Layakkah Aku??? (Siri 9)
Isnin, Januari 25, 2010 - Bingkisan dari iXoRa_sKRu pada 9:37 PG
Siri 9
Nak tak nak aku kena naik juga motor ni. Fiq ni jenis yang pegang janji. Aku suh dia janji jer la dulu.
“Fiq, kalau u nak I naik motor ni. U kena janji dulu. Boleh?”
“Janji apa plak ni? U dah tak percayakan I ker? U punya pasal, I sedia buat apa saje”
“Bukan soal tak percaya. I percaya kat u. Cuma I nak u janji tak bawa motor laju. I takut ngan risiko. Kalau bawa lajukan risiko tinggi. Boleh tak janji jangan bawa laju ngan brek emergency?”
“Ooo…pasal tu jer ker. Ok, I janji. Takkan I nak u yang cedera plak. Nampak comel plak bila u pakai helmet ni. Helmet ni I beli khas untuk u. Jom kita pergi.”
Aku menaiki motornya berhati-hati. Aku pengang sikit pinggang dia sebab takut terjatuh pula nanti.
Motor Fiq meluncur terus ke konsert itu. Fiq menunaikan janjinya. Dia bawa motor dengan berhati-hati.
“Kita dah sampai ni. Turun la.” Kata Fiq
“Woww… ramainyer orang. Ni la first time I boleh tengok konsert secara live.”
“Sebab orang ramai la I bawa motor tu. Senang skit nak menyelit and parking. Jom la gi depan. I beli tiket yang paling mahal skali. Tempat yang paling best skali.”
Kami menuju ke tempat kami. Konsert baru sahaja hendak bermula. Orang ramai memenuhi tempat tersebut. Semua nampak sangat gembira. Ramai anak muda yang berambut seperti ayam (punk), lembu (serabai macam tak tersikat) dan buntut itik(spike) yang orang kata stylo tu. Lelaki memakai seluar jeans longgar macam nak jatuh. Perempuan pula memakai jeans yang sendat dan low cut. Dunia ni macam dah terbalik. Tak terkecuali juga aku. Apa guna ada badan yang cantik memikat kalau nak bungkus macam hantu bungkus kan? Tapi ada juga beberapa orang yang memakai tudung. Lelaki tak de plak yang aku nampak pakai kopiah atau serban. Pakai topi ada la. Fiq pun pakai topi.
Bila konsert bermula. Semua macam dirasuk hantu. Enjoy sangat dapat lihat penyanyi kesayangan menyanyi secara live. Lagu yang dimainkan pula rancak. Apa lagi terloncat-loncatlah kami keghairahan. Kadang-kadang terkinja-kinja macam beruk kena belacan. Yang macam monyet baru dapat pisang pun ada. Hahaha… Ada yang bersorak kegirangan sambil bernyanyi bersama. Ada yang memeluk kekasih hati sambil menghayati bait-bait lagu yang dinyanyikan. Yang pasti semua orang gembira. Mungkin inilah syurga dunia yang dikatakan Kak Amy. Tapi dalam kegembiraan itu, aku teringatkan sesuatu. Bayangkan tetiba Allah datangkan petir untuk membakar kami semua. Pasti tak sempat untuk kami lari. Sempatkah kami untuk bertaubat? Nerakakah tempat kami yang mati dalam keadaan tidak mengingatiNya? Layakkah aku untuk berhibur hingga melupakan tuhan? Aku pasti semua orang disini pasti tengah bergembira dengan syurga duniawi ciptaan manusia. Lupa akan adanya pencipta dan tugas manusia untuk mengingati tuhannya yang menghidupkan dan mematikannya. Lupa akan adanya kehidupan setelah mati. Mungkin betul kata Dr. Mahathir, ‘Melayu Mudah Lupa’. Kenapa aku kata begitu? Kerana kebanyakan yang datang adalah melayu. Bukan cina atau india. Bukan…Sedangkan agama yang dianuti oleh orang melayu adalah Islam yang mengharamkan pergaulan bebas ini. Yer..perlembagaan Malaysia ada mengatakan orang Melayu adalah orang yang berbangsa melayu dan menganut agama Islam. Maknanya kalau bukan Islam dia bukan melayu. Tapi yang ada kat sini kebanyakan ada perkataan ISLAM di kad pengenalan mereka. Comfirm…mereka adalah melayu beragama islam termasuklah aku. Ahh… Pecah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih… aku nak cakap pasal orang… aku sendiri pun dah tak betul… malam ni jer. Nak enjoy sekali sekala takkan tak boleh.
Habis sahaja konsert itu. Kami bergambar pula dengan artis. Aku bergambar diapit oleh Fiq dan artis tersebut. Ada juga peminat perempuan artis tersebut yang bergambar sambil berpeluk dengan artis tersebut. Dia layan semua kerenah peminatnya. Apa lagi, peluang terbuka untuk artis tersebut memeluk begitu ramai peminat perempuannya. Perempuan sekarang biasa laa…
“Lepas ni I nak bawa u ke tempat special. Jom kita pergi” kata-kata Fiq mengejutkan ku.
“Nak gi mana ni? Cakap la. Bukan ker kita nak gi makan jer lepas ni?” aku bertanya kehairanan.
“Yer, lepas ni kita beli McD yer. Kita bungkus jer. Then, I nak bawa u makan kat tempat tu. I dah rancang ni khas untuk u. Mana leh cakap nama tempat tu. Tak surprise la plak. U ikut jer. I takkan apa-apakan u”
Aku ikut sahaja rancangan Fiq. Aku mula mempercayainya walaupun dadaku agak berdebar. Selepas membeli makanan Mc D. Fiq membawa motor meninggalkan kesibukan ibu kota. Kami menuju tempat yang dikatakan rahsia oleh Fiq tu. Aku tengok perjalannan seperti kearah hutan dan bukit. Aku mula takut. Aku takut diapa-apakan oleh Fiq. Nak terjun daripada motor pun aku takut. Nanti cedera dan ada kemungkinan jatuh ke lereng bukit. Sisa-sisa kepercayaaan aku pada Fiq, aku cuba kuatkan. Moga aku selamat bersamanya.
Sampai sahaja di suatu tempat yang agak gelap. Aku rasa macam berada di puncak bukit. Kerana udaranya sungguh nyaman dan sejuk. Fiq menyarungkan jaketnya untuk menghilangkan kesejukan yang aku rasai. Fiq menyuruh aku tunggu sebentar di motornya. Fiq pergi ke suatu tempat dan menyalakan lighternya. Tetiba…satu laluan diterangi sedikit api menyala. Fiq membawaku melalui laluan itu. Sampai dihujung laluan ada sebuah bulatan api yang agak besar. Kami berada di tengah bulatan itu. Di hadapan kami tersergam indah bandaraya KL yang dipenuhi lampu malam. Begitu cantik dan romantik keadaan di situ. Aku kaget dengan apa yang dirancang oleh Fiq. Sungguh menakjubkan.
“Nur Amira, sudikah u jadi girlfriend i?” kata Fiq sambil memegang sekuntum bunga dan di tangkai bunga itu tersarung sebentuk cincin bertatah berlian sambil melutut di hadapan ku.
Wah…sungguh romantik cara dia approach aku. Betul kata Kak Amy, dia ni memang perfect guy. Nak terima ker tak? Takkan aku tak nak terima putera yang aku idamkan selama ni. Kalu aku terima. Layakkah aku nak couple ngan anak Dato? Taraf kami ni macam langit ngan bumi. Betul ker dia nak kan aku? Atau dia sajer nak mainkan perasaanku. Kalau dia sajer nak mainkan aku…takkan perancangan dia untuk approach aku begitu teliti. Sungguh perfect. Kalu aku terima dia, Adakah aku perlu bagi kesucianku sebagai bukti cinta ku padanya?
Bersambung...
“Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.”