Layakkah Aku??? (Siri 13)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:41 PG
Siri 13
“Alhamdulillah, syukur Mira dah sedar” ku terdengar suara yang amat ku kenali. Aku cuba lihat kearah suara itu datang.
“Maz, kat mana aku sekarang?”
“Kau kat hospital Mira. Kau dah koma selama 24 jam. Semalam, aku datang ke bilik kau, ingatkan nak buat surprise kat kau. Pintu bilik kau tak berkunci, jadi aku terus masuk. Bila masuk aku nampak kau pengsan dan banyak buih keluar dari mulut kau. Kat tepi kau ada botol ubat yang dah kosong. Mira, boleh aku tanya kau satu soalan?”
“Terima kasih kerana selamatkan nyawa aku, Maz. Aku nak bunuh diri Maz. Semalam aku rasa aku dah tak sanggup nak hidup. Alhamdulillah, tuhan dah datangkan kau untuk selamatkan aku. Apa dia kau nak tanya tadi?”
“Kau dah jawab soalan yang aku nak tanya tadi. Tapi..nape kau nak bunuh diri? Tu dosa besar Mira. Nanti mati tak masuk syurga.”
“Maz, aku bukan lagi seperti Mira yang kau kenal dulu. Aku dah kotor Maz. Kotor sangat-sangat. Semua dosa besar aku dah buat. Mungkin ni la balasan untuk perbuatan aku. Aku mengandung Maz. Maz.. doktor ada kata apa-apa pasal kandungan aku ni?”
“Sabar Mira, setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Anak dalam kandungan kau tidak dapat diselamatkan. Kau gugur Mira.”
“Tidak…aku dah membunuh satu nyawa yang tak berdosa. Aku yang sepatutnya mati bukannya dia. Bukan salah dia…tapi salah aku..Aku memang manusia yang tak berguna.”
“Mira… ajal maut di tangan tuhan. Mungkin tuhan biarkan dia mati supaya nanti dia tak hidup dalam penghinaan seumur hidupnya… jangan kau cuba untuk menyalahkan diri sendiri. Semua ni berlaku atas kehendakNya.”
“Maz… kau adalah seorang sahabat yang setia. Sentiasa berada di samping aku bila aku menghadapi kesulitan. Terima kasih banyak-banyak Maz. Aku tak akan lupakan jasa kau. Maz…boleh tak aku nak minta tolong kau skali lagi?”
“Tolong apa Mira? Aku sedia membantu semampu aku…Tapi kau kena janji ngan aku…kalu aku tolong kau....kau kena cepat-cepat sembuh..boleh?”
“Insya Allah…macam biasa la… Aku nak minta nasihat dan pandangan kau. Boleh?”
“Mmm…nasihat…tentang apa?”
“Masalah aku tetang kandungan tu dah hilang walaupun aku sedih mengenangkannya. Takkan aku ulangi kesilapan lalu. Masalah pertama adalah pasal pelajaran… Minggu depan dah exam.. Aku tak tahu apa-apa lagi ni.. mana sempat aku nak belajar. Jadi apa patut aku buat?”
“Aku pun bukan pandai sangat pasal study ni… cukup makan jer. Kau study la semampu kau.. Selebihnya serahkan kepada tuhan untuk menentukan. Tapi kau kena ingat…tidur biar cukup…jaga kesihatan kau… Jangan study hard sgt…but study smart. Jangan nanti kau study sampai tak tidur…tp otak ‘hang’ bila nak jawab exam. Aku percaya kau mampu. Kalu ada masalah pertama, mesti ada masalah keduakan? Masalah kedua apa plak?”
“Masalah kedua adalah masalah kewangan dan maruah. Aku ada masuk internet investment. Tup-tup syarikat tu syarikat haram. Dah kena sita. Aku dah ajak kawan-kawan aku masuk. Dah laburkan dah duit diorang. Camne aku nak gantikn duit diorang sedangkan duit aku sendiri pun aku laburkan semuanya kat situ. Yang ada Rm500 jer la…kat mana aku nak cari duit untuk ganti duit diorang? Kalu tak ganti … apa plak diorang akan kata kat aku?”
“ Mmm….gini, aku nak tolong pun aku tak der duit gak…tapi bolehlah aku pinjamkan duit skit kat ko. Ko bayar dulu skit-skit guna duit aku ni…pastu ko minta budi bicara diorang untuk bayar selebihnya secara ansuran… Pastu sem depan ko buat la part time ajar tuisyen ker. Aku akan bantu ko. Boleh?”
“Terima kasih sangat. Banyak betul budi ko kat aku. Tak terbalas rasanya. Tapi Maz, aku rasa aku ni kotor sangat, tak layak untuk kawan ngan ko. Aku ni jahat sangat. Entah tuhan terima entah tidak kalu aku bertaubat. Ko bayangkan, aku pernah rasa benci sangat kat tuhan, sampai kekadang aku rasa gembira sangat buat benda yang Dia larang.”
“Allah tu kan Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Insya Allah, Dia akan menerima taubat hambanya yang betul-betul menyesal atas kesilapan lalu. Ko taubat bersungguh-sungguh dan berjanji tak akan ulangi kesilapan lalu. Taubat nasuha.”
“Mmm…tapi aku takut…aku takut aku mati tanpa keampunannya.”
“InsyaAllah, kau akan sentiasa dalam redhaNya. Ingat, jadikan pengalaman hidup ko yang lalu sebagai kompas untuk kau mencari arah bagi menyambung perjalanan hidup ko. Kerana pengalaman adalah guru kepada kita. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Jadikan peluang hidup kau yang baru ni sebagai permulaan yang baru. Jangan sesekali putus asa daripada mendapat redhaNya”
“Kenapa tuhan menguji aku sebegini hebat?”
“Mungkin Dia mahu kau lebih kuat mengharungi hidup ni. Dia nak uji kau. Dan Dia tahu kau mampu menghadapi semua ni. Pasti ada hikmah disebaliknya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Eh, maaf aku kena balik dah ni. Ada janji ngan orang. Aku pergi dulu yer…Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam” mata ku mengekori permergian Maz.
Ketika diri ini mencari sinar, secebis cahaya menerangi haluan. Ada kalanya langkahku tersasar, tersungkur dilembah kegelapan. Bagaikan terdengar bisikan rindu, mengalun kalimah menyapa keinsafan. Kehadiranmu menyentuh kalbu, menyalakan obor pengharapan. Ketika aku kealpaan kau bisikan bicara keinsafan. Kau berikan aku kekuatan ketika aku diuji dengan dugaan. Saat aku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan. Saat aku meragukan keampunan tuhan, kau katakan rahmatnya mengatasi segala. Menitis air mata ku keharuan kepada sebuah pertemuan. Kehadiranmu mendamaikan hati yang dulu keresahan. Tulus dan keikhlasan menjadi ikatan sebuah persahabatan. Syukur di hati ini dikurniakan teman sejati. Menunjuk jalan mendekatiNya, ketika diri dalam kebuntuan. Kaulah teman terbaikku Maz..
Kau terlalu baik untuk ku. Layakkah aku menjadi temanmu? Layakkah aku mendapat pertolongan mu? Layakkah aku mendapat pengampunanNya? Sudah terhantuk baru aku tergadah. Ibarat cuba membaiki tiang layar yang patah. Tanpa Maz disisi, aku rasa tak mungkin aku dapat meneruskan hidup ini. Maz, kaulah teman, kaulah sahabat…hanya kau yang berada disisiku memberikan aku pengharapan dan kekuatan untuk melalui liku hidup ini.
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”