Catatan Warna Warni Kehidupan

Kehidupan ini indah...
Penuh warna warni...
Ada putih ada hitam...
Ada suka ada duka...
Ada tawa ada tangis...

Ada sihat ada sakit
Ada bahagia ada derita...
Ada nikmat ada dugaan...
Andai tiada warna ...
Hilanglah seri kehidupan...
Hayatilah setiap detik kehidupan...



Layakkah Aku??? (Siri 4)

Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:31 PG
“ Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun. Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang. Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut. Mungkin itu perangkap samar untuk kita. Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini.”

Siri 4

Tepat pukul 12 malam. Ku tekan punat send di hp ku… Aku sangat gementar menunggu keputusan yang bakal dihantar melalui sms. Tapi dalam hati aku aku sgt yakin aku akan mendapat dekan. Sebelum aku hantar sms untuk mendapatkan keputusan itu aku sudah sembayang hajat. Aku amat yakin bahawa Allah akan menolong hambaNya ini.

“Titt..Titt..” Ada sms masuk. Ni mesti keputusan peperiksaan aku.
Aku terus membuka sms itu dengan sangat berdebar-debar…Air mata ku terus menitis bila aku tumpukan mata ku ke skrin handphone ku yang memamparkan pngk ku.

ZZZT 1136 A
KKKF 1153 A
KKKF 1187 A
KKKF 1162 C
KKKQ 1175 C-
HHHP 1116 C-
PNGS = 2.98
PNGK = 2.98

Tidak…tidak mungkin aku dapat seteruk ini. Aku tidak dapat menerima hakikat ini. Aku harap ini hanyalah mimpi ngeri. Hanya 0.02 sahaja lagi untuk aku dapat 3. Tapi kenapa aku dapat bawah 3. Tuhan memang tak adil pada aku. Tak patut Dia memberikan kegagalan kepadaku setelah berhempas pulas aku belajar. Layakkah aku dapat result yang sebegini teruk setelah aku berusaha dan berdoa?

Buzz…Ym ku berbunyi…Maz menyapa melalui ym..

Maz: Salam, Mira. Camne result??? Mesti gempak…Hehehe…

Aik…mcm mana dia tahu result aku kuar hari ni… hmmm…mcm mana nak cakap ni ek..

Mira: Mmm…result aku teruk la Maz… Tak berbaloi langsung dengan apa yang aku buat…
Maz: Teruk?? Yer ker…Cam tak cayer jer… Kau gurau ek..
Mira: Betul…aku tengah down ni…x der masa nak gurau2 ngan ko… Aku dapat bawah 3…
2.98 jer…
Maz: Ok la tu… x der la teruk sgt…Skit jer lagi nak dekat 3 tu… Lain kali ko usaha lagi…
Mesti dapat punya..
Mira: Ko cakap senang la Maz…Yang nak kena lalui semua ni aku… Aku yang rasa sengsaranya..
Maz: Mira, kalau kita x pernah merasa kegagalan…kita tak akan merasa manisnya sebuah kejayaan.
Kalau kita sentiasa berjaya…bila kita jatuh sekali ketika kita sudah berada diatas…kita akan rasa
perit… kecederaan kita juga teruk… Tapi kalu kita jatuh semasa kita mula mendaki.. sakitnya cuma
sedikit… dengan pengalaman jatuh itu…kita akan lebih berhati-hati dimasa depan.
Mira: Jadi kau kata aku ni jatuh masa baru nak mendaki la???
Maz: Yer…ko kan baru sem 1 tahun 1… Ada banyak lagi sem untuk kau lalui… dan ko akan dapat
memperbaiki pngk ko nanti…lagipun ko kan dapat ambik balik subjek yang ko dapat teruk…
nanti okla tu.. jangan la risau… Kita berserah jer pada Allah…Dia yang menentukan segalanya..
Pasti ada hikmah disebalik kejadian ni.
Mira: Hikmah ko kata?? Hikmah apa haa???
Maz: Mungkin nanti ko akan jadi lebih rajin… Mungkin kalu ko dah dapat result yang baik ko akan jadi
malas… atau…entah….kita x tau apa yang ada disebaliknya…hanya Allah yang tahu…Yang pasti dia
x akan memberikan kita ujian yang tidak mampu kita tanggung…X pun mgkin sbb ko kan dah
biasa berjaya…mgkin kali ni Allah nak uji ko…
Mira: Yer la tu… Aku nak tidur dulu ni…bye…salam…

Aku terus menutup laptop. Malas aku nak layan Maz tu. Hati aku rasa sakit sangat bila dia sebut pasal tuhan tu. Lagipun malas aku nak citer kat dia pasal cabaran kak Amy tu…Hishh…akhirnya aku kalah juga… Ni semua salah tuhan. Nape la aku yakin sangat yang dia akan tolong aku ? Tapi kekadang terfikir juga.. Layakkah aku sebagai hambaNya untuk menyalahkan takdirNya?? Ahh…malas aku nak layan… Yang pasti sekarang…lepas ni aku kena ikut kata Kak Amy… Mmm…Mungkin hidup aku lagi best…hahah..lebih enjoy… biasanya aku terperap study kat bilik ni… Tapi…x tau jugak apa ek yang kak Amy nak suh aku buat…

*************************************************************

“Mira macam mana result ko??” Kak Amy bertanya.

“Kak Amy, saya mengaku kalah. Saya dapat bawah 3. Pngk sy 2.98 jer..”

Aku menjawab dengan air muka yang sedih.. Minta-minta jangan la Kak Amy suruh aku buat benda yang teruk-teruk…

“Hahh…kesian kat ko ek Mira… Letih study…dapat cam biasa jer… Tak gempak pun.. hehe… dah la skit jer lagi ko nak lepas dari cabaran ni…Tak per Mira. Ko jangan sedey… aku bukan nye nak suruh ko basuh tandas ker… urut aku ker.. X der.. Aku cuma nak suh kau kenal dunia jer… Aku sebenarnya kesian tengok ko ni… Terperuk jer dalam bilik ni. Hidup tak enjoy langsung. Nanti ko tak dapat merasakan keseronokan zaman muda kita.”

“Pastu kak Amy nak suh saya buat apa ni?”

“Hehe.. Untuk tugasan pertama ko, Kak Amy nak ajak ko gi jejalan kat KL hujung minggu. Ikut Kak Amy. Tu jer.”

“Tu jer?? Saya pun dah lama teringin nak gi KL..hehe…Terima kasih kat Amy”

“Yer..tu jer…Sama-sama… Kak Amy bukannya jahat sangat nak dera ko.. Kak Amy just nak ko nikmati hidup ni… Kak Amy akan bawa ko gi syurga dunia...hehe”

Mmm..Macam manalah rupanya syurga dunia yang dikatakan oleh kak Amy tu.. Layak ker aku gi tempat macam tu… Aku ni kan dari kampung… Orang miskin plak tu… Biasa aku tengok org kaya jer boleh berhibur…Bukan orang miskin macam aku… layakkah aku??

Bersambung...


“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”