…”

“kawan perempuan tu ada… tp ngan dia… mira lg mudah faham… kami duk bincang pun bukan tempat tertutup… tempat terbuka… ramai org lalu lalang…. InsyaAllah.. syaitan x sempat nak ambik kesempatan…”

“Ana cuma mampu memberi nasihat… terpulang pada mira untuk menerimanya… sesungguhnya antara lelaki dan perempuan… mereka hanya boleh berinteraksi untuk perkara penting sahaja… bagi ana x der istilah kawan apatah lagi kawan rapat antara lelaki dan perempuan…”

“Tapi kalau macam tu…macam mana nak cari jodoh nanti… kalu kita x kawan… nanti kita x kenal…”

“Bagi ana… kita sebagai perempuan… cukuplah sekadar berdoa…”

“Tapi bukan ker doa perlukan usaha…. Jodoh x kan datang bergolek imah”

“yer… tp doa juga adalah usaha… kalu nak usaha dan dah bersedia… suruh la mak ayah carikan… x pun… kalau nak cari sendiri… masuk web baitul muslim ker… kahwin itu ibadat… jangan mulakannya dengan maksiat… lagipun… jodohkan telah di takdirkan sblum kita lahir lagi… mira x percaya pada takdir?”

“Mira percaya takdir… eh mira ada kelas ni… mira pergi dulu yer..”

Aku terus keluar dari bilikku… memang aku ada kelas… tp setengah jam lagi… aku keluar kerana aku dah x mampu nak jawab soalan bertubi-tubi imah… aku takut nanti aku kalah… dan aku terpaksa putuskan persahabatan aku dengan khairul. Ahhh.. xmungkin.. aku x kan putuskannya…

******************************

Tadi aku menerima sms daripada khairul.. katanya mahu mengajak aku makan bersama malam nanti… dia suruh aku bawa imah… x nak kami makan berdua… katanya ada perkara penting mahu dibincangkan… tentang masa depan kami… sekarang aku dan imah tengah menunggu kedatangannya di restaurant yang kami janjikan…

“Assalamualaikum” khairul datang menguntum senyuman…

“Walaikummusalam” selepas kami menjawab salam dan menempah makanan… khairul memulakan bicaranya…

“Begini sebenarnya… hajat sy datang kesini dengan niat suci… sy ingin menjadikan mira sebagai suri hidup sy..”

Aku rasa bagai tidak percaya… seperti dalam mimpi indah.. aku cuba mencubit tanganku… ternyata aku dialam nyata… putera idaman melamar aku… bukan sebagai aweknya… tetapi sebagai isteri yang sah… masakan aku nak tolak… pasti ibubapaku juga akan menerima khairul dengan tangan terbuka…

“tapi ada satu benda yang kena sy bgtau…. Andai awk bersedia menerima sy… awk terpaksa bersedia menerima madu”
“hahh.. Madu??? Tak…tak mungkin… sy tau sy penuh dgn kekurangan… tp awk x leh buat sy macam ni… sy punya perasaan….”

“ Sebab tu sy bgtau awk terlebih dahulu… kerana sy tau perempuan bukan senang untuk dimadu… sy faham…. “

“Awk x faham sebenarnya… kalu faham.. x mungkin awk buat sy macam ni… hubungan kita sampai disini sahaja… berkawan dengan awk pun sy x nak… halalkan segala ilmu yang awk dah bagi pada sy”

“ Tapi… awk dengar dulu penjelasan sy….”

Aku terus mengheret tangan imah dan mengajaknya pulang… dari jauh aku dengar khairul memanggil manggil namaku… aku biarkan dia…. Kini hatiku benar-benar membenci lelaki… lelaki semua sama… nampak jer baik tapi perangai macam setan… tegar dia menyakiti aku… aku tau la aku ni teruk… x baik macam dia… x layak pun aku nak jadi isteri dia… kalu dia rasa aku x layak… kenapa nak ambik aku jd isteri dia??? Kenapa aku mahu dimadukannya? Tetapi layakkah dia untuk menyakiti hatiku ini yang tulus mencintainya… dan layakkah aku menolak lamarannya secara baik dengan kasar dan biadab seperti itu… biarlah… segalanya sudah berlalu… aku mahu lupakannya… mungkin benar kata imah… aku x perlu mencari… biarlah jodohku datang sendiri… aku gantung jodohku pada takdir ilahi…

Bersambung...


“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”